PENGUMUMAN PENTING

Sejak dua tahun lepas saya telah menerima banyak aduan, luahan dan rintihan yang perlu didengar melalui e-mail, panggilan dan mesej di laman facebook supaya diselesaikan. Hampir 50% daripada masalah tersebut saya tidak sempat menjawab kerana kekangan masa. Justeru itu, saya telah mengadakan Ruangan Diskusi buat semua pengunjung laman puteraazhari mengemukakan masalah atau pandangan masing-masing.

Segala pertanyaan dan masalah dikemukakan akan dijawab secara telus dan terus sama ada daripada saya sendiri atau pengunjung lain, yang mungkin lebih berpengalaman.

Selamat Berdiskusi.

Ikuti video Debat al-Quran versus Injil antara Dr. Zakir Naik (muslim) dengan Dr. William Campbell (kristian) di United State dalam Bahasa Indonesia. Jangan ketinggalan untuk mengikuti secara bersiri di rezza's channel sebanyak 26 episod, dan akan dimuat-naik setiap masa. Mengupas isu pelbagai terutama Sains relevan mengikut teropong al-Quran dan Injil.

Para Pengikut

Sabtu, Februari 5

Musibah Kesempatan Muhasabah

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" al Baqarah (2:156)







"KUMPULAN kedua penerbangan Cairo ke Jeddah telah ditunda hingga pagi esok gara-gara kesilapan teknikal" Khabar soheh terakhir kami terima.

Kami berpandangan antara satu sama lain.

Saya dan teman-teman lain ditempatkan di kumpulan ketiga dan keempat. Semuanya empat kumpulan. Saya dah dapat jangkakan, kumpulan kami akan bertolak pada sebelah petang atau malam keesokkan hari. Sangkaan itu tepat selepas saya mendapat maklum-balas daripada teman yang turut berada di kumpulan sama dengan saya.

Melepaskan diri daripada kesempitan adalah kesempatan untuk mengenali sikap sebenar diri. Sudah seminggu kami diduga di tempat jauh pada pandangan ibu bapa dan saudara mara, mereka yang dibobrok rasa takut dan cemas lebih berganda.

Bayangkan pada suasana dharurah seperti ini setiap daripada penghuni bumi kinanah di sini perlu mengembalikan kepercayaan diri, jauhkan sikap pentingkan diri sendiri, dan sentiasa berwaspada. Walaupun Hosni Mubarak telah mengumumkan untuk tidak bertanding pada pilihanraya akan datang, rakyat bimbang ianya satu konspirasi beliau untuk mengalih perhatian mereka dan meredakan kebangkitan amarah dari terus berapi. Perintah berkurung ini akan berlanjutan hingga presiden turun dari kerusi empuk.

Manusia dihidupkan antaranya untuk mendepani sebarang bentuk musibah. Maka natijah akhir pada semua ini ialah redha-Nya.

Kami perlu kuatkan mujahadah. Ini permulaan buat kami agar tahu dan mengerti untuk memenangi tempat di Syurga, agar jangan tewas pada ajakan dunia.

Doakan kami.

1 komentar:

Excellent Article Submission on 5 Januari 2012 1:47 PTG berkata...

Useful post. We look forward for the next. Thanks.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

MY FACEBOOK (ADD ME)

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

saujana mata hati Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal