PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Mei 31

Islam-Fobia Dan Palestin Siapa Peduli

AIR hujan pada bumbung langit turun menjamah manja tanah gersang. Derapan kaki di dada bumi pula perlu dibesarkan mengimbangi kepantasan air hujan yang terjun mencuram, sebelum pakaian yang melekat di badan basah. Beburung tidak lagi kelihatan bermain di ruangan angkasa. Anak-anak berlari kecil memenuhi setiap ruang di ‘pinggiran’ tembok bangunan usang. Malam pula menyingsing di kala senja mengantikan siang.Indah sungguh skrip yang terlakar pada hari tu. Hanya Allah Taala sahaja tahu dan mengerti...
Teruskan Pembacaan>>>

Bunga Berputik Kasih

KEMAHUAN berkongsi sesuatu ilmu mengatasi rasa jemu pada menekuni bahan ilmu. Memberi tanpa timbul kerenah birokrasi ‘malas’. Semuanya perlu ikhlas.Kemampuan memberi adalah proses ilmunisasi belajar berpanjangan, dan terhindar dari sikap berpuas hati dengan apa yang ada. Berpegang pada falsafah hidup memberi agar dapat dirasa diri sangat kerdil. Menulis, membaca, dan idea bernas sebahagian daripadanya.Membaca dengan perasaan berbeza dari membaca dengan akal. Menungani perasaan akan menghalakan harapan...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Mei 28

Antara WAJAH Ibu Dan SIFAT Ibu

“WAJAH ibu.. itu masalah saya sekarang ni” seorang teman mengeluh.“Mana nak cari seorang wanita yang ada wajah ibu sekarang, susah ustaz. Di sini pula ramai pakai purdah, akhirnya yang tak berpurdah jadi bahan uji-kaji saya” tambah beliau.“Kenapa anta pula yang resah?” saya bertanya.“Bukan apa ustaz, wajah ibu kelihatan lebih matang.. tahu serba-serbi pasal kemahiran rumahtangga” beliau cuba membenarkan uji-kaji ringkas yang dibuat.“Mana anta tahu wajah ibu tahu semua pasal house chorus?” saya cuba...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Mei 27

Melakar Pelangi Cinta Bakal Terbit

Minggu yang cukup bererti buat saya. Menyelesaikan dua perkara penting dalam masa singkat. Saya dipaksa meluangkan masa hampir sehari penuh melangsaikan tuntutan ini. Saya kena siapkan draf buku terbaru saya, dan menghabiskan silibus peperiksaan akhir semester. Ketika ini cepat perlu disertakan cermat, di samping kita hendak selesaikan sesuatu dengan sekejap, namun kualitinya juga mesti ditekankan. Kaki saya dipaksa berulang-alik dari rumah ke rumah pihak penerbit, di tangan pasti digenggam mana-mana...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Mei 25

Alam Tersembunyi Hikmah Melangit

CORAK hidup yang telah diciptakan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri telah meletakkan mereka berada pada situasi yang berbeda-beda mengikut kemampuan menggunakan pencerahan ilmu dan akal yang sihat, di samping senantiasa mencari peluang untuk bersaing dengan arus hidup yang kian bergelora. Kejayaan melawan arus tersebut boleh dilihat dengan kehadiran rasa ketenangan, keharmonian, dan pencapaian maksimun dalam hidup, serta jauh sekali mengalami konflik walaupun kesenangan bukan sesuatu yang dikejar,...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Mei 24

CINTA ITU TANGGUNGJAWAB

MEMBINA cinta sejati adalah datang selepas kesukaran, mengecapai terlebih dahulu iman di hati. Iman pula, adalah proses datang sesudah ditimpa ujian hidup bertali arus, dan sabar sebagai pendinding kalis dugaan. Usah tinggalkan cinta utama, cinta Ilahi, semata-mata tidak tahan lagi untuk menagih cinta manusia. Ikhlas, antara bahan asas membina Iman.Keikhlasan memberi dan tidak menagih balasan.Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan, mendambakan, menginginkan untuk dicintai...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Mei 23

Motivasi: Muhasabah Dan Motivasi Hidup

MOTIVASI ialah melihat sesuatu jauh kehadapan dan menjenguk sesuatu tinggi melangit. Buah akalnya berupa api semangat, meredah susah untuk senang kemudian, sama ada dia berani atau langsung tidak dia tidak terkesan kerana matlamatnya hanya satu, iaitu mencapai apa yang diimpikan. Muhasabah pula, mencari gali hikmah di sebalik mehnah, mengeluarkan isi tersirat di sebalik tersurat... kebaikannya diteladani dan keburukan ada disempadani. Orang mukmin akan memanfaatkan kedua-dua M ini untuk mencetus...
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Mei 22

Saya Bakal Diuji

SEGALA undangan seperti ceramah, forum, seminar telah saya tangguhkan hingga selesai musim peperiksaan semester akhir hujung bulan Jun 2010. Maafkan saya terpaksa tolak beberapa undangan saat-saat akhir dua minggu lepas, sebenarnya dah dua minggu saya sudah istirehat daripada ‘memberi’, termasuklah smart circle para pelajar perubatan tahun 4 Kaherah. Maafkan saya di atas kesulitan yang timbul, saya juga manusia biasa, seorang pelajar seperti kalian yang butuhkan masa khusus, masa platinum buat persedian...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Mei 20

Benarlah, Kita Adalah Satu

WAHAI sahabat ku, bagaimana keadaan iman mu pada hari ini? Mulakan hidup kalian pada hari ini, hari esok dan hari-hari yang masih diberi peluang untuk mengecapi indahnya alam, melihat langit biru membumbung luas dengan pancaran iman menyinar di ufuk timur. Di dada langit, jangan lupa ukirkan pelangi cinta kalian masing-masing, pesonanya bisa dinikmati seluruh makhluk di seluruh dunia yang melata. Kita, haiwan, tumbuhan dan segala makhluk yang menghuni alam ini adalah dijadikan atas satu nama, satu...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Mei 19

Motivasi: Petua Untuk Bahagia, Mudah!

MANUSIA jika ditanya, tiada siapa yang tidak mahu kebahagian. Hatta orang miskin pun inginkan kebahagian dalam konteks cara hidup mereka, kerana dia tahu kaya seseorang belum tentu menjamin kebahagian. Bahagia hadir bersamanya tenang, tidak celaru dan kusut fikiran, mampu ukir senyum dalam apa jua keadaan, dan tidak pula menyusahkan orang lain.Manusia akan memastikan kehidupan mereka benar-benar bahagia. Mereka yang tiada iman sebagai pemandu akan terjerumus dalam selut kebinasaan di saat-saat kebahagian...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Mei 18

Lillahi Taala: Saya Menulis Kerana Minat

RAMAI juga yang tanya saya tentang konsep dan kaedah saya menulis sesuatu artikel di dalam blog, mereka hairan kadang-kadang saya mampu untuk mengemaskini blog hampir setiap hari. Ada juga yang meminta saya berkongsi ini dan itu, cara yang tepat agar dapat terus menulis dan tidak kalah oleh mood yang menyerang tidak kenal masa dan tempat.Bila fikir-fikir semula, saya tidaklah bagus atau ada bakat dalam menulis, kebanyakkan apa yang saya tulis adalah untuk memberitahu, atau berkongsi sesuatu yang...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Mei 17

Tenang Itu Kunci Mereka

TEKANAN, emosi runtuh, kusut akal adalah sinonim dengan naluri manusia. Apabila manusia tahu dia bukanlah sempurna, tahap kesempurnaan yang dirasakan kononnya bila mengecapi nikmat kesenangan, kerjaya dan kelapangan hidup itu apabila tersalut padanya redha Allah Taala. Oleh kerana Allah Taala itu bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim, tidak kiralah kita muslim atau mereka non-muslim kedua-dua atau salah satu daripada sifat Allah yang mulia itu dirasai bersama.Ravi seorang hindu mungkin akan terus hidup...
Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal