PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Oktober 30

Berilmu Dan Berpengetahuan





APA itu ilmu?

Bagaimana pula pengetahuan, apakah ianya sebahagian daripada ilmu? Tahu dan berilmu itu pula bagaimana?

Ilmu cukup penting bagi mengawal world-view (sudut pandang persekitaran) seseorang manusia. Pemilihan bahan bacaan juga penting dari sisi pengetahuan ber-ILMU kita mahukan. Membaca ialah salah satu cara seseorang itu menambah pengetahuan. PEMILIHAN bahan bacaan yang tepat, akan menjamin pengetahuan ber-ILMU kerana pengetahuan itu belum tentu ber-ILMU. Pengetahuan ber-ILMU ialah sesuatu yang boleh diambil MANFAAT, ditumpangi dan dapat DIAPLIKASI dalam kehidupan seharian. Membaca Majalah MANGGA, ARENA dan MASTIKA hanya mampu jadi bahan BUALAN kosong di kedai makan, bukan sebuah perbincangan ILMIAH.

Keutamaan berilmu menjadi tujuan paling penting dalam hidup kita. Jangka pendek, menimba ilmu yang selalunya bermula di sekolah rendah adalah untuk berjaya dalam ujian, kerana ujian itu adalah untuk menguji kefahaman kita pada apa yang telah dipelajari. Jangka panjang, belajar adalah untuk kefahaman dan bisa diaplikasi dalam kehidupan.
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Oktober 27

Jangan Disimbah Minyak Tanah Pada Api






WALAUPUN saya seorang lelaki, tidak bertudung labuh... namun saya rasa MALU bila anak gadis bertudung berseluar jeans ketat dan bert-shirt potongan badan melintas depan mata. MALU juga bila ibu-ibu berblaus cantik memakai tudung singkat mendedahkan dada mereka. MALU bila wanita berkerjaya terlalu obses dengan penampilan bergaya. Terlampau MALU mempunyai 'First Lady' penaung generasi berpakaian terlodeh ini.






HarakahDaily semalam mendedahkan setiap rakyat Malaysia menanggung hutang negara setiap seorang RM14 ribu. Kasihan anak-anak muda yang baru menabung duit untuk kegunaan masa depan, dibebani 'hutang' hasil kebijaksanaan kerajaan yang memerintah. Bagaimana pula wajah penduduk terutama pelapis negara untuk lima tahun akan datang, yang lahir selepas era Kelab Malam dan Spa berlesen? Ngeri memikirkannya.
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Oktober 25

Kebaikan






KADANG-KADANG menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana ramai melihat keburukan. Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan, demi kebaikan. Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah Madrasah untuk menempa kebaikan-kebaikan di Akhirat.
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Oktober 23

Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga








RAMAI manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta diraih sering kali gagal. Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi. Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan. Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat. Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bilamana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi. Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.

Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini. Terlalu sayang, sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan, sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah. Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini. Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng. Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.

Bila cinta Tuhan diketepi, bila kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhluk-Nya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janji-Nya.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan. Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan. Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama. Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah. Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.

Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya. Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.

Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini. Ada tersirat di sebalik tersurat.

Mendepani surat cinta ini, insha-Allah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah. Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian. Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh. Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina. Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.

Mempunyai peranan.

Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya. Banyak versi dan variasi. Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang. Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.

Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain. Nampak, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya. Dia hamba, kita juga hamba. Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah maaf, dan bersedia memaafkan.

Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Oktober 21

Kita Hampir Lupa Iman Yang Memandu Cinta






Beberapa kali kita diingatkan, iman itu mahar kita di dunia. Menjaga iman seperti kita memelihara nyawa, seperti juga kita menjaga jasad dari jatuh sakit, baik buruk iman ditentukan oleh perlakuan kita, akal kita merancang, hati kita merasa, tangan kita menggerak, kaki kita melangkah. Iman seorang muslim tidak disusun di rak kedai-kedai buku. Iman adalah kepercayaan, dibuktikan dengan ujian Ilahi di dunia. Pasaran saham dunia merundum mahupun meningkat, iman tidak terkesan untuk berubah sama.

Berpeluang melangsaikan rasa ‘percaya’ pada sebuah ujian, adalah pembuktian lahirnya iman luhur di sanubari. Merasainya sendiri, adalah anugerah tiada terhingga. Nilainya jauh lebih indah daripada bunga-bunga sedang mekar pada musim semi, lebih berharga daripada segudang emas.

Melalui deria-deria kita sahaja sudah cukup bagi melahirkan iman. Kita ada mata, ada mulut, ada telinga, ada kaki dan anggota lain yang mempunyai fungsi pelbagai, andai kita cukup yakin pada Kalam Allah satu ini, bertadabbur dengan makna tersirat sudah memadai untuk memaksimakan cinta, berbuahkan iman di sanubari.

Allah Taala berfirman;

Maksudnya: “Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” adz-Dzariyat (51:20-21)

Pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saat mengenal bentuk muka bumi, di saat melihat keajaiban pelbagai budaya dan adat resam, di saat makan di pinggir sungai, minum di lembah-lembah, dan tidur di mana pun saat malam menutup muka bumi, maka di setiap perjalanan itulah akan melahirkan iman.

Seorang pengembara yang bijak, tidak akan menyusahkan dirinya dengan apa yang dia tidak perlukan, dan bersedia mengambil hasil manfaat, dipungut di setiap persinggahannya sebagai bekalan. Kitalah pengembara. Kembara kita bermula ketika di alam roh lagi tika ditiupkan oleh Allah akan roh meresap bersama catatan takdir, jodoh, rezeki. Kini kita berada antara destinasi wajib sebelum sampai ke destinasi seterusnya, iaitu alam kubur sebelum datangnya alam akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: “Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan jauh...” (Hadith Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa dunia ini juga satu kembara. Dunia adalah tempat persinggahan. Kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepada-Nya. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang merugikan dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan dulu, atau ditinggalkan sahaja.

Mengendalikan sebuah kehidupan adalah ibarat memandu kereta di perjalanan yang jauh. Sebahagian besar tumpuan kita adalah memandang ke hadapan, namun ada ketikanya kita perlu mengintai cermin pemanduan di sisi dan belakang. Meninjau jika ada halangan di mana-mana, memperbaiki di mana yang perlu.

Benar, tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah s.a.w. Kadangkala kita sering alpa dan leka tentang fitrah kita sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Sering kali kita benci melihat kesilapan itu, namun sering kali juga kita biarkan kesilapan itu terus menjadi sebuah kesilapan bertingkat-tingkat tanpa berusaha untuk membetulkannya kembali.

Justeru itu, kita telah diajar oleh sunnah perjalanan hidup para anbiya’ dan para rasul agar membuat kebaikan sebanyak mungkin. Kebaikan akan melenyapkan keinginan membuat kejahatan, akan memadam dosa dilakukan. Kebaikan tadi telah disuguh oleh fitrah kita, fitrah kita tidak suka jahat, buruk, namun disebabkan hati kita sering alpa, tewas oleh pujukan nafsu, maka sesekali ingin juga mengotori kesucian fitrah tadi.

Pernahkah kita muhasabah, bertanya pada diri perihal iman?

Kini, kita mengecapi nikmat Islam dengan tidak perlu bersusah payah mencurahkan keringat darah dan air mata. Kita lahir hari ini sebagai Islam yang aman dan sejahtera. Kita mengecapi iman sebagai asas kepada Islam itu. Namun, kita sering leka untuk melihat dasar hati kita ini. Masih teguhkah lagi pokok keimanan kita atau sudah hampir kering dan layu daun-daunnya.

Kesyukuran kita seharusnya melampaui keupayaan kehidupan kita.

Perbincangan tentang nikmat dan kelazatan mempunyai iman dan Islam ini jarang kita dengar dikedai-kedai mamak atau tempat melepak manusia hari ini. Yang ada cuma gosip, bola sepak dan hal untung rugi perniagaan di dunia. Tidakkah mereka sedar, perniagaan yang pasti tiada kerugiannya di sisi Allah Taala adalah menyeru manusia ke arah kebaikan?

Apa yang menjadikan seseorang itu hero ialah apabila dia memberikan yang terbaik, dan manusia mendapat yang terbaik daripada pemberiannya itu, lalu diganjari kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, biar pun dia hanya seorang miskin harta, tapi bukan miskin kata-kata. Kata-kata kebaikan dalam memberi. Inilah antara daya usaha kita mengairi pokok iman agar tidak kontang, layu kerana tiada air membasahi akarnya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, bermaksud: “Demi Allah, sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana (usaha) kau, maka itu lebih baik dari unta merah” (Hadith Riwayat Muslim)

Masalah kadangkala boleh jadi petunjuk perkara baru yang boleh dipelajari, selitkan optimis di setiap masalah tadi. Kita boleh berdepan dan cuba selesaikan. Diam dan memendam jangan sesekali, kerana ketika itu kita telah dikuasai keburukan, langsung kita tidak tahu kesilapan kita dan kita selama-lamanya pesimis untuk berubah. Tidak semua perkara kita benci, datang dari sesuatu tidak ada sebab dan musabbab.

Buat para da’ie, kadang-kadang ada kala kita buat, kita ingat dah baik tapi tidak berapa kena pada orang lain. Orang ada banyak ragam, kita sebagai da’ie kena pandai blend untuk sesuaikan diri dengan semua situasi, tidak boleh ikut satu-satunya cara yang kita sendiri suka sahaja. Jadi, mungkin perbuatan kita sebenarnya yang tidak disukai, bukan diri kita.

Proses memberi ada di mana-mana, dengan apa sahaja, asalkan mendatangkan kebaikan, faedah kepada si penerima.

Hidup ini umpama roda, sebagaimana kita mahu ada seseorang untuk menunjukkan kita jalan dan memperingatkan kita setiap kali alpa, begitu juga dengan orang-orang lain akan mengharapkan perkara sama.

Kadang-kadang juga kita lihat dari sisi lain, orang tidak boleh menerima kritikan tetapi ada yang menerima mungkin dengan kutukan di belakang. Pelbagai penerimaan orang apabila menerima kritikan sama ada kritikan itu membina ataupun tidak, yang penting di sini adalah pertama kita mesti berfikiran positif dan bersangka baik dengan orang yang menegur. Kita ambil iktibar dengan apa yang ditegur, berubah ke arah yang lebih baik.

Mungkin terselit hikmah darinya.

Ilmu diperolehi kalian adalah untuk ditelaah, dibawa ke dalam kehidupan sebenar.

Berapa kali kita jatuh itu tidak penting, yang penting adalah berapa kali kita bangun semula, kita hendaklah sentiasa berusaha dan terus berusaha dengan iman yang kukuh dan kepercayaan yang teguh pada yang Maha Pencipta, kita pasti akan berjaya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Inilah sunnah jalan perjuangan kita, berusaha ke arah kebaikan adalah jihad, mengajak orang lain berubah dengan usaha dakwah kita adalah jihad, menyumbang idea-idea membangunkan modal insan adalah jihad, tarbiyyah adalah jihad kerana semua ini hanya orang mempunyai mujahadah tinggi bisa melakukan anjakan. Jihad di era serba mellanium ini, adalah macam mana kita hendak istiqamah (konsisten) dalam suasana soleh yang kita ikuti, disebabkan sistem jahiliyyah yang berpusu-pusu menyerang kita di setiap sudut.

Kebejatan perlakuan anak-anak adalah usaha kita membetulkan, kebebalan perlakuan anak-anak adalah tanggungjawab bersama, liat anak-anak menunaikan solat adalah kuasa kita mendidik agar patuh pada suruhan agama.
Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kamu dan keluarga-keluarga kamu dari api neraka” at-Tahrim (66:6)

Kalau ibu bapa dari awal-awal lagi liat menunaikan solat, tidak mustahil si anak akan bosan menunaikan solat, kalau di awal-awal lagi si bapa merokok, tidak mustahil si anak boleh berjinak-jinak dengan najis dadah, kalau awal-awal lagi ibu bapa menyokong artis-artis barat terbelah sini terdedah sana, tidak mustahil anak juga memperbodohkan sama perlakuan ibu bapa. Kalian adalah role model mereka.

Ketahuilah iman seorang muslim didatangkan dalam satu pakej, ada bersamanya ilmu, dan amal, ilmu bermanfaat buat mengendalikan sumur hati, maka sudah pasti orang yang beramal dengan ilmunya mampu mengeluarkan gugusan manfaat buat memandu diri, maka terbitlah iman di hati.

Kotak kepala kita mempunyai segalas tugasan menumpah idea untuk kebangkitan Islam, sebagai perhatian berpanjangan. Mengandungi idea-dea yang besar. Tidak dinafikan ialah setiap kata-kata mahupun pekerjaan mengandungi pesanan penting, berguna. Maka dalam mengejar yang besar dan penting, bagaimanakah kita belajar mendefinasikan yang utama.

Meratah setiap baris kitab ilmiah tidak seperti kita menatap hidangan karya berbentuk novel, cerpen, puisi boleh dihabiskan dalam masa singkat. Setiap barisnya ada pengertian, huraian mendalam, seperti dalamnya kita menarik mutiara di dasar lautan.

Kepala sarat dengan pengetahuan, pengetahuan apa sekali pun, akan menggugah akal dari mengakses maklumat yang tidak sihat, tiada pencerahan, tiada pencambahan ilmu. Pengetahuan belum tentu merupakan sejejer ilmu yang bermanfaat, tapi ilmu adalah induk pengetahuan. Kita boleh sahaja baca majalah hiburan, mengetahui dunia artis, ada pengetahuan tapi tidak berupa ilmu.
Ilmu ialah sesuatu yang boleh ditumpangi keberkesanannya dalam hidup. Bisa diguna, bisa diaplikasikan. Tapi ingat, aplikasi yang saya harapkan ialah urna pengetahuan yang membimbing, bukan menumbang. Boleh ditumpang faedahnya. Cabang ilmu pula banyak.

Apalah bezanya orang yang belajar sampai PhD, ada Master, selesai ijazah, habis mengaji di al-Azhar, Oxford, tetapi tidak memahami apa yang dia pelajari, hanya ada sijil sahaja tetapi tidak mendalami apa yang dia dapati, dengan keldai yang ditugaskan membawa seguni kitab di belakangnya tetapi dia tidak tahu apa-apa berkenaan kitab di belakangnya.

Faham melahirkan keyakinan hendak buat sesuatu, kerana tahu manfaat dan keburukannya. Jadi, tidak dapat tidak kita sebagai muslim, mukmin ini mesti sentiasa memperbaharui apa yang kita telah faham akan kehendak Islam melalui pencerahan ilmu.

Iman kita bersifat turun naik, mungkin hari ini kita kuat dan bersemangat dengan membaca artikel-artikel berkisar tarbawi, tamrin rohani, mendengar majlis ilmu, duduk bersama ulama’, tapi bagaimana keadaan kita selepas membacanya, memahami ilmu tersebut? Adakah kita cuba mengaplikasikannya di medan amal? Ini adalah cabaran yang kita kena sama-sama depani.
Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” al-Hujarat (49:1)

Kini saya, dan pasti kalian sudah ketemui sebuah damai dalam tenang. Sudi menjengah sisi-sisi kebaikan, meningkatkan kualiti iman, dan beramal dengan apa yang diperolehi. Teramat rugi, sepanjang nyawa berpadu dengan jasad, tidak pernah bimbang dengan langkah yang ada kalanya terjatuh di dalam lumpur, jatuh, dan jatuh lagi, tiada usaha untuk tingkatkan pemanduan, kesilapan kelmarin, semalam ditangani dengan baik pada hari ini, dan harapan agar keesokan harinya lebih baik dari hari ini.

Bila terasa ringan melakukan kebaikan, berat melakukan kejahatan. Mudah merendah diri. Mudah rasa berdosa dan segera bertaubat. Tutur kata menjadi lembut dan senang sekali untuk membuat kebaikan. Maka, dengan mudah seorang hamba jatuh cinta kepada Maha Pencinta. Mudahkan... tapi perlu sedikit mujahadah, kerana hidup seorang pejuang di dunia adalah pahit kerana mahar cinta-Nya di Syurga adalah manis.

Begitu dalam erti cinta bila manusia menginginkan bahagia, tenang, damai di setiap helaian hamparan kehidupan duniawi. Bahagia dicari sudah pasti bermula dari segala hal baik-baik, tenang digali sudah pasti lahir dari permulaan baik-baik, damai disoroti sudah pasti berada di awal segala hal kebaikan. Penentu bahagia, tenang, damai adalah bermula dari langkah pertama, baik langkah pertama, insha-Allah baiklah langkah-langkah kita seterusnya.

Ya... niat, nawaitu kita.

Cinta anugerah Ilahi. Cinta sejati yang datang dari lubuk hati yang dalam, itu yang dicari. Cinta pada Ilahi adalah tunggak segala-galanya. Apabila ianya kukuh di jiwa, tiada lagi masaalah yang melanda. Cinta adalah satu kuasa dalaman, satu kuasa untuk diri mengubah keadaan. Cinta suci lahir dari hati yang kudus, bersih dari segala kekotoran dalaman dan luaran.
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Oktober 19

Tarbiyah Sikap Kurangkan Egois Dalam Beribadat







KEHIDUPAN insani memang sentiasa diwarnai, warna-warna ini membentuk laskar pelangi yang pelbagai. Warna kehitaman sinonimnya adalah sifat antagonis yang berlawanan dengan sifat utama, dipalit warna kehitaman di setiap langkah mengukir warna-warna hidup ini sedikit mengundang keresahan di hati bagi setiap manusia yang bertuhan. Dibiarkan usah sesekali, kelak ianya tidak lagi warna yang indah kerana hitam tadi menutup seri warna, tidak mustahil memudarkan hingga hilang asli warna asal.

Kita mempunyai pilihan untuk menjadi orang yang bahagia kerana kita yang mencorak warna tadi. Andai kita memilih untuk menerima kemaafan dan melupakan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, itu petanda kita tidak mahu ianya berlarutan, tergantung hingga hilang rasa bahagia... atau mungkin kita bisa memilih untuk lari daripada masalah tadi dengan cara berdiam diri dan masih tidak melupakannya, maka kita sengaja memilih jalan cerca.

Bagi orang mukmin, dia perlu tahu tidak semua perkara bisa dilakukan tanpa had, persempadanan tindakan kita telah ditentukan oleh syariat (cara hidup islami). Sedarnya kita ialah kita hanya seorang hamba, Dia ialah Penguasa sekalian hamba. Justeru itu, kita sentiasa ingat kepada siapa kita pertontonkan amal dan kebaikan, walaupun sedikit dihargai oleh manusia kerana dia juga seorang hamba tapi kita ingin mencapai anugerah tiada tandingan daripada Pencipta sekalian hamba.

Bermula dengan hidup sederhana, kita diajak mendidik hati supaya tunduk pada kekuasaan Dia yang serba kuat, dan tidak kalah oleh segala kelemahan. Kaya kita bukan susah untuk bersederhana kerana apabila kita menzahirkan kesederhanaan itu sudah pasti mematikan sikap egois. Kelemahan hadir tidak mengira apa jua status anak adam itu... miskin jika tidak ditangani dengan baik supaya adanya kaya budi dan kaya hikmah, sudah pasti jurang untuk jatuh ke lembah kelemahan tunggu saat dikuburkan. Kaya pula apabila egois tadi dibiarkan menguasai diri, mudah sahaja kekayaan tadi melapah sebuah budi, zuhud, pekerti kerana sudah lemah... lemah daripada deria sifat mahmudah.

Konsep penjagaan diri ini meliputi luaran dan dalaman manusiawi. Kita akan lihat, sifir paling mudah sikap luaran akan mengambarkan sikap dalaman seseorang kerana tidak mustahil perihal dalaman yang amat sulit dikerjakan akan berlarutan hasil didikan luaran.

Kita pasti risau, apabila melihat lelaki yang tidak mengambil kisah kebersihan kolar baju dan kolar lengan, begitu juga teramat risau apabila seorang perempuan acuh tidak acuh akan kebersihan tudung yang dipakai. Orang-orang seperti ini lebih berpotensi untuk meninggalkan amalan sunat dalam ibadat... hilang tama’ninah dalam solat, gosok gigi sebelum solat subuh, dan merata air ke seluruh badan ketika mandi wajib. Golongan ini lebih berisiko dijadikan pasangan hidup berbanding mat rempit yang bertahajud di atas jalan, dan minah senget di hulu kampung.

Bunyinya nampak aneh sahaja, bukan? Tapi itulah realiti.

Mungkin sahaja golongan cerewet tentang kebersihan lebih berisiko, kerana mereka bukan sahaja tahu akan tuntutan kebersihan, tapi sinis untuk melaksanakan. Mereka ini lebih liat untuk mendengar nasihat kerana sikap tahu tapi tidak buat tadi menumbuhkan egois di hati... sedangkan golongan kedua, mat rempit dan minah senget yang tidak tahu apa-apa akan mudah mendengar kata apabila menerima teguran baik-baik secara baik.

Contoh paling mudah; kita lihat dan dapati siapa paling liat untuk datang berusrah? Di kalangan ahli yang serba-serbi tahu kononnya, atau mereka yang sedang tercari-cari nur hidayah? Jentik hati tanya iman.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan kepadanya jalan keluar, dan mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tiada dia sangka-sangkakan” at-Talaq (65:2-3)

Maka kita telah kalah pada satu sikap mazmumah, iaitu ego. Sikap ini akan terus menebal jika tiada racun mematikan akar bahagian punca tumbuh sifat buruk ini. Kita boleh didik diri kita jadi seperti apa kita lihat, baik dan buruk terserah kepada tangan kita memilih dan kaki kita melangkah. Tapi kita harus sentiasa sedar mush-musuh Allah Taala tidak pernah tidur, nafsu dan syaitan akan terus menusuk jarumnya di setiap kelalaian kita. Mereka lebih cepat merebut peluang di setiap ruang yang terhidang.

