KINI kesibukan makin mengecil. Boleh beri tumpuan pada penulisan, dan rangka isi-isi untuk buku ketiga nanti. Kalau dulu ruang masa diberikan sepenuhnya kepada orang lain hingga diri tidak sempat kendiri, lantas menurangkan sosial bersama teman-teman serumah. Kebiasaan setiap hari kecuali hari Jumaat, hanya mampu menjengah teman serumah tidur di kamar masing-masing. Makan pun dah jarang berempat. Penat saya, moga satu ibadah pada jalan-Nya. Menghabiskan masa, tenaga, dan material belum memadai meraih gelar sebagai hamba taat selagi mana niatnya masih kepada manusia bukan kepada Tuhan Pencipta manusia, maka sia-sia belaka.
Dia tahu apa terbaik buat hamba-Nya. Pada masa sama, hamba-Nya juga perlu tahu perlunya dia dihidupkan.
Jadilah hamba yang menghargai masa, setiap incinya diisi perkara bermanfaat.
p/s: saya masih kosong sepanjang Ramadhan, bagi teman-teman yang ingin mengundang saya mengisi slot tazkirah, atau kuliah Ramadhan masih dibuka.
2 komentar:
Salam.. Ustaz, nampaknya ustaz tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Ustaz Nazrul di Malaysia kelak..
wa'alaikumussalam wrh wbt.. kalau ikutkan nampaknya camtu la. kecuali ada orang mahu sponsor tiket flight. Boleh sahaja kalau Ibn Selanjuri mahu beri sokongan kewangan.
Mungkin tahun depan saya pulang. Doa-doakanlah.
Catat Ulasan