PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Disember 18

Hukum Warna Rambut Satu Persoalan Dipandang Remeh







Assalamualaikum Ustaz...

Saya teringin untuk mewarnakan rambut tetapi tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sekadar untuk diri sendiri kerana saya seorang yang bertudung. Adakah menginaikan rambut bagi rambut yang tidak beruban haram kerana mengubah ciptaan Allah Taala? Apakah hukumnya mewarnakan rambut? Bagaimana pula dengan kawan saya menggunakan teknik bleach untuk melunturkan warna rambutnya,kemudian menginaikan rambutnya.

Apakah hukumnya ustaz?

Daripada; Zahra Qalesya



Maklum-balas:


Wa'alaikumussalam wrh wbt.

Terima kasih kepada Zahra Qalesya kerana sudi bertanya.

Dalam persoalan ini para ulama' berselisih pendapat dalam hukum mewarnakan rambut dengan melihat pelbagai aspek antaranya tujuan mewarna, jenis warna, dan siapa dibolehkan mewarna. Namun, menurut jumhur (kebanyakan ulama') mengharuskan seseorang mewarnakan rambut tetapi perlu melihat beberapa aspek yang dinyatakan di atas.

Kebenaran yang dibenarkan tanpa ada khilaf ialah sekiranya seseorang yang mewarnakan rambut dengan niat dan tujuan untuk memulihkan penyakit, kerana pada fikirannya dan pakar perubatan jika tidak berbuat sedemikian akan mengakibatkan penyakit makin mudharat atau boleh membawa mati... maka harus kepadanya melakukan hal sedemikian kerana di sini nyawa menjadi keutamaan.

Harus baginya juga bagi tujuan jihad, berperang di medan pertempuran dengan musuh Allah, di mana tujuannya adalah untuk menakutkan musuh Allah Taala. Ini bersandarkan kepada Hadith Nabi s.a.w;

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Hadith Riwayat Muslim)

Harus juga bagi seseorang yang ingin mewarna rambut dengan tujuan (niat) menutup keaiban yang ada seperti menutupi uban di kepala di mana usianya masih dianggap muda, atau warna hitam asli di rambut tidak sekata dan nampak hodoh, atau dia dilahirkan rambutnya bukan dalam keadaan normal. Tapi ianya harus apabila kelihatan janggal dengan keadaan sekeliling, namun jika uruf kaum atau penduduk setempat kesemuanya mengalami hal yang sama secara semula-jadi maka tidak dibenarkan syara'.

Jenis pewarna dibenarkan syara' ialah apa sahaja warna asalkan ianya tidak bersifat kekal dan tidak menyekat air daripada meresap ke dalamnya, halal dan suci, tidak mendatangkan mudharat kepada si pemakai. Namun lebih afdhal ialah warna perang dan merah.

Kesimpulan;

Dalam kes saudari hukumnya adalah haram, kerana saudari tiada tujuan dibenarkan syara' untuk mewarnakan rambut, kerana mewarna rambut tanpa tujuan adalah haram mengikut kesepakatan ulama' kerana mengubah ciptaan Allah Taala kecuali ianya adalah kehendak si suami tapi dengan syarat wanita tersebut seorang yang bertudung (menutup aurat) di luar rumah, dan ianya hanya untuk suaminya sahaja.

Bukan bertujuan meniru fesyen dan budaya barat seperti budaya punk dan sebagainya adalah haram kerana jelas bukannya datang daripada ajaran Islam.

Tidak mengandungi unsur penipuan seperti usia tua tapi dikenakan warna rambut warna hitam.

Manakala masalah teman saudari sama ada dia lelaki mahupun perempuan dengan tiadanya sebab-sebab yang mengharuskannya berbuat sedemikian seperti disebutkan di atas maka hukumnya tetap haram (pandangan mazhab Imam Syafie)

wallahu 'alam

6 komentar:

NUR NAIM BT GHAZALI on 18 Disember 2010 4:17 PTG berkata...

assalamualaikum ustat

saya tertarik dengan persoalan ini
di usia muda saya dah mempunyai uban dan kadang2 benda sebegini menjadikan diri saya stress.
tapi saya tahu ini adalah ujian dari TUHAN dan lama2 saya boleh menerimanya

macam ustat cakap kita boleh mewarnakan rambut tetapi dengan sebab tertentu.
kadang2 saya ingin menutupi uban ini dengan mewarnakan rambut.tetapi saya tak tahu jenis apakah yang sesuai untuk dipakai.
baru-baru ni saya sedang mencuba produk KRIM URBAN ALMAS
bagi ustat adakah krim itu halal?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz...

persoalan ini smmgnye masih lagi mengahantui sstgh dari kita...spt sya yg masih kurang tahu ttg smua ni...

sya mohon izin dr ustaz u berkongsi isu&ruangan ini u para sahabat sya yg baru2 ni kebetulan ade menyatakan pendapatnye ttg soal mewarnakan rambut...

Syifaa Izzati on 24 Ogos 2014 9:15 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz,
Saya perempuan, masih muda lagi dan bertudung.
Saya teringin mewarnakan rambut saya dengan inai dengan tujuan perubatan kerana rambut saya kering dan kasar. Dengan itu, inai boleh melembutkan rambut saya yang kasar dan mewangikan rambut saya.
Adakah dianggap haram atau tidak?
Saya memohon agar ustaz membalas pertanyaan saya. Terima kasih ustaz.

Syifaa Izzati on 24 Ogos 2014 9:17 PTG berkata...

Assalamualaikum ustaz,
Saya perempuan dan masih muda lagi &bertudung
Saya teringin mewarnakan rambut saya dengan inai dengan tujuan perubatan kerana rambut saya kering dan kasar. Dengan itu, inai boleh melembutkan rambut saya yang kasar dan mewangikan rambut saya.
Adakah dianggap haram atau tidak?
Saya memohon agar ustaz membalas pertanyaan saya. Terima kasih ustaz.

Piekaroro on 28 Oktober 2015 8:57 PTG berkata...

Assalamualaikum.. Ustaz, apa pula hukum bleach bulu seperti bulu tgn dan "facial hair" bg wanita?

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal