BUKU Melakar Pelangi Cinta (MPC) telah pun terbit. Tiada apa yang terungkap di bibir seorang penulis melainkan rasa syukur yang tidak terhingga. Selepas beranakkan ‘anak sulung’ (merujuk pada buku; Berteduh Di Kebun Cinta) tiga bulan lepas, kini lahir pula ‘anak kedua’ penyeri suri hati. Kelahiran ini, akan memberi motivasi kepada saya dan mungkin teman-teman di luar sana untuk terus berkarya... sama ada orang suka atau tidak kita ketepikan, paling penting tanggungjawab dan amanah kita terhadap ilmu untuk diterjemahkan dalam bentuk satu perkongsian mudah, iaitu mudah dihadam oleh orang-orang biasa.
“Maaf ustaz, saya cemburu dengan kebolehan ustaz. Bakat saya ada, cuma kadang-kadang cepat sahaja jemu hingga hilang minat” keluh seorang pembaca blog.
“Alhamdulillah ustaz, banyak pencerahan saya dapati dalam buku BDKC” seorang mak cik cuba kongsikan sesuatu bersama saya.
Dulu, saya pernah berkongsi tips menulis mengikut kaedah saya bersama para pembaca laman blog puteraazhari. Tips berbentuk umum, bukan berbentuk points lebih menyentuh urna spiritual sebagai motivasi mengekalkan momentum menulis; Penulisan: Maha Karya. Kerana setiap daripada kita yang mampu membaca, sebenarnya mereka juga mempunyai kebolehan menulis.
Bagi seorang pelajar bakat menulis mereka ada pada keupayaan menulis kertas kerja, bahas untuk dihantarkan sebagai penilaian para guru. Mahasiswa juga sama, mereka selalu terdedah pada tesis, assignment di universiti. Malah orang biasa juga terbiasa menulis surat, membalas e-mail, dan menghantar mesej. Mereka boleh, tapi disebabkan sahaja tiada tugasan seperti disebutkan tadi maka mereka lebih cenderung untuk tidak menulis dan mengembangkan bakat yang ada.
Bakat bukan datang secara kebetulan atau semula jadi.. tapi pada keupayaan mengasas sebuah minat mulai dari bawah.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan beberapa tips mudah menulis menurut cara dan kaedah saya bolehlah dapatkan buku MPC ini di BKAN mulai hari Isnin (05/07) dan DPM masing-masing mulai hari Rabu (07/07). Bagi peminat buku di Malaysia yang ingin mendapatkan buku ini sila hubungi Ustaz Muhammad Zulkifli Bin Abdul Ghani.
Berikut ialah latarbelakang buku terbaru MPC:
Nama buku: Melakar Pelangi Cinta (MPC)
Penulis: Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah @ Rezza Khanafiah
Genre: Motivasi Dakwah (Sinergi Iman)
Jumlah bab/artikel: 24
Halaman: 260
Saiz: 14cm x 21cm
Terbitan: Janub Saina'
Harga: LE27
Terbit: Julai 2010
Tempahan boleh dibuat bersama buku Berteduh Di Kebun Cinta; e-mailkan kepada Ustaz Muhammad Zulkifli Ibn Abdul Ghani: shabab9119 [at] yahoo [dot] com atau boleh hubungi (sms) ke talian: +20110480695.
MELAKAR PELANGI CINTA
Ramai teman-teman yang bertanya; kenapa Melakar Pelangi Cinta, apa maksud tersirat di balik pemilihan judul tersebut? Benar, jujurnya bagi saya amat sukar untuk memilih tajuk yang sesuai dan munasabah dengan pengisian di dalam yang diketengahkan. Boleh saya katakan, judul buku ini mengambil masa beberapa minggu, mengambil kira semua faktor dan selepas istikharah dilakukan saya merasakan Melakar Pelangi Cinta bakal menerbitkan sesuatu sinergi menggugah sebuah kekuatan dalaman, iaitu iman.
Hidup ini memang sentiasa diwarnai oleh kegembiraan dan kedukaan... setiap pengalaman yang kita lalui sentiasa mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih matang dan berfikiran terbuka. Jika hidup ini diniatkan semata-mata kerana Allah Taala pasti setiap kedukaan itu bisa ditangani dengan hati yang redha dan ikhlas. Kadangkala ujian yang Allah Taala timpakan itu mempunyai rahsia dan hikmah tersembunyi yang kita sendiri tidak ketahui…. mungkin selepas itu kita merasakan kehidupan ini begitu indah kerana ia sentiasa diwarnai dan perkara yang mencantikkan lakaran kehidupan itu ialah iman, keikhlasan dan hidup kerana Allah Taala.
Justeru itu, buku MPC ini merupakan lakaran hidup saya, realiti kehidupan saya bersama masyarakat di sekeliling yang mana ianya ada kaitan dengan iman... hingga ke saat ini kesan daripada pengolahan hidup melalui pelbagai latarbelakang peristiwa berlaku kepada saya, kini saya mampu berdiri di lautan manusia yang kian meruncing. Masih mengekalkan gaya penulisan santai, berilmu, dan motivasi dakwah untuk mengajak para pembaca membina sendiri kemampuan berdasarkan kreativiti masing-masing.
KATA-KATA MENARIK
Antara kata-kata menarik terkandung di dalam buku ini;
“Kita boleh bawa lembu yang tidak boleh bercakap ke kolam, tetapi kita tidak boleh paksa ia minum, inikan pula manusia yang penuh dengan seribu alasan. Perubahan kepada manusia bukanlah semudah yang diceritakan oleh pensyarah dalam kuliah, atau seperti diajarkan oleh alim ulama’ di surau”
“Teman sejati, ialah teman yang tidak mengenal keburukan kita tapi mengenal kebaikan kita. Dia tidak pernah mengenal senang kita, tapi mengenal susah kita. Sejati sampai mati”
“Insan kerdil yang berasa tidak pernah cukup dengan apa yang ada, akan terus menghambakan dirinya kepada Allah Taala dengan sebenar-benarnya, kebahagian dan kesedihan semuanya diserahkan kepada Allah Taala”
“Pencarian mutiara ilmu tiada penghujung, ianya sentiasa di bawa pulang sebagai simpanan berharga di lubuk hati. Di sana masak-memasak akan berlangsung dan ianya bergantung kepada chef yang memasaknya, sama ada sedap atau sebaliknya akan diketahui bila ianya disemadikan dalam bentuk makanan rohani. Jika baik hidangannya maka baiklah amal perbuatan, jika tidak elok amal perbuatannya maka tidak baiklah hidangannya. Mungkin bahan dan rencah yang digunakan tiada sukatan tertentu”
“Ilmu Tauhid adalah ilmu mengenal Allah Taala. Dengan memahami ilmu sains, kefahaman kita kepada Allah Taala akan menjadi lebih berkesan, sebagaimana contoh orang Purba pun pandai buat rumah, tetapi dengan sains dan teknologi, teknik membuat rumah menjadi lebih berkesan dan menghasilkan rumah yang jauh lebih baik”
Pasti banyak lagi, dan setiap dari baris ke baris akan meninggalkan kesan yang membekas di hati setiap para pembaca.
Dapatkan Segera!!!
0 komentar:
Catat Ulasan