PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Ogos 31

Memerdekakan Erti Kemerdekaan

MEMERDEKAKAN Erti Kemerdekaan sebenar. Merdekakan diri-mu daripada badi syaitan laknatullah, nafsu amarah, nafsu lawwamah hingga kamu bisa membuat keputusan di atas penghidupan sendiri. Pantas kamu bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah melayarkan perjuangan merobek kerakusan dunia membulu, masyarakat membebal. Penawarnya sepahit ubat, agar kamu sedar mati sempat bertaubat.MERDEKA!..MERDEKA!..MERDEKA!!...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Ogos 30

Lagi Pesanan Buat Kaum Hawa

Wahai Wanita, walaupun kalian diberi pelepasan untuk tidak berpuasa disebabkan Uzur, tapi bukan tiket kalian mempersendakan kemulian Bulan Ramadhan yang dimuliakan. Cukuplah sebelas bulan di luar Ramadhan ada antara kalian masih berbasa-basi melunaskan Qadha' Puasa. Biarpun uzur tapi kalian tahu untuk hormati, makan minum di siang hari beralasan manusia tak nampak tapi Tuhan kepada manusia tidak pernah BUTA...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Ogos 29

Mutiara Dari Mahligai Kalam

Petikan status (kata-kata) saya di Facebook, perkongsian harian;Hidup dalam serba kekurangan membuatkan manusia lebih produksif, dan progresif apabila IMAN berfungsi. Kekurangan tadi tidak pernah mengurangi masa depan yang bermatlamat agar dia bisa selamat. Melaksanakan matlamat bukan mudah, tapi dia sedar jalan susah ini akan menggelakkannya cepat terngandah. Manusia seperti ini hidupnya tidak pernah sia-sia.Musibah buat yang tidak mahu ambil Muhasabah, tidak ambil sisi Tersirat dari Tersurat,...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Ogos 27

Hilang Intergriti Jangan Undang Mati

SUSAH mahu betulkan persepsi manusia. Justeru dari cara berfikir yang berbeda tersebut melahirkan pelbagai reaksi yang sering kali digambarkan sebagai cemuhan, sindiran, makian. Susah bukan apa, semuanya bersifat emosional bukan lagi sebuah rasional.Risau baca sisipan Kosmo Online semalam. Sikap sambil lewa menantijahkan kesan begitu hebat.Bazar Ramadhan.Bazar Ramadhan tidak lagi tempat selamat melampiaskan nafsu makan kerana hilang intergriti para penjual. Kadang-kadang bila dalam serba mahu segera,...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Ogos 26

Melodi Hati Laskar Kehidupan Kanak-Kanak

KETIKA saya masih di bangku pra-sekolah, saya sering terganggu fikiran. Mungkin sahaja kerana pada masa itu, proses untuk menerima segala unsur yang berlaku di persekitaran agak susah diadaptasi dalam bentuk lakonan semula kepada diri sendiri seperti apa yang dilihat.Saya sedar, di saat teman-teman lain masih seronok melayan masa kanak-kanak mereka, namun saya tidak berpeluang mengikuti secara kerap kerana merasakan diri ini mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu diletakkan di hadapan berbanding...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Ogos 25

Wanita Diri-Mu Begitu Berharga

KELMARIN saya menadah telinga mendengar rintihan dan luahan ‘panas’ seorang perempuan muda. Amarahnya sudah tidak tertahan lagi, bagaikan gunung berapi menunggu masa untuk meletus. Katanya, saat ini dan mungkin selama-lamanya tidak akan melupakan peristiwa pahit yang telah tertimpa ke atas dirinya... dipermainkan perasaan oleh seorang lelaki. Gender sebagai seorang lelaki tidak lagi selamat buat kaum adam di luar sana, termasuk saya juga turut dipalit sama dengan kata nama ‘lelaki’ yang dia maksudkan.“Betulkan...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Ogos 24

Ibrah SAHUR Keberkatan Bangun SUBUH

MEMERITKAN apabila keinginan sering kali menyusahkan hidup kita. Kita masih tercari-cari di mana salah dan silapnya hingga buta menyuluh jalan yang sudah diterangi di hadapan. Begitu juga, apabila manusia diberi kenikmatan sihat dan harta, ramai yang masih lagi buta dihamparan kemewahan dan cergas tapi alpa kepada siapakan dikembalikan rasa mewah dan cerdas tadi. Kalaulah manusia semua bersikap adil pada Tuhan, sudah pasti Tuhan juga akan lebih adil dalam memberi keberkatan pada sebuah keinginan...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Ogos 21

R6: Bapa Borek Anak Rintik

Antara sedar atau tidak Kanak-Kanak mempunyai POTENSI tinggi berbanding manusia DEWASA dalam proses MENDENGAR dan MENIRU SIKAP, kerana di sisi lain mereka masih lemah PERTIMBANGAN. Kalau si IBU seorang pemalas untuk bangun masak sahur, TERPAKSA bila dicubit suami atau si BAPA liat solat, TERPAKSA bila si isteri murai... jangan salahkan anak yang bakar mercun, mencebek mulut apabila ibu dan bapanya menjungkilkan mata.Bolehkah disamakan bapa borek anak rintik, atau bapa kencing berdiri anak kencing...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Ogos 17

R5: Peringatan Antara Sedar Atau Tidak

RAMAI sedar bulan Ramadhan bulan dikurniakan pelbagai PAHALA berbanding bulan biasa. Namun antara sedar atau tidak bulan Ramadhan boleh jadi bulan BALA untuk seseorang dapat KENCING MANIS, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG kerana Nafsu Makan. Bukan TARAWIH menentukan kalian selamat dari NERAKA, tapi SOLAT FARDHU. Susah hendak lihat soff solat Fardhu penuh berbanding solat Tarawih. Islam yang belum Muslim.Kita mungkin tidak sedar MERCUN sampai satu tahap boleh difatwakan dan diwartakan sebagai HARAM mengikut...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Ogos 16

R4: Kita Pasti Meninggalkan Dia Kerana DIA

MALAM begitu gelap, langit pula tanpa hiasan bulan dan bintang.Saya meluruskan kedua-dua belah kaki mengadap pantai nan indah, di kejauhan pula kelihatan lampu menyilau dari rumah api. Sungguh damai, terasa tenang menyelubungi tubuh kecil ini. Sudah lama tidak bercandu sendirian tatkala menikmati indahnya alam ciptaan Ilahi, sudah dua tahun, itupun masih segar di ingatan berlari-lari kecil di Pantai Irama, Bachok.Rassel Bar, Dumyatt telah melenyapkan kerinduan melata ini.Sudah dua hari kami di sini,...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Ogos 15

R3: Puasa Bisa Mendidik Nafsu-Mu.

Kalaulah satu Bulan puasa tidak MAMPU merawat mereka yang ketagih SEKS, ini kena tanya betul-betul apakah dia berpuasa atau tidak. Kalau benar mereka pesalah ketagih SEKS seperti rokok, saya rasa PERLU DINIKAHKAN daripada memberi status DHARURAH kerana solusi ada tidak terpakai disebabkan dia BERMASALAH daripada pencegahan kehamilan diberikan kerana tetap sahaja janin atau bayi yang bakal dibuang ke LONGKANG.Apakah rawatan ini boleh diterima...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Ogos 13

R2: Tahan Nafsu Walaupun Dalam Ibadah

TAHAN NAFSU Kalian di bulan Ramadhan. Antara penangan Nafsu dan Syaitan, tahukah kalian Nafsu lebih dahsyat dan lebih menonjol, dan lebih terselah pada bulan Ramadhan. Makan kalian bukan lagi kerana sunnah kalau di kanan kiri nasi pamprik, nasi dagang, mee tomyam, mee hon sup, bubur lambok, kuih bahulu, kuih akok, sira pisang, air laici, sampai 'membunuh' diri. Mudah sahaja dapat penyakit KECING MANIS dan DARAH TINGGI masa puasa. Ibadah kita bukan lagi sebuah keikhlasan melainkan mengharapkan balasan...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Ogos 12

R1: Persiapan Buat Kembara Panjang

SUASANA sambutan Ramadhan kali ini tidak ubah seperti tahun-tahun yang sudah. Bangunan imarah (rumah pangsa) saya duduki dan sekitarnya telah dihiasi lampu neon berwarna-warni, seminggu sebelum raya lagi warga tempatan terutama para pemuda berebut-rebut memasang lampu yang menghiasi bangunan disebut sebagai; zynah. Mungkin suasana ini sudah tidak menarik di pandangan para sahabat kerana saban tahun menjelang Ramadhan perkara sama dilakukan, tapi bagi saya ianya ada kelainan. Kelainan bukan apa,...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Ogos 10

Ramadhan Kini Mendatangi

BERADA di bulan Ramadhan bagaikan manusia telah dijemput oleh Rahmat Ilahi untuk berada di dunia lain. Dunia ini, buat hati-hati yang bersih dari kotoran dosa noda baik datangnya daripada nafsu sendiri atau sikap yang telah sebati telah berjaya ditanam oleh syaitan sepanjang 11 bulan yang lain. ujiannya ada di mana-mana, nafsu dan mainan syaitan sentiasa melingkari akal dan hati manusia daripada alpa bagi menghayati Ramadhan sepanjang sebulan diperuntukan. Apatah lagi puasa itu sendiri pula adalah...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Ogos 9

Menjawab Pertanyaan Soal Kahwin Muda

Kredit kepada Ahmad Fadzli Abdul Aziz, (teman satu sekolah) dan isteri.MEMBENTUK seorang manusia menjadi seorang manusia yang mempunyai ciri-ciri manusiawi bukan sahaja pencapaian akalnya terhenti pada hal-hal duniawi malah menyusuri jauh merentasi ukhrawi. Manusia cerdik bukan pada kemampuan akalnya mencerna sesuatu dengan baik tapi masih mandul penilaian kesan masa hadapan, namun mereka mampu mencerna sesuatu pada akal pada masa sama melalui nilai-nilai murni untuk masa hadapan baik jangka masa...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Ogos 6

Kahwin Muda Isu Panas

SEKARANG isu kahwin muda hangat dibahaskan di media-media massa, tidak terlepas juga golongan intelek dan awam turut diajak bersama ke kancah wacana sihat bagi menyelesaikan masalah pembuangan bayi di kalangan muda-mudi di LUAR PERKAHWINAN. Cadangan demi cadangan dikemukan, pandangan demi pandangan diluahkan, tidak ketinggalan juga bantahan demi bantahan dicebukan. Di mana common sense golongan tertentu yang melihat masalah ini dari satu sudut atau kepentingan peribadi.Berkali-kali saya katakan;...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Ogos 2

Anugerah Taqwa

KALAU belajar banyak-banyak tetapi tiada perubahan pada cara berfikir, mungkin kepentingan ilmu tersebut dicari boleh dipersoalkan. Jangan cepat melatah dek kerana kesilapan sendiri, cuba mainkan peranan mengubah cara meditasi berfikir dengan mengutarakan idea dan ilmu kontemporari sambil disuluh oleh ilmu-ilmu turath. Maka kombinasi antara fizikal, mental dan spiritual, bersama cabaran idea yang semakin tajam, ia tumpah ke corak penulisan.Di manakah kita sekarang, apakah cukup dengan tidak meninggalkan...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Ogos 1

Dunia Pentas Temuduga Ke Alam Akhirat

KESALAHAN kita di penghidupan ini, hanya bisa diampun selagi kita diberi kesempatan. Namun selepas tamat masa, tiada lagi PELUANG KEDUA, mahupun KETIGA. Tinggal lagi pemeriksaan kerja latihan tadi, MARKAH daripadanya akan menentukan KEJAYAAN seseorang. Berjaya, bererti dia akan dilanjutkan hingga ke tempat paling mulia, iaitu SYURGA. Gagal bererti kita akan sesal, SESAL buat selama-lamanya.Di sinilah kehidupan kita abadi.Bersedialah dari sekarang, setiap langkah kalian, kita adalah lakaran pada...
Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal