PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Jun 26

Suburkan Cinta Kepada-Nya Sebelum Kepadanya







SAYA kadang-kadang terasa malu apabila bersama teman-teman, sambil bersila mengena Shai (teh arab). Malu bukan kerana apa, sesekali masuk juga bab kahwin. Kalau darah muda berbicara, semua bab mahu disentuh.

Ada yang sinis mengusik antara satu sama lain.

Cinta sahaja tidak cukup. Berkali-kali saya pesan. Setiap tindakan itu perlu di dahului dengan fikiran yang dalam. Semangat membara, cinta yang berkobar-kobar dan suasana yang mendesak sering menyebabkan manusia silap dalam membuat keputusan.

Keghairahan anak muda menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian sebenarnya adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Kerana orang muda selalu merasakan mereka sudah bersedia, dan hakikatnya hanya mereka sedari apabila pundak sudah tidak tertanggung lagi dengan amanah yang tersedia ada.

Apabila yang indah-indah tentang perkahwinan sahaja yang menghiasi minda, segala yang pahit itu tidak punya ruang dalam pertimbangan anak muda. Justeru, segala nasihat yang bertentangan dengan kehendak mereka dilihat sebagai pandangan yang tidak memahami atau menentang mereka.

Jangan menyalahkan orang lain dari mempelajari kebodohan diri sendiri.

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, kesilapan kalian untuk berkahwin tidak boleh ditarik balik selepas akad. Kesilapan ini berpunca kerana world-view kita rendah, tidak melihat masa depan sebelum berani memutuskan untuk menamatkan zaman bujang. Masa lepas biarlah lepas, depani pula masa mendatang. Ada masalah, tidak tahan dengan karenah pasangan, mertua, jangan cepat putus asa untuk belajar.

Itu tidak bermakna kita harus ‘meninggalkan’ perkahwinan ini, kerana dunia ini medan mengumpul amalan, justeru peranan kita adalah meningkatkan pengetahuan dan kesabaran agar lebih bertanggungjawab dan memastikan perasaan kasih sayang itu terisi dengan sebaiknya. Rasa rendah diri, rasa banyak kekurangan pada diri, maka kewajipan untuk terus belajar sentiasa ada.

Rasa kosong, mendorong kita untuk mengisinya semula. Terasa jauh, kita berusaha untuk mendekat pada-Nya. Begitulah Allah Taala mendidik kita insan berdosa ini. Kita akan terus mencari selagi terasa belum berjumpa. Sukar kita untuk bersabar. Tetapi bergembiralah, rasa susah ini pun sebenarnya satu kurnia besar daripada Allah Taala supaya melihat kesulitan dari sudut pengajaran, tarbiyah.

2 komentar:

mujahidah soghirah on 1 Julai 2010 pada 5:08 PTG berkata...

salam ya ustaz..post ni ok..cume,klo bleh sertakanlah sekali cdgn or jalan penyelesaian bg setiap masalah yg ustaz utarakan.mksud ana,jgn bg jln penyelesaian yg general,ttpi biarlah scr spesifik agar para pembaca berpuas hati dgn post ustaz dan mungkin jga post ustaz ini dpt membantu mereka menyelesaikan msalh mreka.kerana tajuk yg ustaz bg pd setiap post mmg akan menarik minat pembaca utk membaca dgn lbh detail lg.hrp ustaz pertimbangkan komen ana dan smoga ustaz tros menulis karya2 yang bermanfaat untuk anak bangsa..

Rezza Khanafiah on 3 Julai 2010 pada 2:11 PG berkata...

Salam wrh wbt.. Alhamdulillah, terima kasih atas saranan saudari. Tidak ramai pengunjung puteraazhari sudi meninggalkan pesanan buat diri saya. Saya terima dengan hati terbuka.

Sebenarnya artikel ini, ada retetan pada artikel-artikel saya yang lepas. Sudah banyak solusi yang telah saya lampirkan, dan jalan penyelesaian. Cuma artikel kali ini, sebagai peringatan kembali dan ditulis dalam versi lain supaya pengisiannya tidak kelihatan sama pada zahirnya.

Terima kasih sekali lagi. Wassalam.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal