PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Julai 5

Hikmah Tersembunyi Untuk Diteladani






HARI ini panas masih lagi setia menemani setiap kaki melangkah, membumbungi kepala sebelum siang melabuhkan sisa perjalanan sunnatullah, malam pula siap mengganti tempat melengkapkan tempo ditakdirkan. Putaran bintang-bintang pada orbit di cakerawala tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya. Begitu juga kehidupan makhluk Allah Taala di dunia... kehidupan di darat, di laut dan di angkasa merupakan ciptaan Allah Taala, berjalan mengikut peraturan sunatullah, dengan izin Allah Taala. Betapa besar nikmat Allah kurniakan antara penghidupan kita sebagai manusia, manusia yang diberi kekuatan tersendiri, mempunyai kelebihan tiada tolok bandingan bukan kepada makhluk lain iaitu akal.

Kebelakangan ini, ramai manusia membelakangi nikmat akal untuk mengakses maklumat yang bermanfaat. Tanpa akal sihat, manusia dilihat makin menyimpang daripada ajaran sebenar, seolah-olah tidak tahu arah dan tujuan sebenar mereka diadakan di muka bumi. Maka manusia seperti ini sentiasa menempah MAUT sebelum AJAL. Maka tunggu sahajalah pembalasan dari Tuhan al-Ahad.

Melalui pengalaman sebagai seorang manusia hidup dalam serba kekurangan, saya melihat tahap pemikiran anak-anak muda khususnya, makin menjauh daripada tujuan hidup sebenar. Kesimpulan awal boleh dibuat, ini mungkin berpunca daripada para ibu bapa kurang memberi, menyuap, atau lebih kasar menyumbat sumber-sumber kerohanian ke dalam jisim akal mereka. Dilahirkan dalam keluarga serba kelebihan melihat sesuatu dengan survival tinggi, maka mereka lebih cenderung untuk melihat persekitaran remeh di sekeliling bukan suatu pengajaran dan pelajaran berguna.

Bukan masalah utama seseorang itu dilahirkan dalam serba mewah, material cukup, penampilan bagus suatu jaminan untuk diletakkan dia pada situasi di atas, tapi pada sebuah SIKAP. Sikap manusia bergantung pada apa dia lihat, dan penerimaan dia untuk mengimbangi keadaan tersebut bersama pengetahuan dan ilmu.

ILMU cukup penting bagi mengawal world-view (sudut pandang persekitaran) seseorang manusia. Pemilihan bahan bacaan juga penting dari sisi pengetahuan ber-ILMU kita mahukan. Membaca ialah salah satu cara seseorang itu menambah pengetahuan. PEMILIHAN bahan bacaan yang tepat, akan menjamin pengetahuan ber-ILMU kerana pengetahuan itu belum tentu ber-ILMU. Pengetahuan ber-ILMU ialah sesuatu yang boleh diambil MANFAAT, ditumpangi dan dapat DIAPLIKASI dalam kehidupan seharian. Membaca Majalah MANGGA, ARENA dan MASTIKA hanya mampu jadi bahan BUALAN kosong di kedai makan, bukan sebuah perbincangan ILMIAH.

Hikmah alam ini sebagai bukti sekolah percuma buat insani yang celik mata hati. Banyak peringatan, pesanan, wasiat berupa wahyu dari Allah Taala tentang keupayaan alam persekitaran memberi kesedaran. Iman kita boleh diukur, atau melihat perubahan pada diri dari sisi baik apabila dia bijak melihat alam dengan pandangan rohani.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). (7) Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu” ad-Dukhan (44:7-8)

Memahami tersirat di balik kejadian alam mampu menyuguh akal mendalami maksud kesempurnaan Allah Taala, berkuasa ke atas sesuatu. Konsep kehambaan dapat diperhalusi. Usah pergi jauh. Kalian bangun sahaja di waktu tahajjud, di keheningan malam sunyi dari pekikan suara. Kita mendonggak ke langit melihat sinaran bulan purnama, bintang-bintang bergemerlapan, dan pokok-pokok mendayu-dayu berbisikan sesama. Kita pasti dapati suatu perubahan pada sekeping hati, tenang.

Sebuah hikmah dari kejadian alam mengajarkan pada manusia agar hidupnya bahagia. Hikmah adalah ibarat barang yang hilang dari seorang manusia dan wajib baginya untuk mencarinya sehingga dalam proses menjalani hidup penuh makna.

Nabi s.a.w pernah bersabda;

Bermaksud: “Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air. Maka dengannya Allah Taala memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, memberi minum dan juga bercucuk tanam” (Hadith Riwayat Bukhari)

Melihat fenomena alam seperti di atas saling memberi manfaat antara satu sama lain. Walaupun sebidang tanah tidak subur dan mampu menyuburkan pokok tumbuhan, tapi dari sisi lain dapat memberi manfaat sebagai penakung air yang baik di lembah-lembah, kolam, dan tasik.

Begitu juga hikmah di balik amalan sunat yang disarankan di dalam kebanyakan hadith soheh dan fadhail amal banyak memberi kesedaran dalam konteks perlaksanaan selain mendapat pahala. Kerana sahaja kita belum menemui natijah akhir dan manfaatnya dek akal kita lebih suka menyaring maklumat yang lebih terbuka, padahal walaupun nampak remeh ianya mampu memberi kesan mendalam.

3 komentar:

khadamgerakanislam.blogspot.com on 5 Julai 2010 pada 11:17 PTG berkata...

Saya sendiri pernah melalui zaman persekolahan. Zaman yang ustaz cakap, remaja makin jauh dari tujuan hidup. Alhamdulillah, Allah masih menyayangi saya. Tetapi sekarang, bagaimana saya hendak menyedarkan kawan-kawan yang telah jauh menyimpang dari matlamat asal kehidupan??

DeQku on 6 Julai 2010 pada 8:15 PTG berkata...

Saudari mungkin tiada kuasa untuk menghalang mereka, namun jika saudari mampu untuk menegur mereka dengan kata3,itu adalah yg terbaik.

Jika saudari tidak mempunyai keberanian untuk menegur mereka, bencilah perbuatan mereka dengan hati.

Saudari jgn mmbnci mereka. Bergaullah dengan baik. Semoga dengan akhlak pergaulan saudari dengan kwn3 saudari akan memberikan mrk sedikit kesedaran.

Jgan lupa untuk sll mndoakn mereka. Semoga mrk mndapat hidayah dariNya.

Rezza Khanafiah on 6 Julai 2010 pada 8:52 PTG berkata...

Ibn Selanjuri... terima kasih di atas komitmen saudara untuk menyedarkan kawan-kawan lain dari terus terjerumus dalam dunia maksiat. Saya yakin saudara mempunyai kemampuan sendiri untuk menyelesaikan masalah ini selepas diri sendiri melalui saat-saat mencemaskan. Gunalah segala hikmah kita berdakwah, tegur atas dasar teman dan tanggungjawab pada agama.

Paling penting bila kita dah usaha, berilah pengharapan pula kepada Allah Taala agar ditunjuki jalan benar seperti mana Dia menunjuki jalan yang sama pada diri kita dahulu.

ameen

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal