PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Julai 31

Cukuplah Sekadar Luahan Menyatakan

KINI kesibukan makin mengecil. Boleh beri tumpuan pada penulisan, dan rangka isi-isi untuk buku ketiga nanti. Kalau dulu ruang masa diberikan sepenuhnya kepada orang lain hingga diri tidak sempat kendiri, lantas menurangkan sosial bersama teman-teman serumah. Kebiasaan setiap hari kecuali hari Jumaat, hanya mampu menjengah teman serumah tidur di kamar masing-masing. Makan pun dah jarang berempat. Penat saya, moga satu ibadah pada jalan-Nya. Menghabiskan masa, tenaga, dan material belum memadai meraih...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Julai 30

Seni CINTA Dan CITA Seorang Adam

PERJALANAN saya pulang ke rumah dari masjid al-Azhar menurahi tiupan angin mendinginkan. Pesanan dan bait baris ayat tercempul keluar daripada mulut Sheikh Jamal al-Farouq terngiang-ngiang di liang gegendang telinga.Proses melihat posisi hadapan sedikit kabur tatkala pertukaran musim dingin dua hari lepas, ditambah pula saya pulang pada waktu malam. Hujan pula menyentuh manja bumi barakah ini buat beberapa minit.Biasanya saya akan pulang berjalan kaki, ini kerana memandangkan jarak antara rumah...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Julai 29

Kerana Kasih-Nya Tidak Mengapa Bukan Kasih-nya

KALIAN usah bimbang hanya kerana miskin HARTA, tapi masih kaya KATA-KATA. Di dunia ini hanya dua perrkara sahaja bisa kita minta daripada seseorang, sama ada kalian KAYA meminta pada si MISKIN, mahupun sebaliknya iaitu; minta NASIHAT, dan mohon DOA. Kedua-dua kata kerja tersebut perlu ditambah imbuhan 'di', kerana ada erti KEIKHLASAN.Pesoalan jodoh amat kerap ditanya sejak akhir-akhir ini. Dua hari lepas daripada seorang perempuan yang sudah sampai peringkat ‘andartu’ tapi masih tidak ketemui pasangan....
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Julai 28

Recharge IMAN Kalian

KITA lebih banyak disogok oleh HAL LUARAN hasil dari proses PANDANG LIHAT. Apa yang kita lihat akan sedikit sebanyak mempengaruhi cara kerja dan tindakan andai tiada kawalan dalaman iaitu IMAN yang bersifat abstrak. Kerana sinergi recharge-nya juga adalah hasil daripada ILMU kita perolehi sama ada secara formal atau sebaliknya.Kalau kita menyalah keadaan hingga kita turut sama terikut rentak masalah bererti daya ketahanan kita iaitu IMAN berada dalam keadaan rendah, analogi paling mudah seperti...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Julai 27

Cinta BERAHI Bukan Lagi Cinta ILAHI

MENURUT hemah saya lelaki dan perempuan sama-sama cenderung pada SEKS. Hanya sahaja seorang lelaki berstatus bujang mengimpikan sebuah perkahwinan untuk melangsaikan ibadat itu, akan padah bila nafsu bermaharaja di atas pundak hati.. ianya dilihat sebagai ADAT menghalalkan perlakuan SEKS di luar nikah. Tiada sebab seorang perempuan hilang rasa malu kerana bangga sudah lagi tidak virgin, dah perkara biasa di era penjajahan idealogi Barat yang berat sebelah.Mana mungkin peluang dah terhidang, nafsu...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Julai 26

Kerana Kalian Memilih Jalan Itu

USAH bimbang duhai teman, kita hanya manusia biasa menunggu giliran untuk dipanggil bertemu Allah Taala. Pertemuan tersebut sama ada kita datang kepada-Nya sebagai kekasih, atau tersisih. Tersisih? Benar, tersisih dari rahmat Allah Taala untuk bersama para solehin, muttaqin, dan syuhada’ di dalam Syurga Allah. Dulu, kini dan akan datang kita adalah kita, tiada siapa akan ganti atau ambil alih tempat kita. Maka usah risau jika tangan kita asbab kita dihumban ke dalam api neraka, usah bimbang kerana...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Julai 25

Pesanan Buat Hawa Menjelang Ramadhan

SESEORANG yang suka memilih masa di bahagian akhir membuat sesuatu kerja mungkin seorang tidak pentingkan KESEMPURNAAN dan terbawa dalam kebanyakan ritual IBADAT seperti SOLAT di hujung waktu, acuh ketika WUDHU', tidak kisah soal KEBERSIHAN, dan mungkin yang kurang MENEPATI MASA. Ketara, perempuan yang diberi masa 11 BULAN untuk melangsaikan HUTANG PUASA, namun lebih suka memilih DENDA kerana SIKAP SUKA TANGGUH tadi.Saidatina Aesyah pernah berkata;Bermaksud: "Kewajipan ke atasku untuk puasa (qadha)...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Julai 24

Mungkin Kalian Ada Terlepas Pandang

KERANA pentingnya PERHATIAN dan PEMERHATIAN terpimpin. Wanita mahupun Lelaki yang mempunyai masalah pelek lidah, tidak boleh terus MENGHUKUM mereka TIDAK SOLEHAH atau TIDAK SOLEH hanya kerana mereka menyebut BETINA, JANTAN (menunjukkan kepada manusia), JEMPUT KEKOH (sila makan). Kerana tiada perhatian dan pemerhatian tadi, kalian akan anggap ianya KASAR walaupun ditutur secara LEMBUT.Berbalik soal penggunaan BAHASA betul. Walaupun anda merupakan anak JATI kelahiran negeri, jangan sampai menyusahkan...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Julai 23

QOTD: IBRAH Cinta Saidatina Fatimah Dan Ali

IBRAH daripada kisah Saidatina Fatimah radhiallahu anha, di mana beliau pernah rasa cinta dan 'BERCINTA' dengan seseorang SEBELUM KAHWIN. Bila ditanya dengan siapa dia pernah bercinta. Beliau dengan tenang menjawab; Saidina Ali, yang juga suaminya sekarang. Perasaan itu diluahkan selepas beliau bijak mengawal perasaan cinta KUDUSNYA itu, hinggalah Saidina Ali benar-benar menjadi suaminya yang SAH. Bercintalah selepas Kahwin, kerana ianya pembuktian kalian cinta kepada-Nya, disaluti redha-Nya.IMAN...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Julai 22

QOTD: Bagai Menendang Bola ke Dinding

KEBOROSAN kerajaan membelanja DUIT RAKYAT untuk membina projek mega tanpa memberi penumpuan kepada soal MODAL INSAN adalah sama seperti seorang pelajar yang malam dan siangnya sibuk memprotes kesalahan orang lain, habiskan masa di hadapan komputer, keluar malam tanpa memberi penumpuan kepada pengajian dan AMANAH sebagai seorang PELAJAR, iaitu BERJAYA. Kerana halnya sama disebabkan kalian telah menghabiskan DUIT BIASISWA dan PINJAMAN PTPTN untuk soal bukan utama... isi TOP UP, tukar HANDPHONE, menonton...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Julai 21

QOTD: Menetas Minda SUPER

SETIAP MUSLIM perlu diajar sedari kecil untuk melahirkan SIKAP SUPER. Sikap ketika MEMERHATI, sikap ketika MENDENGAR, sikap ketika BERTINDAK. ILMU TERPIMPIN adalah elemen penting MEMBINA sikap tadi. Hasilnya sikap ini mampu menumbuhkan rasa KURANG MEMBANTAH, namun lebih suka berfikir mencari jalan penyelesaian pada apa. siapa benar dan salah, punca masalah dengan menghidupkan 3P iaitu; PEMERHATIAN, PENDENGARAN, dan PENYELIDIKAN.Kalau kita lihat dalam diri kita sendiri, penciptaan satu mulut dan...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Julai 19

Dari SAHARA Merentasi Cinta BENUA

TELAH tertakdir dunia ini diciptakan berpasang-pasangan setiap sesuatu. Berpasangan bererti saling menumpahkan cinta, saling meninggalkan jejak kasih, bersama-sama menongkah laluan damai dan badai. Baik rupanya hanya permata yang diperolehi di tepian pantai, namun kerana kuasa besar cinta tadi si dia mampu menggilapnya hingga mampu menyinari hati di kala diperlukan secangkir bakti buat membelai malai cinta yang diberikan. Saban hari sama ada dia atau si dia tidak lekang untuk beradu kasih walaupun...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Julai 18

Pengumuman: Berita Baik Buat Teman

BERITA baik kepada para sahabat baik perubatan mahupun pengajian Islam di seluruh Mesir, kalian bisa memperolehi buku terbaru saya; Melakar Pelangi Cinta (MPC) di Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) masing-masing. Khabar ini saya perolehi daripada pihak pengurusan pemasaran memberitahu saya tiga hari lepas, dan kini baru sempat saya memaklumkan kepada kalian. Baru-baru ini saya menerima banyak aduan kesukaran para teman yang berada jauh dari Kaherah untuk mendapatkan buku tersebut, memandangkan sekarang...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Julai 17

Beliau Tahu Hidup Ini Untuk Allah Taala

MEMANG payah hidup seorang manusia. Manusia perlu memilih antara kecintaan kepada dunia atau kecintaan kepada akhirat. Mengimbanginya kadang-kadang manusia akan melebihkan antara dua, tetapi ke arah dunia juga jatuhnya kerana dijanjikan pelbagai kesenangan, pendek kata dunia ini juga bisa dibina syurga sendiri; Syurga Dunia. Syurga di dunia manusia masih lagi dibatasi syariat Allah Taala tidak seperti bebas kita berada di Syurga Akhirat. Kebebasan dunia tanpa perjalanan syariat akan menghumbangkan...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Julai 13

Kerana Kalian Tidak Pandang TADBIR

MELIHAT kejayaan seseorang atau tidak bukan pada sekalung sijil atau ijazah yang diterima atau kegagalannya. Bukan juga pada harta bertimbun-timbun. Tidak juga pada saham melambung tinggi. Namun pada sebuah penghidupan sebagai seorang hamba. Mampukah manusia sekarang berdiri sebaris manusia agung yang pernah dilahirkan dahulu? Mampukah manusia sekarang melalui saat-saat dipenjara oleh dunia demi sebuah kebebasan di akhirat? Keseronokan dunia sudah makin menumbuh, tiap-tiap masa manusia tidak pernah...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Julai 10

Demi Agama-Nya Aku Rela

TIGA hari kebelakangan ini saya tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada penulisan di laman blog puteraazhari disebabkan komitmen kepada beberapa perkara; antara mencipta lagu dan lirik, kelas talaqqi, persiapan rakaman video klip kuliah bersama saya dan promosi buku terbaru di kalangan para pelajar sekitar Kaherah. Dicelah-celah kesibukan tadi saya juga telah pun menyiapkan rangka, dan kerangka isi penting dan tema untuk buku ketiga saya, yang jangka diterbitkan hujung tahun ini. Dua perkara utama...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Julai 6

Pengumuman: Maklumat Terkini Tentang MPC

ALHAMDULILLAH pujian bagi Allah Taala Tuhan sekalian semesta. Proses menerbitkan buku Melakar Pelangi Cinta (MPC) berjalan lancar, tidak sesulit kelahiran sulung Berteduh Di Kebun Cinta (BDKC). Mudah-mudahan inilah titik tolak pada kelancaran jualan memandang sekarang musim para mahasiswa berbelanja sakan terutama kitab dan buku-buku ilmiyah. Penat tiada terasa apabila kepuasan menguasai diri, berbaloi selama ini bertungkus-lumus dan berhempas-pulas menyiapkan penulisan yang mengambil masa hampir...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Julai 5

Hikmah Tersembunyi Untuk Diteladani

HARI ini panas masih lagi setia menemani setiap kaki melangkah, membumbungi kepala sebelum siang melabuhkan sisa perjalanan sunnatullah, malam pula siap mengganti tempat melengkapkan tempo ditakdirkan. Putaran bintang-bintang pada orbit di cakerawala tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya. Begitu juga kehidupan makhluk Allah Taala di dunia... kehidupan di darat, di laut dan di angkasa merupakan ciptaan Allah Taala, berjalan mengikut peraturan sunatullah, dengan izin Allah Taala. Betapa besar...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Julai 4

Menemani Cinta Hingga Ke Syurga

MATA saya tajam memerhatikan dengan penuh pengamatan bangunan peninggalan sejarah itu dengan mata berkaca-kaca. Boleh dikatakan setiap hari saya akan mendatangi satu corok laluan berpagi-pagian untuk mencari mutiara-mutiara berharga di persisiran mahligai terunggul di rantau ini.Semenjak berpindah ke rumah baru, saya tidak perlu lagi bersusah payah memerah keringat menunggu, berhempit-hempit, dan berpanasan di dalam bas, kerana jarak dari rumah ke universiti hanya mengambil masa sepuluh minit perjalanan....
Teruskan Pembacaan>>>

Melakar Pelangi Cinta (MPC) Sudah Terbit

Draf kulit depan buku MPC, design by Ustaz Habib Mustakim Ibrahim.BUKU Melakar Pelangi Cinta (MPC) telah pun terbit. Tiada apa yang terungkap di bibir seorang penulis melainkan rasa syukur yang tidak terhingga. Selepas beranakkan ‘anak sulung’ (merujuk pada buku; Berteduh Di Kebun Cinta) tiga bulan lepas, kini lahir pula ‘anak kedua’ penyeri suri hati. Kelahiran ini, akan memberi motivasi kepada saya dan mungkin teman-teman di luar sana untuk terus berkarya... sama ada orang suka atau tidak kita...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Julai 3

Melakar Pelangi Cinta II

SAYA dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan, hidup pas-pasan. Dari hari ke hari, kami cuba melawan kekurangan ada bagi memastikan kami tidak akan ‘mati’ dalam serba kelemahan, kurang dan lemah sesuatu yang abstrak, jauh perbezaan maknanya.Hidup dalam serba kekurangan membuat kami lebih efektif dan berdisiplin mendepani masalah sosial, sudut world-view menjadi terancang, keinginan kami untuk berjaya makin luas dan memuncak. Di samping serba kekurangan, kami cuba sebaik mungkin agar tidak bergelumang...
Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal