PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Jun 22

Menjawab Pertanyaan Siswi Soal Kahwin Muda







SAYA akan bersikap jujur setiap kali disapa, diusik oleh teman-teman bila ditanya tentang membina bayt-muslim. Sudah tentu saya seperti kalian, punya hati dan perasaan, normal sifat dan anggota, berkeinginan sempurna ibadat selepas ijab dan qabul. Kehidupan sebenar saya pada setiap langkah kaki menuju, berhentinya langkah saya bererti saya sedang menyusun langkah baru agar tidak terus mati hingga bertamu destinasi berikutnya.

Bila orang bujang berkumpul pasti tidak lepas daripada 'ngomol-ngomol' pasal bayt-muslim, ada mengusik teman-teman yang belum berumahtangga. Tapi disempitkan tujuan kahwin hanya untuk kekang nafsu, elak zina akan jadi lain pula. Perkahwinan bukan penyelesaian pada sesuatu perkara, tapi mungkin permulaan kepada satu masalah kalau tak kena gaya.

Masalah sama saya sering hadapi ialah kesukaran berbincang dengan anak muda yang sempurna BALIGH, namun malangnya kurang AQIL, masih terdodoi dalam buaian. Bermodalkan alasan cliche yang amat mudah:

"Biasa la ustaz... mahu enjoy puas-puas, hidup remaja cuma sekali"

maka tiada alasan kalau mahu berkeras untuk kahwin muda kerana kekang nafsu, bimbang hilang rasa tanggungjawab.

Sedaya mungkin, saya masih tidak begitu bertegas dengan ibu bapa tentang isu ini, masih mengharapkan pada terzahirnya hikmah yang membantu saya membuat keputusan tepat. Cuma kadang-kadang bermonolog sendiri:

“Kebahagiaan itu sebenarnya di mana?”

Bayt-Muslim bukan sekadar suatu kenyataan bila terzahir maksud melalui rundingan ahli lalu membentuk kelompok komunikasi mencari satu keputusan bersama, namun ianya lahir daripada segenap perancangan benar akan setiap ketentuan itu adalah hadir daripada susun atur taqdir Tuhan. Bila tiba masa kita mengharapkan Dia pada satu rasa, Dia juga akan menilai keikhlasan kita sebelum membenarkan rasa itu tercipta sebagai satu natijah akhir.

Berkahwin tidak semudah tutur kata, tanpa berfikir masak-masak banyak akan mengundang masalah. Tapi tidak selayaknya kita berputus asa sebelum berjuang, berpecak dahulu di luar gelanggang selepas dihadapkan dengan pelbagai mehnah orang yang sudah berpecak di dalam gelanggang. Kesabaran perlu tinggi dalam menempuh cabaran-cabaran selepas berumahtangga yang tergesa-gesa. Kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi keluarga pasangan.

Berkahwin ketika masih di alam kuliah, kalian bukan sahaja diajak menghadam silibus-silibus, kitab-kitab pengajian bahkan ilmu-ilmu rumahtangga selepas terpatri ikatan. Kita pasti tidak mahu, kahwin adalah jalan terakhir untuk melunaskan nafsu serakah, isteri bagai pakaian, digunakan bila perlu, dibuang bila puas.

Saya agak tidak bersetuju dengan dengan sesetengah remaja yang kepingin untuk kahwin awal, tetapi hanya beralasankan idea yang sangat rapuh. Kalau hanya memandang kahwin dengan sebelah mata, kebarangkalian penceraian untuk berlaku selepas perkahwinan adalah besar. Oleh itu, sediakan diri secukup-cukupnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan, jika benar redha Allah Taala yang kita cari.

Kelebihan kita kerana akal... melalui pemerhatian dan pengalaman boleh dijadikan modul lengkap untuk mereka yang tercari-cari jawapannya... kecuali mereka yang terlalu robotik dan tidak boleh berfikir sendiri dengan baik.

Perempuan solehah tidak pernah sunyi dari kebimbangan, mengenang diri dengan siapa bakal disatukan. Betapa sedihnya ulu hati kerana saat diri sudah sampai jodoh, tiada pula wali yang mengijabkan lantaran ajal bapanya sudah sampai terlebih dahulu sebelum jodohnya. Mujahadahnya adalah cekal, doa dan berserah pada Qadha' dan Qadar agar perjalanan bahtera dibina cekal hingga ke Syurga.

Wahai insan bernama lelaki, suami hargailah pengorbanan si isteri. Taatnya tidak pernah berbelah bahagi, kerana risiko tetap sahaja di pihak lelaki yang terselindung di sebalik ‘kuasa’ talaq dan poligami.


Judul asal: Kahwin Pun Susah
Medan Jaisyun, Abbasia...


2 komentar:

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya ingin bertanya pendapat saudara..

saya kini menuntut di sebuah universiti tempatan dan berumur 20 thun. sebelum ini saya mempunyai sejarah hitam bersama bekas kekasih saya. senang cerita, kami melakukan perkara terkutuk bila berpeluang. dan saya sangat bersyukur kerana masih dara dan sudah berpisah dengannya. dan skrg, saye berkawan dengan seseorang yang sebaya dgn saya n masing-masig mendapat tajaan belajar drpd kerajaan. dan alhamdulillah batas2 semuanya masih terjaga. kami berharap agar dapat bernikah dlm masa terdekat. utk pgtahuan saudara, die pun pernah mengalami penglaman yg sama macam saya. jadi kami tak sanggup lagi terjerumus ke dalam lembah itu dan fikir semasak-masaknye n mmbuat keputusan ingin bernikah(bukan berumah tannga)kerana ingin mendpt keredhaan Allah. kmi juga tlh melakukan istikharah supaya memastikan tindkn kami tidak terlalu terburu-buru.

tapi masalahnye, kami mendapat tentangan darpde keluarga & alasan mereka suruh habiskn belajar dahulu.mereka tidak tahu perihal kisah silam kami dan kami mengambil lgkah untk memberi surat kepada mereka ape sebenarnye niat kami;ingin menyelamatkn tbuh badan serta diri kami dari kancah maksiat. sebab bila kami face to face, belum sempat kami menyuarakan pendapat kami, dah kene 'fire' habis-habisan.

jadi ape yg harus kami lakukan + alsan terbaik untk kami berikan kepada keluarga kami?

Rezza Khanafiah on 23 Jun 2010 pada 8:13 PTG berkata...

wa'alaikumussalam wrh wbt.

Dalam Islam kita disarankan suapa menjadi orang berfikir dan matang menilai sesuatu semasak-masaknya. Tidakkah kita sentiasa berjumpa ayat di setiap penghujung kalam sebelum waqaf Allah Taala berfirman; la'allakum ta'qiluun, in kuntum ta'lamun, tafakkarun... semuanya menerjah akal kita supaya memunggah maklumat yang diakses oleh pancaindera dengan berhati-hati.

Saya tidak menolak secara total niat setiap muda-mudi yang mahu melangsungkan perkahwinan di usia muda, bahkan amat dituntut dalam islam, tapi apa yang dipertikaikan kahwin 'terburu-buru'. Kahwin muda', dan 'terburu-buru' dua maksud yang berbeza-beza. Apabila kahwin terburu-buru kita bukan sahaja kahwin dengan si dia tapi perangai dan sifat syaitan yang suka tergopoh-gopoh, dan menggopohkan orang lain tanpa panjang akal, apatah lagi dalam hal seserius ini. Apabila terburu-buru, maka hilanglah pertimbangan lain yang sepatutnya menjadi keperluan pertama di antara utama dalam kotak diari perkahwinan kita, bukan sahaja fikir soal mak andam, sewa konopi, mahar hantaran, kad jemputan malah meliputi soal tanggungjawab dan kesedian untuk berkahwin.

Bagi saya, sekirannya saudari merasakan segala persiapan dilakukan baik material (kos dan bajet perkahwinan baik sebelum dan selepas kahwin) mahupun spritual (ilmu-ilmu rumahtangga)... maka lakukan secara syar'i (mengikut lunas-lunas islam). Pohonlah terlebih dahulu restu ibu bapa, namun jika mereka berkeras kalian masih ada keupayaan kuasa komunikasi untuk meyakinkan mereka... beritahulah secara baik-baik akan kesedian kalian yang benar-benar ingin memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Saya yakin apabila kalian baik pasangan mahupun ibu bapa apabila duduk semeja, pasti ada jalan penyelesaian yang ampuh. Dan sudah pasti kalian bersetuju antara satu sama lain. Mudah-mudahan saudari dan pasangan membuat pertimbangan sewajarnya kerana untuk menghindari maksiat bukannya perkahwinan jalan terakhir, kerana kalian masih dikurniakan satu lagi keistimewaan, iaitu akal untuk mencerahkan jalan keluar.

Pasti redha-Nya kita dambakan dalam setiap tindakan.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal