PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, Disember 16

Islam, Penganut Dan Ajarannya

Payah melihat umat Islam bersatu di bawah satu bumbung. ‘Bumbung’ yang berpenghuni sekarang wujud dalam pelbagai ragam manusia. Hilang rasa timbang-rasa, lapang dada, memberi, kesatuan dan cinta. Bila ditanya kenapa, dan mengapa, sindiran pula dilotarkan.

Mendabik dada dengan apa yang ada, susah ditegur, melenting bila dinasihati.

Remuk hati ini mengenangkan mehnah dicipta tangan sendiri.

Menjadi sunatullah setiap yang baharu pasti akan rosak, yang kuat akan lemah dan yang hidup akan mati. Begitu juga dunia yang menjadi tempat tinggal kita selama ini.

Umur dunia kini semakin meningkat tua.

Setiap masa lanskap muka bumi kita terus menerus mengalami perubahan pesat kerana penguasaan tinggi manusia dalam bidang sains dan teknologi. Sungguh pun begitu, di sebalik perubahan tadi hakikatnya nilai integriti manusia sejak dulu hingga kini pada dasarnya sama dan sering menjadi isu besar umat manusia hari ini.

Muslim dilahirkan adalah untuk memuliakan saudara se-Islam lain, bukan susah-susah mencari kesalahan orang lain.

Menjiwai perwatakan muslim sepersis apa di bawa oleh baginda s.a.w

Kesempurnaan.

Keutuhan.

Keikhlasan.

Kesederhanaan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya at-Tin (95:4)

Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah Taala, kerana pada fitrahnya manusia adalah makhluk sosial yang berminda waras, rasional, tepat, kreatif, benar, dan dapat membuat penilaian antara yang baik dan buruk.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana diberikan anggota badan yang lengkap dan sempurna, makan dengan tangannya, mempunyai keistimewaan dengan ilmu, pemikiran, tutur bicara serta mampu mengurus kehidupan. Semua kelebihan ini memungkinkan manusia itu menjadi khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Taala.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Majusi, Yahudi atau Nasrani (Hadith Riwayat Ahmad)

Tanpa berpandu dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, agak sukar umat Islam melahirkan manusia yang berintegriti. Ini kerana kesan menghayati dua sumber ini berupaya mengeluarkan umat Islam daripada kepompong jahiliah tadi. Dari sini mereka benar-benar bertanggungjawab sebagai khalifatullah yang cemerlang.

Hadir selepas berhempas pulas.

Berdasarkan kesan buruk yang menimpa umat terdahulu, jelas bahawa kaum yang tercemar identiti Islam mempunyai kaitan dengan amalan jahiliah.

Mohamad Qutb dalam bukunya 'Masyarakat Islam' menjelaskan terdapat empat ciri jahiliah iaitu:

(1) Syirik dalam ibadah .

(2) Wujud sikap menjauhi agama Allah Taala.

(3) Wujud Taghut (penegak kesesatan) yang memujuk manusia agar jangan mematuhi hukum Allah Taala.

(4) Menjatuhkan (pemimpin) hukuman secara tidak adil kerana mengikut hawa nafsu.

Islam tidak menghendaki umatnya hanya kelihatan cantik di luar sahaja tetapi batinnya hodoh.

Bijak tapi bodoh’.

Kita cepat alpa selepas Allah Taala memuji keupayaan kita, menjadi contoh kepada manusia sejagat, kerana keupayaan hanya berlegar di sebalik semak-samun kejumudan akal kita dalam memahami konsep ajaran Islam.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allahali-Imran (3:110)

Allah Taala memuji umat Islam yang menjadi ikon bagi umat yang lain. Ini kerana umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia lain dengan menyeru ke arah kebaikan dan melarang melakukan kejahatan.

Mengapa Allah Taala memberi penghargaan tinggi kepada umat Islam?

Tidak lain, ianya disebabkan oleh penilaian prestasi cemerlang ditunjukkan oleh umat Islam itu sendiri. Kegagalan timbul adalah ketidak-mahuan penganutnya mengamalkan ajaran Islam sebenar, penghayatan jauh sama sekali.

Berubahlah, demi sebuah kekuatan untuk mengubah.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal