PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, September 27

Mencari Yang Maha Satu

AIR hujan pada bumbung langit turun menjamah manja tanah gersang. Derapan kaki di dada bumi pula perlu dibesarkan mengimbangi kepantasan air hujan yang terjun mencuram, sebelum pakaian yang melekat di badan basah. Beburung tidak lagi kelihatan bermain di ruangan angkasa. Anak-anak berlari kecil memenuhi setiap ruang di ‘pinggiran’ tembok bangunan usang. Malam pula menyingsing di kala senja mengantikan siang.Indah sungguh skrip yang terlakar pada hari tu. Hanya Allah Taala sahaja tahu dan mengerti...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, September 22

Manusia Di Antara Persimpangan Memilih

USAH bimbang duhai teman, kita hanya manusia biasa menunggu giliran untuk dipanggil bertemu Allah Taala. Pertemuan tersebut sama ada kita datang kepada-Nya sebagai kekasih, atau tersisih. Tersisih? Benar, tersisih dari rahmat Allah Taala untuk bersama para solehin, muttaqin, dan syuhada’ di dalam Syurga Allah. Dulu, kini dan akan datang kita adalah kita, tiada siapa akan ganti atau ambil alih tempat kita. Maka usah risau jika tangan kita asbab kita dihumban ke dalam api neraka, usah bimbang kerana...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, September 21

Kehidupan Insani Memerlukan Motivasi

MOTIVASI ialah melihat sesuatu jauh kehadapan dan menjenguk sesuatu tinggi melangit. Buah akalnya berupa api semangat, meredah susah untuk senang kemudian, sama ada dia berani atau langsung tidak dia tidak terkesan kerana matlamatnya hanya satu, iaitu mencapai apa yang diimpikan. Muhasabah pula, mencari gali hikmah di sebalik mehnah, mengeluarkan isi tersirat di sebalik tersurat... kebaikannya diteladani dan keburukan ada disempadani. Orang mukmin akan memanfaatkan kedua-dua M ini untuk mencetus...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, September 20

Melihat Kebaikan Dalam Kebaikan

JIKA lamaran datang secara baik-baik, daripada insan yang baik-baik, bagi pihak perempuan yang baik-baik maka pada kehendak dan pertimbangan sama juga perlu baik-baik pada semua keadaan baik-baik supaya akhirnya natijah sama ada terima atau tolak selepas melihat semua kebaikan pada masa hadapan adalah sesuatu yang baik-baik, dan diterima baik oleh kedua-dua pihak baik lelaki mahupun perempuan.Kebaikan dibuat tidak pernah memusuhi keinginan untuk melaksanakan rutin harian kerana berbekalkan kemahuan...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, September 19

Di Sana Juga Kita Bertamu

DALAM nestapa tiada siapa menduga jalan kepayahan sering mengajar manusia agar sentiasa berhati-hati. Benar, manusia yang baik tidak akan tercampak ke lubang sama sebanyak dua kali. Kali pertama adalah peringatan, isyarat agar mata sentiasa celik dari ‘buta’ memandang ke hadapan. Cerahnya laluan kita adalah kebergantungan kepada amalan dan ilmu baik-baik yang bertindak sebagai perisai diri, natijah juga pada tindakan baik-baik.Permulaan Islam kita kerana lahirnya iman.Jadilah orang yang zuhud dengan...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, September 18

Dia Wanita Idaman Qalbu

JADILAH wanita solehah untuk penghidupan yang entah berapa lama lagi tersisa daripada terus terpalit dosa ketika meniti usia yang sangat singkat ini. Wanita solehah ialah wanita mampu memberi pengabdian tiada tolak bandingan dalam setiap gerak kerja sehariannya.Biarlah takdir-Nya menjemput ketika kita mampu mengumpul pahala yang beralaskan iman, iaitu husnul khatimah. Pahala syahid pasti bersama seorang yang masih menjadi hamba kepada SATU Tuhan, bukan untuk membahagiakan 'tuhan-tuhan' (manusia)...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, September 16

Pulang Dari Desa Permai

BERUPA pengalaman membekas di bikar kenangan. Tiga hari berada di luar kota metropolitan, menelusuri perkampungan Ramadhiyah yang terletak di pusat Pekan Tdomiyah. Debu dan pepesir menjadi peneman setia ketika menjejak kekuatan kota lama kejatuhan Qarun laknatullah dihempap kemewahan membuta. Banyak nostalgia yang diukir, dicatat, diwartakan dalam kotak diari mawar buat persempadanan dan penteladanan hidup membedah sisa isi maya. Redha Allah jua didambakan dalam pengembaraan ini.Ikuti diari perjalanan...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, September 13

Membetulkan Persepsi Terhadap Isu Semasa

BANYAK hal yang telah merubah cara berfikir dan berpersepsi saya selepas mengalami tarbiyah islami dan konvensional secara bertapis, berlapik di sebuah sekolah menengah agama di kelantan; Maahad Muhammadi lil-Banin (MML). Kalau dulu saya seorang pendiam, suka menghabiskan masa seorang diri, serasa dunia ini sempit tiada lagi jalan untuk saya berpotensi. Kejayaan yang dikecapi di lapangan peperiksaan, tidak pula suatu kebanggaan kerana semua telah disempitkan.Oleh itu, saya rasa tiada apa yang bisa...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, September 12

Kepekaan Yang Dibius

MALAYSIA tanah air ku tercinta, setiap masa saban tahun negara mengalami revolusi dari struktur pembangunan dan pentadbiran. Kemampuan negara bersaing dengan negara maju lain dianggap sebaris dan boleh menghasilkan sumber ekonomi sendiri berkelas antarabangsa. Namun di balik kemajuan yang menjadi kebanggaan semua, negara kita juga terpalit dengan isu sosial yang cukup hebat. Tanpa pengawalan dan penerapan nilai murni, kemajuan tadi begitu pesat bersaing dengan keruntuhan moral di kalangan masyarakat,...
Teruskan Pembacaan>>>

Hakikat Iman Dan Amal

PENGEMBARAAN kita ini adalah penentu antara dua; iaitu BERJAYA atau CELAKA. Kembara pula bergantung kepada persiapan kita, persiapan paling ampuh ketika di luar kongkongan persekitaran kerana pentingnya FOKUS. Bersihkan hati, pasang niat tinggi untuk menggapai apa yang diingini bukan bercakap di luar kemampuan yang menggerakkan. MAMPU sahaja belum cukup tanpa keinginan sebagai manusia kerana akhirnya menatijahkan SIA-SIA.Bukanlah iman itu semata-mata mengetahui ERTI dan HAKIKAT iman, kerana ramai...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, September 10

Salam Eidul-Fitri Daripada Saya

GEMERSIKAN suara merdu melantunkan utaian tasbeh, tahmed, dan takbir mengagungkan serta membesarkan Allah Taala. Petanda Syawal sudah melangkah mengambil posisi Ramadhan yang meninggalkan kita sebelum dipertamukan lagi pada masa akan datang... jaraknya yang jauh bukan satu alasan untuk bermalasan dalam mengandakan ibadat di bulan-bulan lain. Ibadat kita perlu diteruskan, amalan sunat perlu ditingkatkan. Apa salahnya, setiap hari kita mampu khatam satu juzu’ (bahagian) daripada al-Quran, kenapa tidak...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, September 9

Ramadhan Bakal Pergi Syawal Bakal Kunjung

RAMADHAN masih berbaki beberapa JAM lagi. Tarawih sudah pun meninggalkan kita semua semalam, tiada lagi Malam al-Qadar, tiada lagi 1000 kebaikan ganjaran dikurniakan, melainkan hanya Ramadhan yang tinggal dan ianya makin mengecil dan semakin kecil.. itupun tidak lama. Kekasih kita ini akan pergi juga, peluklah semahu mungkin, kalian dan kita semua pasti menangisi pemergianya yang sentiasa menemani kita selama sebulan. Wahai hati, tenang kaki kita akan terus menapak ke hadapan dan Tuhan kita kenal...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, September 8

Muhasabah Ramadhan Di Penghujung

RAMADHAN terhimpun di dalamnya segala penawar untuk manusia, manusia yang hatinya sedang sakit. Alangkah malangnya jika kita gagal mendapat ubat tersebut buat bekalan hidup. Sesungguhnya tepat dan benar peringatan Rasul buat sahabatnya, supaya merebut peluang berada di bulan mulia ini. Persoalan yang patut kita umat bermuhasabah dan sejauh manakah tawaran ubat bagi segala penyakit yang melarat dalam jiwa manusia dipedulikan? Ada siapa yang peduli di kala Ramadhan berada di penghujung. Sedih untuk...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, September 7

Dia Takdir-mu Di Syurga

HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam,...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, September 6

Biasalah Apabila Raya Dah Hampir...

NAMPAKNYA bila dah hampir raya ni, suami isteri paling tidak aman.. anak-anak tersempit antara sokongan dan bantahan, manakala orang bujang juga tersengih girang. Saya yakin sepanjang minggu ini sebelum raya isu BALIK KAMPUNG siapa kembali hangat dibincangkan dalam mesyuarat berkelompok, anak-anak jadi pengundi tidak bertauliah.Dugaan ada di mana-mana, sedih menonton video klip, seorang teman yang tiada siapa sangka takdirnya di bawah perut kereta. Pepatah Melayu ada berpesan berpantang maut sebelum...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, September 5

Sebuah Nasihat Yang Disampahkan

HANYA tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Syawal, hari kemenangan selepas sebulan berhempas pulas bermujahadah menundukkan hawa nafsu, di samping menahan diri dari lapar dan dahaga.Umpama kita berlayar di lautan luas, akan ada permulaan dan penamat. Tiada siapa menduga, antara perjalanan yang ditempuhi pelbagai bentuk ujian dan musibah perlu dihadapi. Kejayaan pelayaran tersebut bukan ditentukan pada permulaan seseorang tetapi di garisan...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, September 3

Denai Menuju Cinta Ilahi, Pasti Bertamu Cintanya

KIASAN dan ungkapan cinta sungguh indah, merawat hati insani yang gundah. Berapa ramai mengenal cinta sebelum bercinta daripada mereka tertekan kerana terlalu bercinta. Mudah lidah meluruskan kata-kata puitis, menggetis sebuah sumur hati. Bagaimana orang bercinta bisa menahan dahaga belaian cinta andai sehari tiada pernah ketemui bunga-bunga cinta... pasti dicari walaupun sesaat cuma.Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat didefinisikan dengan kata-kata. Kita akan menyedari cinta bila kita merasainya...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, September 2

Apabila Isteri Fail Nafkah Di Mahkamah

BAGAIMANA kebahagian sebuah keluarga apabila temberang sebenar pasangan diketahui? Pening kepala saya memikirkan masalah mereka di tengah-tengah pencarian malam al-Qadr. Mereka tak fikir bulan puasa ni, kecoh-kecoh cari pasal buat apa. Lupa akan keberkatan Ramadhan, puasa pula hanya memenuhi syarat wajib sebagai seorang muslim yang aqil dan baligh. Kadang-kadang isteri berada di sebelah pihak yang benar, suami pula tanpa segan silu menegakkan benang yang basah.Dulu sebelum kahwin emak ayah dah pesan,...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, September 1

Melihat Dari Dimensi Luar

SALAH kaedah dan cara bagaimana kita mahu betulkan persepsi berkenaan masalah sinikal, bisa memberi kesan mendalam di sebalik kefahaman yang masih tertutup di bawah tudung saji... jika tersalah mentadbir dalam kehidupan, terutama golongan awam.Saya antara orang yang menjadi mangsa keadaan. Bila ada yang bertanya serius mesti jawapan diinginkan dalam keadaan terdesak, marah, dan sangat gelisah... ianya antara dua sama ada situasi itu dialami diri sendiri atau kenalan terdekat. Sungguh tidak sopan...
Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal