MENURUT hemah saya lelaki dan perempuan sama-sama cenderung pada SEKS. Hanya sahaja seorang lelaki berstatus bujang mengimpikan sebuah perkahwinan untuk melangsaikan ibadat itu, akan padah bila nafsu bermaharaja di atas pundak hati.. ianya dilihat sebagai ADAT menghalalkan perlakuan SEKS di luar nikah. Tiada sebab seorang perempuan hilang rasa malu kerana bangga sudah lagi tidak virgin, dah perkara biasa di era penjajahan idealogi Barat yang berat sebelah.
Mana mungkin peluang dah terhidang, nafsu dah teransang, masa dah terluang tiada perasaan untuk menggunakan kesempatan kerana ketika ini mana ada orang pandang, cubalah tenang, buatlah perlahan-lahan.
Apa lagi, mulalah syaitan mainkan peranan. Halal dan haram sudah dibuang, tinggal lagi sebuah harapan. Harapan antara kau dan aku, kita sama-sama dekatkan, usah berjauhan, nanti feeling hilang. Maka berlakulah dua perkara yang ditakuti; bersekedudukan hingga hilang kawalan, dan pembuangan zuriat tidak cukup bulan.
Puaskah kalian? Pasti nafsu kata nak lagi, lagi dan lagi. Bolehkah ketika ini kalian salahkan cinta?
Teman, CINTA itu bukan makhluk. Kenapa salahkan cinta, kenapa tidak salahkan mata hati yang buta? Salahnya orang bercinta kerana salah letak harga sebuah cinta. Nabi pun bercinta, para sahabat pun bercinta, para ulama’ pun sama.. tapi mereka tiada masalah pun, kerana mereka tidak bermasalah.
Pesanan buat Hawa;
Wahai wanita solehah mahupun wanita jameelah (ada rupa), kalian usahlah sekali-kali mudah memberi cinta. Bercinta jangan. Tapi berkahwinlah dengan lelaki yang mencintai kamu. Kahwin dengan niat untuk menghadirkan CINTA IBADAT, kerana dia mahupun kalian hanya ada satu cinta PERLU dihargai selepas itu, iaitu cinta ILAHI. Namun, andai kalian kalah oleh CINTA ADAT sebelum sempat kahwin menyekat, maka ada satu cinta AKAN kalian hargai selepas itu, iaitu cinta BERAHI.
5 komentar:
Tiada lagi kemanisan cinta dalam berumah tangga bagi pasangan yang telah bercinta sebelum berkahwin...
sungguh sy selalu tdk phm kenapa mesti org di sekeliling mengutarakan cinta dan seolah-olah cinta adalah lumrah fitrah yg harus dibelai dan diturut sebelum halalnya...sy selalu menjawab dgn berkata sy menjauhi cinta bkn kerana sy mmbenci atau ego thdap cinta tapi kerna sy tahu cinta yg dimaksudkan sblm ijab dan qabul didukungi oleh syaitan di hati manusia
....salahkah sy menolak cinta insan lain sdgkn sy berasa belum mantap terhap Allah? lalu kenapa persoalan cinta harus diisukan pd sy yg kononnya dikatakan egois kerana menafikan perasaan? Hanya Allah shj yg berhak tahu apa ada dlm hati stiap insan termasuk sy, cinta itu indah dan ibadah, mn bisa sy menolak cinta bila DIA sdh menghalakannya utk sy....
sy Hawa berkata, sy tdk mau mendekati cinta insan krn itu bkn syariat dan hukum bercinta dlm ISLAM....jadi, salahkah sy menolak cinta? biarlah apa org kata, sy rela menunggu rahmatNya dari mndapat kemurkaanNya....sesungguhnya tdk ada 1 org pun yg dpt menjaga cintanya kerana Allah semata-mata sblm ijab dan qabul, maka sy rela menjauhi CINTA.....
dasyat org bercinta skrg. smoga sy terus tpelihara. amin.
Rata-rata masalah sosial sekarang, saya kira salah satu sebabnya adalah faktor pemilihan jodoh.
Jika zaman dahulu, wanita yang ingin dikahwini dirisik terlebih dahulu asal keturunannya, agamanya, akhlaknya, supaya tidak salah memilih.
Namun pada zaman ini, saya fikir wanita juga perlu merisik lelaki yang ingin dikahwininya kerana agak sukar untuk memilih lelaki yang baik dari segi agama dan akhlaknya dalam dunia akhir zaman sekarang ini.
InsyaAllah, moga-moga Allah memelihara kita semua dari bujukan syaitan agar kita tidak terus-terusan terjerumus ke lembah cinta palsu atau anasir-anasir yang membawa kita kepada cinta palsu.amin
zmn skrang ni kebanyakn cinta berdasarkan nafsu smata-mata.susah nak mencari cinta yg betul2 tulus..even budak sekolah rendah sudah gatal nak bercinta...jika ada cinta klau boleh nak dicanang-canangkan supaya semua orang tahu.bagi sesetengah orang pula akan rasa malu jika diri belum berpunya lagi.pada orang2 diluar sana..jgn malu jika tidak pernah bercinta..berserahlah pada tuhan agar menemukan cinta yg sejati terutama perempuan..jadilah seorang yg tegas,jgn mudah cair dgn pujuk rayu lelaki
Catat Ulasan