Ahmad Fadzli UNIQUE dan pasangan. Moga berbahagia hingga ke syurga. Sori tidak dapat hadir kenduri kalian.
BAHAGIA impian semua makhluk, hatta haiwan berkaki empat masih menaruh kebahagian apabila bersama spesies sama. Berlari ke sana ke mari, makan, jalan, beradu dilakukan bersama-sama. Kebahagian adalah abstrak, biasanya manusia akan mengalami perasaan itu saat dia tenang, tiada resah, dan senantiasa bersemangat menjalani kehidupan harian. Kita akan bahagia, dan akan terus MELAKAR PELANGI bahagia bila mana kita sentiasa berdampingan dengan orang paling hampir dengan kita. Sebelum kita merasa tiba kebahagian diimpikan, sudah mesti kita memulakan langkah untuk bahagia.
Bagaimana tu?
Mudah sahaja... kalian pasti mempunyai teman yang paling rapat. Dialah tempat bermanja, mengadu masalah, berkongsi apa sahaja tentang diri, malah dia juga sering menaruh perkara sama seperti kita. Mahupun dia ataupun kita, saling melengkapi antara satu sama lain. Perkiraan kita mungkin kurang tepat, sesungguhnya material di hadapan kalian belum tentu membahagiakan, ianya pasti mengjangkau satu masa yang tertentu.
Malah sebuah mesin, alat yang kita gunakan seperti telefon bimbit, mungkin saat jatuh cinta pandang pertama ketika buat kali pertama memakainya. Digosok, dibersih setiap hari, namun bila sampai masa tertentu kita akan merasa jemu, maka tidak kisah lagi untuk dijadikan alat balingan apabila marah. Handphone pula jadi mangsa melepaskan amarah...
Siapa orang paling hampir?
Mungkin seorang lelaki bujang yang soleh, tahu tanggungjawab walaupun berada nun jauh di rantau orang.. katanya ibu bapa paling hampir. Hampir setiap minggu, dicuri masa terluang untuk hubungi ibu bapa di desa halaman tercinta. Begitu juga seorang perempuan solehah. Bagaimana pula mereka yang telah terpatri ikatan nikah? Sudah pasti pasangan masing-masing sebagai jantung hati yang bisa menghadirkan bahagia paling indah.
SUAMI
Di antara tugasan dan alasan, sudah cukup sinonim. Tidak bererti kalian akan kalah pada sebuku kata hati yang berlawanan fitrah. Tugasan kerja di pejabat yang berlambak, bertimbun-timbun bukan satu alasan buat kalian sebagai suami kepada si isteri, tiada juga masa untuk membahagiakan si isteri, paling kurang katakan sesuatu yang mengoncangkan jiwanya, memecutkan dengupan jantungnya. Mudah sahaja; luahkan rasa kasih sayang kalian kepadanya. Tidak rugi apa-apa pun.
Sentuhan juga salah satu, signal paling ampuh untuk menyatakan kerinduan selepas sehari suntuk bekerja di pejabat.
Isteri kita adalah amanah kita, seperti juga menggalas amanah di tempat kerja sebagai apa sahaja jawatan dipegang. Kenapa kita begitu beriya-iya datang awal ke pejabat? Tidak poteng waktu kerja? Kerja perlu beres mengikut masa yang ditetapkan? Kenapa? Mungkin sebab kita tidak mahu kehilangan kerja kita di atas sikap cuai kita, mahu gaji berprestasi tinggi, dinaikkan pangkat atau jawatan. Maka kita tulus, jujur dalam bekerja walaupun kadang-kadang niat tersimpang jauh.
Begitu juga halnya dalam urusan rumahtangga, hubungan intiminasi antara suami dan isteri. Intim ialah pengikatnya. Oleh itu kita kena lahirkan rasa intim antara pasangan. Jangan tunggu siapa mulakan dahulu. Apa salahnya kita tundukkan keegoan kita, mengalah sekali-sekala dengan isteri. Berlapang dada salah seorang daripada pasangan, akan meleraikan rasa ego pada pihak pasangan lain. Maka terzahirlah si suami yang selalu caring soal dan keadaan isterinya. Tiada lagi si suami pulang lewat malam, manakala si isteri pula buat kerja sendiri... tidak tahu, dan tidak pernah mahu ambil tahu bila suami keluar, bila suami pulang, suami sakit dan sebagainya.
Natijahnya, kita akan sentiasa tenang. Maka di sana lahirnya kebahagian.
Kadang saya dengar banyak kata-kata berat sebelah. Suami goyang kaki, isteri pula buat semua kerja berkaitan rumahtangga, ditambah pula kena membesarkan anak-anak;
“Aduh ustaz..! saya berasa mahu sahaja mati dari terus berbakti. Masakan tidak, suami senang-senang keluar masuk rumah, kami ni macam tunggul kayu sahaja di rumah” sesal dan pilu seorang ibu muda beranak tiga.
Cabarannya seorang isteri apabila isteri itu mahu menerapkan nilai-nilai agama dalam keluarga namun si suami memandang ringan hal tersebut. Isteri begini pasti berendam air mata, terpaksa berdepan bukan sahaja karenah anak-anak bahkan dengan ego suami. Para suami atau bakal-bakal suami andalah pengemudi bahtera itu, pembimbing kepada isteri dan anak-anak dalam urusan agama. Kepada isteri dan bakal isteri andai anda dikurniakan Allah Taala suami seperti ini maka tabahkan diri anda…. teruskan jihad anda untuk membentuk jiwa suami dan jiwa anak-anak agar cintakan agama.
Sungguh besar ganjarannya.
ISTERI
Ramai kita dapati sekarang isteri yang berjawatan dan bekerjaya. Tidak seperti era 70-an dan 80-an dahulu. Ada juga seorang wanita yang berperanan tinggi di dalam sesuatu organisasi, mahupun di peringkat masyarakat. Kalau dulu, sempat juga untuk jaga pakaian, makan minum, dan segala keperluan suami, tapi berbeza selepas ada kerjaya sendiri. Bagi wanita yang mempunyai sikap lemah lembut, pasti mereka sanggup meninggalkan lapangan kerja yang pernah dilakukan sebelum kahwin demi sebuah kebahagian rumahtangga hakiki, jadi suri rumah sepenuh masa. Ianya pilihan bijak, tapi itu tidak bermakna isteri yang terus bekerja tidak boleh bahagia.
Boleh..
Ianya bukan mudah, perlu pengorbanan, menuntut waktu kerja yang lebih antara kerjaya dan hal-hal berkaitan rumahtangga. Perlu ada kesedaran. Dari kesedaran lahirnya prihatin dan tanggungjawab. Berkahwin ertinya kita memikul segalas tanggungjawab.
Mahu tidak mahu, manusia perlu kembali kepada taqwa dan kesedarannya terhadap hidup ber-TUHAN. Kita adalah makhluk yang diciptakan bersistemkan luar ke dalam. Kita adalah manusia, yang dikawal tindak tanduknya oleh apa yang berlaku di dalam diri. Suasana, undang-undang, ganjaran dan hukuman, semua itu adalah faktor luaran. Manusia bertindak, tetap oleh gerakan hati, jiwa dan kemahuan, soal dalaman ialah soal iman.
Melalui akhlak kita, peribadi kita akan menyerlah taqwa dan iman.
Ingatlah walaupun kalian bekerja, ada tanggungjawab pada majikan, tapi ianya belum tentu dapat menandingi atau melebihi tangungjawab isteri kepada suami. Tanggungjawab isteri mutlak hanyalah pada suami. Keluarga adalah tangungjawab suami, yang perlu dibantu oleh si isteri yang berprihatin dan bertanggungjawab. Persedian sebagai isteri dan ibu tidak kurang pentingnya.. jika di awal-awal lagi perintah Allah Taala kita perlekehkan untuk ditaati, apatah lagi begitu berat untuk kita taat kepada suami.
Menjadi isteri dan ibu tiada cuti. Pendapat saya, dalam semua-semua kerjaya yang ada, suri rumahlah yang langsung tidak ada waktu cutinya. Bekerja sebagai suri rumah yang paling berat dan mulia, dipandang mulia di sisi Islam.
Hal ini mengingatkan saya tentang nasihat Rasulullah s.a.w kepada Fatimah sebagai seorang suri rumah. Apabila dimintanya khadam, Rasulullah s.a.w mengajarkan Fatimah zikir. Tidak pula Rasulullah s.a.w menyerahkan khadam walaupun beliau boleh memanggil mana-mana khadam menggantikan kerja Fatimah mengisar gandum, mengangkat air dan melakukan kerja-kerja berat sebagai suri rumah.
Bukan mudah ingin menjadi seorang isteri solehah, apatah lagi seorang suami kerana suami adalah pemimpin keluarga. Gagal membentuk isteri, bererti kalian gagal membentuk peribadi muslim. Kalau sayangkan suami, belajarlah menjadi seorang isteri yang solehah.. bukan bermula dari hari pertama menjadi isteri tapi didiklah hati terlebih dahulu mengenal dan cinta kepada Dia yang utama. Apabila kita redha menerima segala apa yang ditentukan, insha-Allah pasti kita sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Pengalaman sebelum menjadi isteri dan pengalaman sebelum menjadi ibu berbeza dengan sesudahnya. REDHA kunci terkuat untuk membina kekuatan diri. Kalau jauh REDHA dari hati, macam-macam boleh jadi. Seorang wanita bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi juga anak kepada ibu mertuanya, kakak dan adik kepada ipar-iparnya dan cucu kepada datuk dan nenek suaminya.
Apabila rukun rumahtangga diteladani sebaik-baiknya. Maka kalian berhak menikmati BAHAGIA yang diimpi-impikan sekalian manusia.

Kredit diberikan kepada Ahmad Fadzli Abdul Aziz bekas senior saya di MML. Mahu ke mana berpakaian pengatin? Kahwin larikah?

3 komentar:
Subhaanallah
salam ziarah suka saya membaca tulisan ustaz.
saya cuba untuk menjadi yg terbaik untuk suami sya tetapi semuanya diserahkan bulat2 pada saya...sampaikan saya terpk apa fungsi suami saya pada saya & anak2...yg ketara, mencari nafkah tanpa memikirkan apa yang tertinggal.tiada kasih sayang & masa untuk keluarga sehinggakan saya rase betul2 keseorangan dlm mengemudi bahtera...
Catat Ulasan