PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Jun 30

Usahlah Berpersepsi Dalam Soal Cinta Sahaja

MASALAH terbesar saya sejak berstatus sebagai blogger dua tahun lalu ialah kurang menerima maklum-balas (respon) daripada para pembaca untuk setiap artikel saya hasilkan. Saya mula berargumentasi, apakah artikel saya kurang menarik, kurang menambat hati-hati para pembaca, atau mungkin para pembaca di kalangan remaja yang lebih suka menyentuh satu-satu bab sahaja untuk berpandangan. Apa saya lihat hanya label cinta-cintun yang lebih digemari dan disukai.Ketahuilah, penulis yang baik bukan sekadar...
Teruskan Pembacaan>>>

Selasa, Jun 29

Baraah Teladan Yang Dipinggirkan

ENGKAU kilauan Islam, nur suluhan silam. Engkau dilahirkan dalam sebuah kepayahan sebelum takdir membenarkan kebahagian dalam dangkapan mutiara Kalam Ilahi. Ibumu berperang membesarkan amanah tunggal sesekali diri jua diusik penyakit ketumbuhan pada bahagian perut tahap kritikal, namun si ibu redha dan cekal kerana amanah ini tidak akan dibiarkan musnah dan punah ditelan mainan dunia.Baraah dibesarkan dalam keluarga yang penyayang. Dia sempat melihat dan mengenal kedua ibu bapanya dicintai.Wahai...
Teruskan Pembacaan>>>

Isnin, Jun 28

Motivasi: Mewarnai Kehidupan Insani

KEHIDUPAN insani memang sentiasa diwarnai, warna-warna ini membentuk laskar pelangi yang pelbagai. Warna kehitaman sinonimnya adalah sifat antagonis yang berlawanan dengan sifat utama, dipalit warna kehitaman di setiap langkah mengukir warna-warna hidup ini sedikit mengundang keresahan di hati bagi setiap manusia yang bertuhan. Dibiarkan usah sesekali, kelak ianya tidak lagi warna yang indah kerana hitam tadi menutup seri warna, tidak mustahil memudarkan hingga hilang asli warna asal.Kita mempunyai...
Teruskan Pembacaan>>>

Ahad, Jun 27

Bingkisan Ringkas Buat Wanita

BETAPA sedih, kelat dan pahit ulu hati setiap kali menyatap hidangan berita di dada akhbar-akhbar tempatan. Melibatkan wanita dalam jenayah dan salah-laku sosial tidak sihat memperlihatkan antara ciri-ciri sifat kewanitaan padanya mula terhakis sedikit demi sedikit. Mereka tidak terasa status gender wanita sebagai satu pemberian tiada tandingan, ianya bukan lagi satu kebanggaan kerana baik lelaki mahupun wanita berpegang melakukan perkara mungkar bukan lagi melihat jantina namun adalah pilihan nafsu....
Teruskan Pembacaan>>>

Sabtu, Jun 26

Suburkan Cinta Kepada-Nya Sebelum Kepadanya

SAYA kadang-kadang terasa malu apabila bersama teman-teman, sambil bersila mengena Shai (teh arab). Malu bukan kerana apa, sesekali masuk juga bab kahwin. Kalau darah muda berbicara, semua bab mahu disentuh.Ada yang sinis mengusik antara satu sama lain.Cinta sahaja tidak cukup. Berkali-kali saya pesan. Setiap tindakan itu perlu di dahului dengan fikiran yang dalam. Semangat membara, cinta yang berkobar-kobar dan suasana yang mendesak sering menyebabkan manusia silap dalam membuat keputusan.Keghairahan...
Teruskan Pembacaan>>>

Ulama' Tempat Maklumat Bukan Matlamat

ULAMA’ baik tempat para umat mengakses maklumat berilmu, aib ulama’ ialah menjadi tempat para keparat mendapat fatwa segera demi kepentingan dan matlamat.Kesepaduan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup golongan ulama’ yang intelektual amat ditagih oleh masyarakat kita yang kehausan ilmu. Namun penjajahan mental golongan ini berterusan dirantai agar tidak melontarkan idea dan pandangan menyekat kegiatan yang jelas haram di sisi Islam, apatah lagi mempersoalkan.Dua tiga hari ini kita masih panas...
Teruskan Pembacaan>>>

Dakwah Melihat Hikmah Balik Mehnah

SAYA bagaikan baru terhantuk dan mula terngandah, buku-buku self-help dalam pelbagai genre di kedai-kedai buku perlu dibaca dari semasa ke semasa sebagai charger untuk mengembalikan sebuah harapan baru pada tapak semaian yang sama. Kalian tidak perlu berubah, tetapi cara berfikir sahaja perlu hijrah. Biarpun kritikannya betul dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, jika kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan, tidak ada guna juga. Orang yang optimis melihat peluang...
Teruskan Pembacaan>>>

Jumaat, Jun 25

Percayalah Dia Takdir-Mu Di Syurga

HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam,...
Teruskan Pembacaan>>>

Kerana Engkau Juga Teman-Ku

BUAT teman-ku dikasihi,Bangkitlah... baik buruk perjalanan hidup kita di atas hamparan duri dunia, masih ada lagi yang sudi menghulur tangan, memberi kasih dan sayang, dan turut merasai keperitan diari tersurat, memberi harapan di sebalik tersirat. Tiada hati paling sempit daripada manusia yang alpa mengingati Allah, tiada jiwa paling resah daripada manusia menggantungkan hatinya selain kepada Allah Taala.Tidak cukup dengan apa yang ada, dan terus haloba dengan apa yang tiada.Wahai teman... aku...
Teruskan Pembacaan>>>

IMAN: Kerana Engkau Hanya Manusia

“EH... Kenapa kamu buang sampah di tepi dinding? Tong sampah ada di hadapan tu” tegur saya kepada seorang teman bangsa arab.“Tak apa, ada yang kutip (merujuk kepada tukang sapu). Dah terbiasa, ramai yang buat” katanya sambil tersenyum.“Habis tu kamu tidak baca ayat al-Quran dan Hadith yang ada menyentuh tentang kebersihan? Inilah padah bila mata hati buta, jauh daripada penghayatan” suara saya sedikit tinggi sambil menggelengkan kepala.Di mana puncanya, kalau tangan manusia sendiri yang membinasakan...
Teruskan Pembacaan>>>

Khamis, Jun 24

Menambah Fungsi Laman Puteraazhari

TIGA tahun berada di bumi penuh khazanah ini, banyak saya timba pelajaran berguna. Bermula dari iklin, suasana bangsa, dan keagungan ilmu di kalangan para ulama’ di sini. Ilmu diberi pinjam kepada saya adalah untuk disampaikan dan dikongsikan. Ilmu datang dari pelbagai cabang, antaranya melalui tiga keadaan utama tadi. Kemampuan manusia normal menyusun tutur kata bil-hikmah, mengatur perancangan, dan mencorak masa depan semestinya bermula dari tahu, tahu pula yang kita harapkan bersalut ilmu yang...
Teruskan Pembacaan>>>

Rabu, Jun 23

Motivasi: Kita Lupa Kuncinya Taqwa

DUA tiga hari ini saya sibuk menjawab beberapa pertanyaan para pembaca yang tertunda sejak tiga minggu lepas gara-gara peperiksaan akhir semester. Sudah pasti peperiksaan menjadi keutamaan saya, kerana soalan ditanya adalah penentu pada nasib saya, masa depan saya. Kalian mengginginkan jawapan jujur dan ikhlas daripada saya, apatah lebih-lebih lagi pensyarah saya memerlukan perkara sama daripada saya juga. Fiqh Aulawiyat membolehkan saya ber-ijtihad mendahulukan keperluan diri sendiri.Sebagai manusia...
Teruskan Pembacaan>>>
 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal