Deruman ombak sentiasa manja menghempas pantai, pergi dan datang silih berganti menemani pantai yang kaku di perhentian satu, tiada dua, dan tiada tiga. Kesetiannya hanya menunggu dengan penuh mengharap. Lautan kesepian ombak akan mengundang resah, lalu yang menunggu mati kelemasan cinta merona.
Kemerduan suara menguja, tiada lagi manis di bibir.
Kerana cinta dia rela dalam paksa.
Namun, tidak bermakna dia harus mengikuti segala-galanya
Percintaan yang bahagia, lahir pada ketulusan kasih dan sayang yang terjalin, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Alangkah bahagia andai cerita cinta kita dapat digarap sedemikian rupa.
Kasih sayang akan menghalang kejahatan. Kasih sayang mencorak dunia yang lebih selamat, cinta kerana mencari redha-Nya akan membawa ke Syurga. Cinta berlandaskan syari-‘ah (cara hidup Islami) yang diterima di syurga.
Bercinta dalam diam hanya menguji kesetian seseorang menanti dalam khayalan. Bulan tidak jatuh ke riba. Mengapa perlu menyeksa diri kerana sesuatu tidak pasti berada dipelukan. Tanpa bicaranya membuat tubuh ini bergetar.
Pungguk sentiasa rindukan bulan.
Langit dan laut saling menguja antara satu sama lain.
Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Kekadang ada yang terlalu sukar menerima kekurangan diri. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas teguran kepadanya, kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah dimuhasabah.
Duhai teman, belajarlah dari kehidupan. Mendepani masalah bererti mengubah hidup seperti apa dibentangkan oleh Islam buat umatnya, namun ianya di sana butuhkan perubahan selepas analisa. Berubalah demi sebuah kematangan.
Bermulalah dari kesedaran, cinta Ilahi diperhalusi.
Menangislah wahai hati-hati kerana-Nya.
SEBUAH KASIH TERSIMPAN
Biarpun saya, sejak beberapa hari ini sibuk, dan semalam demam panas sampai halaman blog ini tidak berbekas, namun masih sempat ber‘sms’ dengan ibu tercinta. Kerja-kerja dunia tidak akan putus, ianya sentiasa terbeban. Dicelah-celah kesibukan itu hendaklah diisi dengan keprihatinan.
Ibu...
Begitu pilu dan sedih bila melihat ibu sendiri dijadikan pembantu rumah.
Alhamdulillah, saya bersyukur tidak dilahirkan untuk menjadikan ibu sendiri sebagai pembantu rumah. Andai dicari seluruh pelusuk dunia pun tidak akan ada kasih sayang setanding gengaman kasih sayang ibu sendiri. Tidak akan dapat merasa lagi kasih sayang ibu bila matanya sudah terpejam selama-lamanya. Tinggal hanyalah kenangan yang terindah, rohnya tidak akan kembali ke dunia.
Lakarkanlah memori yang terindah dengan ibu, cintailah mereka kerana mencari Mardhati-Allah.
Ibu mambawa kita sembilan bulan ke sana sini. Kita menendang, melompat, kita minta macam-macam takut kempunan. Apakah setelah sembilan tahun dibelai sehingga baligh, cukup dengan sejambak dan sebait kata-kata apa sahaja?
Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. segala kesusahan sewaktu hamil dan penderitaan serta kesakitan yang dialami disaat melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar digambarkan, tetapi dengan tiba-tiba boleh bertukar dengan kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anaknya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.
Maka apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu dihayati dan dikenang tatkala menyambut hari ibu?
Sudah tentu tidak, kerana sikap seumpama ini tidak mengambarkan kasih sayang sepanjang hayat, ia hanya sebagai budaya sekali setahun. Walau bagaimanapun hari ibu yang disambut pada 10hb. Mei setiap tahun, tidaklah bermakna ia harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna.
Hari-hari, adalah hari untuk ibu.
DEMI CINTA
Demi cinta, simbolik yang perlu kita hayati adalah rahsia dan maksud kesabaran disebaliknya. Tidak mudah untuk menjaga cinta kalau tidak ada kekuatan kesabaran. Uniknya, cinta terbina dari asas kefahaman yang dibuktikan dengan perlaksanaan. Demi Cinta, berilah ilmu bersama-sama dengan contoh perbuatan atau perlaksanaan apa yang diinginkan. Barulah cinta itu mudah difahami, dihayati dan dijiwai.
Teori ini sangat bagus untuk santapan rohani, tetapi untuk mempraktikkannya memerlukan keikhlasan hati dan daya-juang (mujahadah) tinggi. Kadang-kadang kita juga sering tertewas dengan nafsu amarah, mungkin bisikan-bisikan jahat mengganggu.
Kerana kasih dan cinta, Allah Taala memujuk (memberi hidayah) akan hamba-Nya melalui pelbagai cara, antaranya keikhlasan kita memberi. Berilah selagi mampu, terutama mereka diberikan rasa fitrah kita untuk bercinta, iaitu al-Walidain (ibu bapa).
Ingatlah, kasih mereka bererti mendapat ciuman al-Jannah.
Kasih tanpa syarat.
1 komentar:
Kepada semua sahabat dan diri...
Jika ada sesiapa pinta cintamu, katakan ia untuk Allah swt, rindumu untuk Rasulullah saw, dan kasihmu untuk ibu dan ayah. Tapi jika dipinta keikhlasanmu, berilah pada yang tahu menghargainya.
Wallahu'alam...
Catat Ulasan