PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Julai 2

Si Durjana Pernah Berjanji Atas Nama Wanita








BENARLAH
kata-kata para hukama’ dalam kitab hikam bahawa anak adam sentiasa lalai, alpa sedangkan musuh anak adam sentiasa jaga. Keburukan syaitan dan iblis telah dimaklumi sejak kewujudan Nabi Adam a.s dan Hawa di Syurga lagi. Keangkuhan mereka menuruti perintah Allah supaya sujud kepada Nabi Adam a.s selepas penciptaan baginda, sombongnya pula terselah pada janji yang terpatri pada Kalam Ilahi menerobos pembatasan kewujudan asal mereka, menjadi di kalangan hamba Allah yang bersumpah taat setia tidak berbelah bahagi.

Firman Allah Taala;

Bermaksud: “Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)

“(Allah Taala membalas:) “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)

“(Iblis berkata:) “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur” al-A’raf (7:13-17)

Kesombongan tadi telah mencampakkan mereka dari Syurga Allah Taala yang mulia. Tiada siapa sangka kerana ianya di dalam kekuasaan Allah Taala, menurut beberapa riwayat bahawa syaitan dan iblis antara Hamba Allah Taala yang paling taat menyembah sebelum kewujudan Adam a.s. Namun semuanya berubah, sifat angkuh telah memberi tamparan hebat antara ketaatan dan kemahuan.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya” al-A’raf (7:18)

Ketahuilah, syaitan tidak akan selama-lamanya tidur seperti anak adam terlena. Kerjanya hanya satu, memberi peluang kepada setiap anak adam untuk turut sama menempah jalan ke neraka. Golongan paling disukai untuk didekati, mungkin juga paling mudah ialah wanita.

Ibn Abbas berkata; “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir kecuali gara-gara wanita, dan orang terkemudian kafir gara-gara wanita

Said Ibn al-Musayyab berkata; “Setiap kali syaitan berputus asa menggangu, maka dia (syaitan) akan melancarkan gangguanya melalui wanita

Wanita tidak digelar lemah kerana sahaja mereka berjantina nisa’ sebab mahupun rijal juga ialah hamba kepada Tuhan yang sama. Kelemahan tersembunyi (dalaman) lebih digeruni kerana lemahnya luaran masih lagi terurus dek akal yang kuat. Tapi andai lemahnya dalaman disebabkan akal kuat tidak pandai mengurus iman, kelak akan menumpah kepalsuan dalam memberi ketaatan. Tinggal lagi kemahuan mengangkat lemah menjadi kuat pada tuntutan bernafsu.


p/s: Ikuti video klip pengguguran janin (sila klik) petanda pada 'tuntutan bernafsu' makin berleluasa.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal