ALHAMDULILLAH pujian bagi Allah Taala Tuhan sekalian semesta. Proses menerbitkan buku Melakar Pelangi Cinta (MPC) berjalan lancar, tidak sesulit kelahiran sulung Berteduh Di Kebun Cinta (BDKC). Mudah-mudahan inilah titik tolak pada kelancaran jualan memandang sekarang musim para mahasiswa berbelanja sakan terutama kitab dan buku-buku ilmiyah. Penat tiada terasa apabila kepuasan menguasai diri, berbaloi selama ini bertungkus-lumus dan berhempas-pulas menyiapkan penulisan yang mengambil masa hampir setahun. Saya mula menulis buku BDKC pertengahan tahun 2009, begitu juga buku MPC serentak pada bulan berikutnya.
Kini promosi sedang diatur di seluruh Mesir. Moga dipermudahkan segala-galanya.
Pengumuman; Buku MPC telah ditempatkan di BKAN Kelantan sahaja. Manakala di BKAN lain pada hari esok bersama tiga buah buku baru lain di bawah terbitan Janub Saina'. Adapun di DPM akan ditentukan kelak. Maaf di atas kesulitan penghantaran pada tarikh asal yang telah diumumkan sebelum ini.
Bagi peminat buku sekitar Kaherah, kalian boleh bertanya dari semasa ke semasa di BKAN masing-masing untuk mengetahui maklumat semasa keberadaan buku MPC ini. Selamat menjamah hidangan rohani.

3 komentar:
Ustaz.. Bagaimana harga di Malaysia? Saya turut berminat nak membelinya..
saya juga..
dan ada tak kemudahan beli secara online
Ibn Selanjuri dan Murni-suarahati, untuk pengetahuan kalian dan para sahabat sekalian buat masa sekarang belum ada apa-apa perkhidmatan untuk dapatkan buku MPC. Insha-Allah saya akan usahakan, berbincang dengan pihak pengurusan.
Terima Kasih atas perhatian daripada kalian semua
Catat Ulasan