Bermula daripada sikap sederhana tadi, maka akan lahir sifat zuhud, budi pekerti mulia. Kita akan terus memandu kehidupan, akan terus mencorak warna-warna indah sebelum kita dijemput untuk menuntut hasil keindahan tadi di hadapan Allah Azza Wajalla.
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Oktober 12

Masa Muda Adalah Pengalaman Di Masa Tua







PERJALANAN ini masih jauh untuk sampai ke destinasi matlamat. Senang atau sukar untuk menempuh perjalanan itu sememangnya perlu menempuh fasa yang panjang yang bernama PENGALAMAN. Pendakian ini mungkin sukar untuk direalisasikan kalau sekadar hanya membawa bingkisan ilmu, segulung ijazah bukan ukuran tepat menilai kejayaan seseorang dalam hidup, tapi lebih pada melihat seberkas nilai hidup digunakan sebaik mungkin.

Namun ramai yang mengejar segulung kertas itu, berbanding mencari harga sebuah hidup.

Mungkin kebanyakan yang mengalami sindrom ini di kalangan anak muda.

Anak muda sering digambarkan sebagai produk bernilai bukan sahaja dari aspek agama, sesebuah negara berdaulat juga memerlukan anak muda yang berpotensi dari sudut akhlak peribadi, pekerti baik di samping mempunyai keilmuan tinggi di dada.

Hari ini saya belajar sesuatu yang cukup berharga daripada murabbi, Al-‘Alamah Al-Faqeh Sheikh Dr Ali Jumaah Al-Azhari menggali khazanah di telaga bernama ilmu, lantas ilmu tersebut mampu melahirkan manusia yang tawadhu’. Tawadhu’ ini kemuncak tertinggi untuk membentuk manusia baik akhlak, dan menyuluh perjalanan yang masih jauh.

Mengajar manusia normal, aqel baligh bukan mudah seperti kita mengajar monyet panjat pokok kelapa. Makin berilmu seseorang-andai tidak dipandu oleh iman, sikap sombong, takbur, ego makin menjadi-jadi. Ada ilmu, tapi diguna pada jalan salah dan berkepentingan peribadi. Maka kefahaman yang jelas pada ilmu-ilmu perlu dihadam oleh setiap manusia.

Perlu pada Al-Hikmah.

Benar, kebijaksanaan.

Fahamilah, di antara pejalanan hidup yang masih panjang buatlah sesuatu yang boleh dimanfaatkan, ianya suatu pengalaman yang sangat berguna. Jangan sia-siakan semangat kemudaan kalain, kerana apabila tibanya tua bukan sahaja susah, payah membuat kebajikan, malah mengumpul pengalaman di kesenjaan usia akan meninggalkan masa berharga bersama orang tersayang. Ilmu membentuk manusia bersarjana, berintelek. Manakala masa dan pengalaman yang dicari bakal membekaskan kebijaksanaan pada sebuah tindakan.

Menempuh dan menyaksikan pelbagai kitar usia manusia dan belajar daripadanya adalah pengalaman tiada tolok bandingan. Banyak peristiwa yang berlaku dan percubaan demi percubaan yang pernah diambil di sepanjang perjalanan hidup telah pun sampai kepada natijahnya. Natijah akhir ini akan mematangkan setiap daripada kita membuat sesuatu keputusan hidup, ilmu juga pasti memandu bersama.

Apa lagi kita mahukan dalam hidup? Kalau bukanlah seberkas keredhaan-Nya sebelum dimakamkan.


Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Oktober 9

Dia Dan Ia Mampu Memberi Kesan





KELAHIRAN pelbagai genre lagu di tanah air dan antarabangsa, tidak pernah menenggelamkan konsep irama Nasyid baik di tanah air dan antarabangsa.

Mendengar alunan lagu dari Sami Yussof, Maher Zain, Talib al-Habib, Zain Bikha, dan Ahmed Bukhatir seperti berada di kelasnya tersendiri. Sentuhan lembut kemposer, penulis lirik, dan kemerduan suara mengasyikan para pendengar, dan meninggalkan kesan di hati. Kita tidak mahu lagu sedap didengar, namun tidak langsung melunakkan juga sekeping hati yang keras.

Sudah sampai masanya, para peminat muzik terutama para bijak pandai memilih bahan halwa telinga yang boleh mendidik jiwa, membersihkan kekotoran degil di hati daripada terus menerus dipenjara oleh kealpaan membunuh deria, tersentuh hingga melahirkan keinsafan, dan menambahkan rasa cinta kepada Tuhan.

Demam saya mengingatkan saya pada kematian. Apabila mendengar lantunan, alunan lagu-lagu Islami yang menyentuh kalbu seolah-olah sedikit penawar untuk mengagahi derapan jiwa menuju sakinah.




Nazeel Azami: 'Ishara'

Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Oktober 7

Cinta-Nya Kunci Pintu Hidayahmu







KENAPA saya tetiba sahaja rasa cukup hairan dan pelik hari ini, bukan kerana saya terlihat sesuatu yang aneh berlaku di hadapan mata, apatah lagi di bumi bangsa arab ini, tiada sesuatu yang dianggap luar biasa, kecuali dulu mula-mula sampai berlaku sedikit culture shock, mind shock, dan banyak lagi ‘shock’... namun bila dah beberapa minggu perhati, cermati sedalam-dalamnya lebih kurang tempat kita, bezanya mereka cukup berpegang pada solusi agama, walaupun jahat mana sekalipun mereka tahu untuk hormati orang tua, memberi laluan, makan mesti dijemput sama.

Pelik dan aneh sebab terbaca e-mail seorang pengunjung laman puteraazhari. Dia memang cintakan Allah Taala, kasih pada orang tua, cinta akan kebaikan, namun pada masa yang sama beliau juga tidak boleh tinggalkan maksiat, sering juga melakukan kemungkaran, main nombor ekor, bersekedudukan dengan perempuan, dan kadang-kadang liat tunaikan solat.

Mungkin masalah ini telah pun para pembaca budiman terdengar, terbaca bila ada juga manusia mengumpul dua cinta dalam satu-satu masa. Bolehkah?

Mungkin dalam hal ini tidaklah sesusah kita melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, seperti siang bekerja sebagai petani manakala malam pula sebagai nelayan. Namun, begitupun mampu tapi kesannya juga tidak bagus, tidak baik untuk kesihatan.. mungkin hari ini, esok dan lusa mampu konsisten tapi bila dah masuk minggu kedua, ketiga baru tahu jerih dan peritnya menumpukan dua perkara dalam satu masa.

Minyak tidak akan selama-lamanya bercampur dengan air, kerana itulah sifat tabi’ kejadian minyak dan air.

Cintakan Tuhan, malah cintakan dosa.

“Mengapa ustaz, saya cinta kebaikan... selalu tolong orang tua, solat tidak pernah tinggal tapi masih lagi cenderung untuk melakukan maksiat” rintih seorang mahasiswi.

“Mengapa.. kenapa...” antara dialog sering diulangsiar... masalahnya sama, masalah hati.

Manusia yang telah lama terdidik dengan pengajian agama, mempunyai asas agama, pernah terdedah pada program-program pembangunan jiwa, bila sahaja dihadapkan dengan pelbagai masalah yang berkaitan hati, mahupun sosial tidak sihat, at least ada juga terdetik di hati mereka rasa sesal dan ingin kembali pada pangkal jalan. Bagaimana pula mereka yang baru ingin mengenal apa itu solat, apa itu puasa, boleh ke couple dan sebagainya tanpa ada bimbingan, agak-agak mereka boleh tahan gelocakan hawa nafsu yang membuas.

Tanpa ada bimbingan dan panduan berkala mereka akan merasa semua itu membuang masa, tak larat, rasa canggung bila tahu lelaki dan perempuan tidak boleh holding hand, say love you before marriage, meninggalkan arak lagilah susah, sama juga rokok.

Cepat berputus harap dari rahmat Allah.

Ingatkah lagi kita pada pesanan Nabi Ya’qub kepada anak-anaknya ketika berdukacita kehilangan dua anak lelakinya yang dicintai Nabi Yussof dan Bunyamin;

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “(Berkata Ya’qub) Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yussof dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Yussof (12:87)

Apakah kita sanggup dilabelkan sebagai orang kufur, kerana kita cepat menyalahkan takdir. Puas berdoa, tapi tidak pernah sembuh sakit, tidak pernah kaya, jodoh tidak pernah kesampaian dan sebagainya.

Bukan macam tu...

Memang benar, kebiasaan manusia bila lupa akhirat, kejar dunia berapa ramai yang ingat solat, ingat nak puasa Bulan Ramadhan, mereka tahu itu semua suruhan dalam agama.. sedangkan meninggalkan salah satu rukun Islam dengan sengaja adalah kafir.

Pertama, kita kena lihat diri sendiri kerana masalah bukan pada masalah tapi sebenarnya diri kita bermasalah, orang kata; “ada somethings wrong

BERUBAH ARAH KEBAIKAN

Bersyukur pada Allah kita ini fitrahnya Islam, yang suci dan bersih dan hari ini bersyukur kita kerana masih Islam. Sememangnya, fitrah manusia yang tidak sempurna, melakukan dosa dan maksiat, mudah tergoda dan macam-macam lagi. Inilah ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita. Adakah kita sabar dalam menghadapinya ataupun kita terus mengalah dan berputus asa lantas menjadi hipokrit dengan memaling terus dari jalan menuju redha Allah?

Rasulullah s.a.w ada bersabda;

Bermaksud: “Dugaan itu akan terus menimpa seseorang mu’min dan mu’minah, di dalam diri, anak pinak, dan hartanya sampailah dia bertemu (meninggal dunia) Allah dan dia tidak mengerjakan kesalahan” (Hadith Tirmidzi)

Memang susah merubah sesuatu buruk menjadi baik.

Analoginya mudah, seperti kita mempunyai sebuah kereta. Merosakkan kereta, kemetkan body kereta memang mudah, sangat mudah, dengan sahaja kita langar tiang, atau masukkan air dalam tangki minyak, dalam beberapa minit sahaja kereta pasti dihantar ke workshop. Tapi bila dari rosak tu bila nak pulihkan balik, baru tahu betapa susah, berat sangat nak hulurkan tiga ribu ringgit sebagai upah dan barang yang digantikan.

Dulu sebelum merana, sebelum kena tak mahu beringat. Bila dah terasa susah, baru tahu ingat nak jaga dan sebagainya.

Begitu juga manusia. Kita ada sekeping hati yang perlu dijaga dipelihara. Kalau ‘jantung’ kereta adalah enjin, begitu jua peranan hati pada jasad dan roh manusia.

Pandai melihat kebaikan dalam kesusahan. Di sana hati cepat sampai pada Tuhan. Pandai menilai antara baik dan buruk (jahat). Banyak benda kita bisa buat baik, tapi awas terlalu banyak kita bisa buat jahat.

Tidak dikira jahat hanya kerana kita tengok hiburan yang tiada unsur agama, yang tidak kisah mengenai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti anugerah skrin, anugerah juara lagu, drama dedah sana sini... kita dikira sebagai tidak baik atau lebih senang dikira sebagai seorang yang jahat. Hati perlu juga ada hobi (hubbi), ada apa yang ‘ia’ suka tapi kenalah bijak menangani.

“Ooo.. kalau buat begini salah di sisi Islam” cepat-cepat mendidik hati.

Kita perlu sedar, wahai hati-hati yang ingin, sedang dan telah berubah ke arah baik dan lebih baik, ketahuilah kita tidak pernah sirna dari silap, ubatnya ialah kebaikan kita lakukan akan menimbus keburukan kita yang lepas. Bagi yang ingin berubah, saya fikir kita haruslah terus menerus niatkan dalam hati kerana Allah dan sentiasa ingat tujuan kita. Bagi yang sedang berubah, istiqomahlah dalam apa jua kebaikan yang sedang dilakukan manakala bagi yang telah berubah, janganlah berhenti di tahap itu sahaja sedangkan perjalanan kita menuju akhirat sana perlukan bekalan yang banyak, jalan menujunya tidak pernah licin, adakalnya becak, berlubang.. maka waspadalah selalu, jangan alpa dengan kesenangan sementara.

Allah Taala melihat dan menilai usaha kita untuk berubah dan menjadi baik.

PERBAHARUI NIAT

Buat kebaikan tidak memerlukan perasaan malu, kalau buat sebaliknya boleh menghilangkan rasa malu. Ini kebaikan, kenalah lebih-lebih lagi. Secara generalnya, kebaikan yang dibuat tidak perlu manusia sebagai pemerhati dan pengkritik. Bukannya temuduga, atau apa...

Dan ketahuilah, Allah Lebih Mengetahui.

Penting kita untuk sentiasa tajdid (perbaharui) niat kita setiap masa, kalau boleh amalkan setiap kali selepas solat. Niat baik kita, seperti mana kita inginkan hidup hari ini lebih baik dari semalam, dan mudah-mudahan esok akan lebih baik dari hari ini (ameen).

Perlu ada mujahadah dan keyakinan dalam diri.

Mudah-mudahan juga, dengan tajdid niat itu akan melenyapkan impian kita untuk bermimpi melakukan maksiat, agar istighfar juga membasahi ketika itu. Ingat Allah, ingat semula niat dan tujuan kita tadi, iaitu jadi lebih baik.

Kita mesti mencapainya.

Sememangnya diri ini ingin melakukan satu perubahan yang agak besar untuk diri sendiri supaya menjadi insan yang lebih bahagia dan tenang. Kita masih dan terus masih mengumpul seribu kekuatan supaya perubahan ini tidak separuh jalan, atau terhenti sebelum bertemu noktah terakhir. Semoga ku beroleh kekuatan untuk menuju ke jalan yang bahagia itu

Maka marilah sama-sama kita isi bekal kita dengan kebaikan yang berlipat kali ganda banyaknya dan sentiasa sematkan dalam jiwa bahawa kebaikan yang kita lakukan hanyalah ikhlas semata-mata kerana Allah Taala dan untuk mencapai redha-Nya sahaja, bukan untuk menjadi riak, sombong dan hipokrit.

Benarlah, Allah Taala bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya, namun cinta kita kepada-Nya. Berilah cintamu kepada-Nya sepenuh hati pasti hadir cintanya di balik hamparan kudus cinta-Nya (hidayah).


Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Oktober 6

Biarlah IMAN Menentukan Kita Di hatinya






MELALUI kehidupan sebagai manusia, hamba kepada Tuhan Esa kita pasti disajikan hidangan jerih perih di hamparan suka duka berliku. Jalan-jalan ini juga adalah sebagai sunnatullah memenuhi pencapaian para hamba-Nya terdahulu. Iman adalah milik setiap hamba-Nya, meraihnya perlu pada satu jihad yang tinggi, mujahadah seseorang pada sebuah ketentuan, kesabaran menempuhnya. Makin tinggi sabar, makin tinggi tahap iman dan taqwa.

Air mata adalah keringat tiada tolok bandingan.

Jangan salahkan takdir dengan pilihan dibuat, sedangkan jalanya sudah difahamkan akan akibat yang bakal melanda, risikonya pada diri sendiri yang menjamin. Tiada jalan pulang kecuali keinginan diri sendiri untuk berubah, dan bertaubat. Diri bersusah-susah mencari, dan membelek semak-samun membulu sebelum bertemu jalan hidayah.

Ujian itu adalah sahabat paling utuh pada sebuah penghidupan.

Manakala ikatan persahabatan antara manusia selagi mana dia mampu menjaga aib temannya, berusaha melalui kesusahan bersama-sama, tidak melihat kelemahannya. Sahabat yang baik akan melihat kekurangan dirinya sendiri, lantas ditutupi sedikit demi sedikit agar kekurangannya tadi tidak pula menyinggung para sahabatnya yang lain. Benar, manusia itu tidak sempurna... namun kita mempunyai pendirian dan kemampuan untuk menyempurnakan tuntutan iman.

BERSAHABAT BIAR SERIBU

Tahukah para sahabat, melalui tautan persahabatan kita boleh menyukat tahap iman seseorang. Faktor pemilihan sahabat, dan kesan daripadanya penentu iman dia dan kita.

Nabi s.a.w bersabda:

Bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya” (al-Hadith soheh)

Persahabatan biasanya dikaitkan dengan pengorbanan, dan sebuah pengorbanan tidak akan berlaku dalam keadaan tergesa-gesa atau terpaksa. Pengorbanan membutuhkan keikhlasan dan keimanan tinggi. Jujurnya, saya tidak pandai mengukur iman sahabat saya melainkan melalui proses yang dilalui ketika bersama.

Mungkin sahaja akan ada pada satu ketika, kita dan dia pernah atau akan bermasam muka. Namun bermasam muka atau berselisih faham orang yang ada iman di hati tidak akan ke mana, tidak membawa ke mati. Kasih yang terikat atas dasar iman akan mengembalikan ikatan persahabatan tadi kembali pada asal. Jika keimanan tadi kebal dan tebal, ianya akan memasakkan hingga merempuh halangan membadai.

Kita pasti bersetuju dengan kata pepatah Melayu: “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Tidakkah kita mahu jadi seperti para sahabat Nabi yang dimuliakan kerana nilai iman pada sebuah persahabatan. Nama sebesar Abu Bakar, Ali, Umar, Uthman, Abdul Rahman Auf, dan ramai lagi telah terpahat di lipatan sejarah agung, bukan untuk dihabukkan, bukan untuk dimanuskripkan.. keluarkanlah isi manfaat, amalkan dalam lipatan diari hidup pula.

KESIMPULAN

Bermula dari niat. Niat baik membuahkan natijah baik.

Selagi kita melihat kebaikan dalam kebaikan, jangan dirisaukan jika habuan dunia terlepas, kerana hal yang sedikit itu pasti akan disajikan nikmat besar selepas hari dibangkitkan semua manusia untuk menerima perhitungan antara rahmat dan laknat.

Apakah kita sejati di hatinya?


Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Oktober 4

Kesibukan Yang Disengajakan

KETIKA saya sedang menyiapkan rencana ini, saya sedang bersiap-siap untuk memenuhi undangan pada sebelah petang. Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di laman ini, hanya berupa rencana lama diletakkan semula buat peringatan bersama yang diulang kembali. Kesibukan saya sudah bermula, selepas sebulan rehat sepanjang bulan Ramadhan. Serasa minat saya pada menulis makin pudar, dulu sibuk juga tapi boleh menghasilkan dua tiga artikel dalam seminggu, namun tidak pada kali ini.

Pulihkan ruh menulis, dan memberi.

Meningkatkan mutu.

Bermula jaulah sambil belajar ke selatan Mesir, Fayyum meneroka khazanah Qarun ditinggalkan dan budaya penduduk arab badwi sekitarnya. Saya bersama seorang lagi kawan, dan ditemani oleh seorang sahabat arab yang juga penduduk tempatan bermukim selama tiga hari dua malam. Kotak fikiran saya berpusat di halaman kampung, mengimbau kembali keberadaan saya 15 tahun (selepas aqeel) hidup di bumi Malaysia. Hidup suasana kampung amat berbeda dengan suasana bandar, paling ketara pada sikap mereka. Di sini saya diajak semula mengukir kedamaian dalam tenang pada sebuat potrait kehidupan yang sederhana.

Makan tempat tumpah darah akan lagi dikenang.

Membentang nuansa nostalgia di hamparan usia.

Tidak habis penat menjelajah pelusuk Fayyum... misi mencari rumah baru masih diteruskan. Ramai juga teman-teman dari Malaysia tidak tahu misi rahsia ini, kenapa tiba-tiba mahu berpindah, apakah tidak cukup selesa dengan rumah sekarang yang cukup murah dan strategik? Kira-kira dah hampir dua bulan kami berperang dari berputus asa mendepani karenah bangsa arab, cuaca panas terik, dan kesusahan mendapatkan rumah kosong.

Kemudian, selang beberapa hari selepas itu, saya mendapat undangan dari seorang teman ke Iskandariah atas tiket perjuangan. Demi sebuah perjuangan, saya abdikan diri pada jalan-Nya. Mungkin penat semalam tidak perlu dibayar dengan penat hari ini, kerana ada penawar meringankan antara keduanya selepas tahu perjuangan itu jua adalah ubat yang menyembuhkan.

Alhamdulillah, semua tu sudah berakhir. Dengan bayaran LE 1000 untuk ta’meen (cagaran), LE 1000 sewa perbulan, dan LE 1000 untuk keperluan asas rumah seperti peti ais, katil, karpet, hiasan dinding (wallpaper), dan alat dapur sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya misi ini buat kami.

Dihuni di kalangan pelajar Malaysia yang berlatarbelakangkan tarbiyah, dan kepimpinan, kami telah bersepakat untuk menyewa rumah tersebut yang terletak jauh dari hiruk-pikuk kesibukan warga bandar. Boleh dikatakan semua daripada kami adalah ahli baru, dan ada antara kami pernah tinggal bersama baik di negara dahulu atau di Mesir pada awal ketibaan. Kami dipertemukan kembali pada tahun-tahun terakhir kami di bumi Kinanah.

Bumi akan terus menuju kesenjaan, kaki manusia akan berirama mahu pada tuntutan iman atau nafsu.

Di kesibukan itu, tugas saya sebagai seorang pelajar dan da'ie sentiasa dipikul. Alasan kesibukan tadi tidak pernah menawarkan keperluan mencari, menggali ilmu. Kesibukan ini disengajakan agar tidak telopong masa dibuang tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat.

Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal