MASALAH terbesar saya sejak berstatus sebagai blogger dua tahun lalu ialah kurang menerima maklum-balas (respon) daripada para pembaca untuk setiap artikel saya hasilkan. Saya mula berargumentasi, apakah artikel saya kurang menarik, kurang menambat hati-hati para pembaca, atau mungkin para pembaca di kalangan remaja yang lebih suka menyentuh satu-satu bab sahaja untuk berpandangan. Apa saya lihat hanya label cinta-cintun yang lebih digemari dan disukai.
Ketahuilah, penulis yang baik bukan sekadar bergantung pada idea dan bakat seni yang tersedia ada tapi pada kritikan dan pandangan para pembaca kerana dia penulis adalah manusia biasa, pasti tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Para pembaca yang lebih suka mengambil jalan membisu daripada berpersepsi, berpandangan, mereka ini lebih cenderung untuk berdiam diri daripada bersosial (sihat) dan bergaul dengan masyarakat. Tidak semua saya maksudkan, tapi kebanyakan memang seperti itu.
Apabila saya berani mengatakan hal sedemikian, sudah pasti datang daripada pengalaman sendiri. Pernah saya mengendalikan kem kecemerlangan pelajar peringkat sekolah menengah, dan rata-rata yang hadir boleh dikatakan sudah melepasi had aqil baligh, tapi apa saya dapati mereka kurang bertindak-balas dalam sesuatu slot. Bagaimana pula andai saya bayangkan, mereka itu di kalangan mahasiswa yang bakal menerajui negara nanti?
Kita kena sedar, dan cepat-cepat kikis perasaan segan dan ‘takut’ untuk berkehadapan. Penyakit ini bukan sahaja boleh meruntuhkan sebuah keyakinan kita dalam apa jua keadaan hatta keseorangan, malah akan mengurangkan kemahiran komunikasi apabila berkumpulan. Maka kalian akan menjadi seperti pahat hanya menunggu masa untuk diketuk baru mula bertindak, ditanya sepatah akan dijawab sepatah. Biarpun Pak Pandir seorang lurus bendul di kaca mata masyarakat, tapi sekurang-kurangnya dia tahu bila mana masa segan, dan malu.
Antara segan dan malu pula kalian jangan salah anggap. Seseorang yang segan adakala dia juga seorang pemalu atau tidak, tapi seseorang yang malu tidak selama-lama dia seorang penyegan. Kadang-kadang kita silap mendefinisikan antara malu dan segan hingga kita juga salah seorang penyegan, kurang pemalu.
Perempuan yang ada perasaan malu akan menutup aurat, berbudi bahasa dan bersopan santun, tetapi berani tampil ke hadapan, bertutur kata, memberikan pandangan dan berperanan. Perempuan yang penyegan, mungkin menutup aurat atau tidak, tetapi yang pastinya, dia tidak berani menonjolkan diri.
Begitu juga skop bagi seorang lelaki.
CINTA-CINTUN
Mengapa cinta?
Tidak hairanlah traffic ke laman puteraazhari tiba-tiba sesak bila sahaja status judul keluarga bahagia, dan duhai remaja terpapar di laman sosial facebook, di yahoo messenger, di laman blog para sahabat yang berpautan laman blog saya. Maka ada yang berani mengatakan pendirian, meluahkan ini dan itu. Alhamdulillah, saya bersikap terbuka kerana lebih baik daripada mereka yang langsung tidak menonjolkan ilmu untuk dikongsi.
Sama ada kalian mempunyai ilmu tentangnya, tapi sahaja tidak mahu meninggalkan bekas atau memang kalian tiada ilmu tapi segan untuk tahu dengan mengemukakan masalah atau sebarang pertanyaan. Maka golongan kedua ini lebih malang, kerana kalian terus menerus tunduk dan kalah bertanding pada diri sendiri. Tapi terlebih malang kalian boleh berpandangan, melontarkan idea tapi segan untuk menegur kesilapan, atau lebih sopan takut berkongsi pengetahuan ber-ILMU.
Mungkin antara sebab picisan saya lebih cenderung menghasilkan artikel cinta-cintun islami, kekeluargaan, rumahtangga, nikah kahwin ialah ingin mengajak kalian ber-‘bicara’ di alam maya. Faham? Mungkin kalian ingin tahu tips hubungan intim pasangan suami isteri, batasan pergaulan sebelum kahwin tapi kalian dibuai rasa segan amat tinggi. Kalau tanya nanti apa pula persepsi orang lain yang mendengar, atau membaca. Mesti ada cakap-cakap tidak enak terhambur, atau mungkin perasaan kita sahaja yang berpandangan sedemikian. Takut pada bayang-bayang sendiri.
Tidak semua saya maksudkan. Siapa makan cili dia terasa pedas.
BERPERSI DAN BERKEHADAPAN
Memupuk mukmin yang ber-taqwa dan beriman bermula daripada sikap dia mampu menonjolkan diri di hadapan khalayak ramai. Kita mesti mulakan dalam diri kita. Pecahkan dinding-dinding yang menghalang kalian daripada berkehadapan. Bukan tidak semua orang yang ber-taqwa dan beriman suka menonjolkan diri, tapi kita bicarakan di sini mereka akan ada satu sikap pemalu bukan penyegan. Lihatlah sahaja para ulama’, cendikiawan, dan ilmuwan Islam baik daripada kalangan lelaki mahupun perempuan tiada masalah untuk berdampingan dengan masyarakat kerana itulah tarbiyah selama mana mereka mendalami ilmu, ianya berkaitan tanggungjawab.
Usaha pertama kita ialah bertanding dengan diri sendiri. Punca datangnya sikap (paradigma) pesimis dan unreactive kerana kita melihat sesuatu di bawah tahap kemampuan kita, tapi sebenarnya kita mampu dan boleh lakukan. Kita akan bertindak melalui apa kita lihat, hasil daripada lihat kita mungkin berpersepsi sinis dan terkebelakang atau mungkin terkehadapan.
Kita akan selama-lamanya kalah sebelum sempat berjuang.
Usah bandingkan anda dan teman-teman yang lain. Kerana ianya kelak akan menjauhkan kalian dari potensi sebenar. Anda mampu, tetapi apabila suka membandingkan antara satu sama lain, sedikit demi sedikit kalian akan menjauh daripada melihat potensi sendiri, kerana wujud rendah diri tidak bertempat.
“Biarlah ustaz, saya memang tidak boleh berada di hadapan ramai berbanding si Ahmad, dia memang berbakat... saya apa ada”
Mahupun kita atau si Ahmad ialah manusia biasa. Biasanya kita dan dia telah pun dijadikan tidak sama baik fizikal dan mental. Tapi kalian kena bersyukur kerana Allah Taala tidak pernah mengurangi kalian di sisi-Nya sebagai seorang hamba. Potensi boleh dicari, digilap asalkan ada niat dan perlaksanaan pada niat tadi. Tapi malangnya, kita awal-awal lagi tunduk menyerah pada ketentuan yang dirasakan sebuah takdir, walhal itu adalah pilihan kita sendiri yang mentakdirkan.
Kita kena yakin kita adalah hamba, dia juga hamba. Membedakan kita di sisi Tuhan ialah iman dan taqwa kepada-Nya. Apabila kalian berpegang pada kata-kata ini, nescaya kita akan lebih mengerti pada hakikatnya kejadian kita adalah hamba, iaitu kita adalah sama. Maka kalian juga berhak untuk berpotensi dan berkehadapan.
TIPS MUDAH
Baiklah saya ingin berkongsi beberapa tips bagi memulihkan potensi, dan mendekatkan lagi kalian pada potensi tersebut.
Melatih diri supaya sentiasa berada di barisan hadapan terutama dalam majlis ilmu, di hadapan dalam majlis rasmi, berada di hadapan di dataran perhimpunan. Benar, jangan takut untuk meletakkan diri kalian terlebih di hadapan sebelum lahirnya potensi berkehadapan. Berapa kerat sahaja yang berani? Lihat sahaja di dewan-dewan kuliah, majlis-majlis ilmu di masjid.. ramai yang lebih suka berada di tiang-tiang masjid, dan di bangku paling belakang. Jika kalian sudah hilang kepercayaan untuk meletakkan diri di hadapan, tidak mustahil potensi untuk berkehadapan makin jauh.
Apabila bercakap dengan orang hebat, berjawatan tinggi, atau public figure, kita digalakkan supaya melihat wajahnya ketika berbicara. Jangan tunduk kononya zuhud, kerana sudah pasti kalian tidak yakin untuk menyampaikan dan berkomunikasi baik dengan mereka. Selain itu juga, suara kalian mesti jelas dan dapat didengari oleh si pendengar. Mulakan dari teman-teman luar biasa (bukan teman biasa), para guru, pensyarah, dan para pemimpin tempatan.
Boleh bukan?
Mungkin kalian boleh ber-tadabbur dengan satu ayat al-Quran ini, tatkala Nabi Ismail a.s menanam satu sikap luar biasa kepada ayahandanya tercinta, Nabi Ibrahim a.s membenarkan wahyu daripada Allah Taala;
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Wahai ayah-ku, jalankanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, ayah akan dapati daku di kalangan orang-orang yang sabar” as-Soffat (37:102)
Bertanyalah kepada diri sendiri, bertandinglah dengan diri. Kalian mampu merubahnya.
p/s: mudah-mudahan bermula pada artikel ini, lebih ramai yang sudi meninggalkan komentar buat penilaian sisi baik kepada saya.

9 komentar:
Bagaimana ada yang sudi meninggalkan komen, atau sebarang pandangan? Jika bisa keluarkan isi, dan terbitkan dalam point ringkas.
Assalamualaikum.
Saya berminat apabila membaca tentang potensi berada dihdpn utk menympaikan sesuatu kpd org ramai.Saya sudah 70peratus ada keberanian utk bercakap di hdpn umum,tp belum cukup peratus pada mutu bicara saya.Bagaimana caranya?
Saya cadangkan agar diadakan posting tntgnya?
Apa yang ustaz telah cadangkan itu, saya telah lakukan. Cuma apabila hendak bercakap di hadapan itu masih lagi lemah. Adakah kerana ilmu yang kurang?
bagaimana tips klu kita xnaik tahun?
bagaimana nk hilang persepsi negatif org pd kita bila kita xnaik tahun??
bagaimana caranya mahu cemerlang dlm madah al-quran ustaz?
Wa'alaikumussalam wrh wbt.
Mutu bicara boleh diperbaiki, tapi sebuah keyakinan. Kerana perkaya yang melahirkan keyakinan itu terletak pada sebuah kemahuan, dan kita bersedia bertanding dengan kepuasan. Puas kita pula, tidak pernah ada kemajuan hanya di tahap sama. Maka jangan ada rasa puas, tapi MAHU kerana ianya akan mencetus TAHU.
Kita yakin tapi tidak takut salah, lebih baik kita tidak yakin tapi tidak mahu menempuh kesalahan.
Benar, sebuah KEYAKINAN.
Saya setuju dengan kenyataan ust untk mnjadi lebih berani adalah dgn duduk di barisan hadapan dalam majlis agama, kelas dsbgnya.
Kadang3, kita termakan dengan kritikan orang lain. Kononnya duduk hadapn untuk menunjuk-nunjuk. Untuk mengelakkn itu dr berlaku, kita rela memilih tempat lain.
Apapun, sy sndiri pernah melaluinya. Akhirnya...sy terkebelakang. Sll mengantuk, bercakap dsbgnya. Alhamdulillah, 'hidayah' telah smpai...sy bertekad untuk berubah dan ajak kawn sekali join..Mana bleh kaut keuntungan sorang3 kn..hehe..
Saya sll membaca artikel dlm blog ini, tapi sudah lama sekali tidak meninggalkn komen. Bukan tidak mempunyai pndangan, tapi keadaan tidak mmberi peluang. I/Allah, slps ini akn sll beri komen. Lagipun sy dlm usaha untuk menjadi lebih kreatif dlm bidang penulisan..
Wallahu'alam.
manusia di lahirkan berbeza2 kredibiliti, anugerah bakat dari Allah..cume tidak di asah dan di islah..dan kita tidak tahu potensi sebenar diri. Cabaran di Malaysia lain , kerana unsur2 primitif sentiasa bermain2 dlm hati, syu'zhon, amik sikap tidak tahu, malas, bertangguh, dan tidak mahu membaiki kesilapan yg ada malah mencari kesalahan lain..
semoga terus berusaha menulis sbg satu ibadah dan perjuangan utk Islam khususnya..lontarkan komentar2, idea bernas, supaya boleh tajdidkan mana2 yg kita alpa...byk blog islam yg sy lawat, tetapi sekadar di dlm blog hujah2 itu..dan mungkin itu pemberian yg bagus dari sesiapa yg tidak pernah memberi langsung.Harapan smg kita dpt gegarkan malaysia paling kurang,, dgn ilmu yg kita ada..jika mahu berjuang, berjuanglah dgn bersungguh2..semoga tidak tenggelam dgn tribulasi masyarakat..dan dugaan yg lain..akhirnya lenyap tanpa khabar...semoga terus berjaya. wallahu'alam
Catat Ulasan