PULANG ke masa silam, mengimbau kembali nostalgia kita berhadapan pelbagai mehnah dan karenah. Kita tidak akan terlepas dari merekod kebaikan yang kita lakukan, kesederhanaan antara baik dan biasa, dan keburukan dosa-dosa kerana ada juga timbul rasa ingin mencuba dek tertewas pada pilihan nafsu, pilihan iman tunduk serendah-rendahnya. Kata-kata bukan lagi berintipati iman, perlakuan jauh daripada penghayatan iman, pandangan selalu menjunam ke bawah telunjuk syaitan, makan pula tidak terasa syukur apabila dilimpahi kenikmatan.
Kita pasti teringin untuk pulang, kembali ke masa silam untuk merubat dan melakar kembali potrait hidup berteraskan pancaran warna-warni citra Islami. Segala perbuatan ingin diisi sahaja kebaikan, melakukannya mengikut pertimbangan akal dan iman, aku janji pasti diikat kemas agar tidak memutuskan pertautan antara pengharapan seorang hamba dan pemberian oleh Allah Taala. Kata kuncinya ada pada IKHLAS.
Kadang-kadang saya tersenyum sendirian menatap album gambar lama, kecil alam bayi, kanak-kanak, dan alam remaja. Terasa sedikit rawan apabila diajak semula berada di setiap peristiwa yang dirakam. Saya sering berkata pada diri sendiri, andai diberi pilihan untuk kembali ke zaman itu, akan saya baiki segala kepincangan yang ada agar yang terbaik dapat dipersembahkan kepada-Nya nanti. Setiap masa yang kita lalui pasti akan dihisab.
Memang, kita akan terus melangkah. Hidup perlu diteruskan walaupun sesalan sesekali timbul menunduk keegoan, namun hakikatnya manusia akan meninggalkan alam dunia ini bila tiba waktunya... ianya tidak mengundur walaupun sesaat cuma diperlukan. Begitulah lumrah alam dan perjalanan sunnatullah yang terancang, manusia mempunyai semalam hanya untuk dimuhasabah, dan belum tentu mempunyai hari esok sebagai tempat untuk ditaburkan rencah yang telah siap dicanang hari ini.
Dia cuma ada sekarang. Waktu sekarang yang diberi pertanggungjawaban untuk dipenuhkan dengan kebaikan, ibadat kepada-Nya. Waktu sekarang juga masa yang paling sesuai untuk dia hargai, tidak perlu tunggu sampai hari esok untuk membuat peningkatan, muhasabah, pasang matlamat dan buat pelbagai perancangan. Kalian pasti tidak menjamin, apakah masih diberi peluang untuk hidup, atau di saat ini kita akan dijemput.
HILANG PERTIMBANGAN
Manusia yang gersang iman, pasti melalui hari-hari mendatang tanpa ada rasa takut, gerun, gusar bahawa dia ialah manusia, hayatnya telah dipertunjukkan hanya bertahan puluhan tahun sahaja, jarang sekali sampai ke angka ratusan tahun malah ribuan tahun. Di kotak kepalanya hanya terisi soal kerja, business, saham, projek ini dan itu, kekasih, rumahtangga... tiada pula habuan yang hendak ditinggalkn di akhirat kelak, hanya berkisar dunia semata-mata. Ramai yang tidak menghargai kehidupannya sendiri apatah lagi kehidupan orang lain, lantas diisi dengan hal yang sia-sia belaka.
Mereka yang hidup berlampiaskan ikutan kehendak nafsu, tidak akan peduli apa yang dibuat. Kerjanya bersalut rasuah, ponteng masa kerja, tiada lagi soal pertimbangan amanah, jujur dan berintergriti.. asalkan siap kerja, dapat makan gaji habis cerita.
Waktu-waktu yang diberikan tadi tiada lagi ikatan kebersamaan panduan syariat. Hidup hanya memuaskan hawa nafsu sendiri, fikir pasal habuan dunia, fikir bagaimana nak tambah gred A, tambahkan pointer, naik pangkat atau sekadar untuk menyenangkan hati orang lain, rela diperkudakan asalkan dapat apa yang diinginkan.
Kita diberikan akal untuk dibezakan daripada makhluk lain. Kita akan dipertanggungjawabkan dengan pemberian nikmat itu dan dipersoal tentang penggunaannya di akhirat kelak. Kenapa perlu kita menyerahkan nasib kita kepada orang lain, yang diberikan akal yang serupa dengan kita, tetapi mereka tidak menggunakan dengan sepenuhnya? Hanya kerana kita tidak berani membuat pilihan sendiri, maka kita diselubungi oleh sifat ketakutan yang tidak bertempat. Takut untuk menggunakan dengan sepenuhnya nikmat terbesar yang Allah Taala berikan.
Memahami perasaan takut dalam diri adakala memberi petunjuk bahawa seseorang yang takut itu apabila dia tidak faham situasi yang sebenarnya dan terlalu melayan imaginasinya. Contohnya takutkan gelap kerana takut ada hantu, ular dan sebagainya, namun bila kegelapan sudah disinari, hilang takutnya kerana dia dah tahu tiada bahaya.
Aplikasi analogi ini sememangnya perlu difahami agar orang yang merasakan takut itu dapat memberanikan diri. Orang yang takut pada Hudud mempelajari. Kebanyakan kita sudah terpedaya dengan dunia, nikmat melambak-lambak dan pedoman kian pudar. Perjalanan pula banyak cabaran, akhirnya diri kita tumpas di atas kelemahan yang sedikit.
GUNAKAN KESEMPATAN
Peluang untuk mengecapi nikmat hidup hanya sekali, tiada dua, tiada tiga. Hidupnya kita pula bukan lagi sebagai sebuah jasad yang kita pandu sewenang-wenangnya ketika di dunia dulu tapi roh kita yang telah di-setting mengikut amal perbuatan yang telah kita laburkan. Jangan ingat kebaikan sahaja diperhitungkan, keburukan, kejahatan kita juga akan ditimbang, dan seterusnya dihalakan ke tempat yang bersesuaian... Neraka atau Syurga.
Allah Taala itu bersifat ar-Rahman, ar-Rahim. Di saat kita diberi petunjuk, nur hidayah menunjukkan kasih sayang-Nya yang bersifat dengan ar-Rahman dan ar-Rahim tadi berjaya membetulkan jalan kita dan senantiasa diberi panduan agar tidak tercicir pada jalan al-Haq tadi.
Akan ada pada suatu hari nanti Allah Taala tidak lagi bersifat dengan ar-Rahman dan ar-Rahim. Memberi kasih dan sayangnya kepada sekalian hamba, melainkan cukup kepada insan yang terpilih sebelumnya. Akan tiba saatnya Allah Taala juga tidak lagi bersifat al-Ghaffar sepertimana dahulu, hanya mereka yang sempat bertaubat dikesempatan manis yang diberikan. Di sana tiada guna lagi penyesalan, sesalan kita hanya menimbulkan kemarahan para malaikat dan orang mukmin... kerana dulu semasa hayat hidupnya di dunia, pernah diberi nasihat, bimbingan tapi jalan yang salah juga dipilihnya, maka rasakan pembalasan daripada-Nya. Azabnnya tiada kepalang pedihnya.
Allah Taala berfirman;
“Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang” al-‘Alaa (87:11-13)
Ketahuilah wahai teman, ketika itu tiada lagi masa lampau untuk kita muhasabah, tiada lagi masa mendatang untuk kira rancang sebaik-baiknya. Malah tiada lagi masa ‘sekarang’ untuk kita hargai, mengisi dengan ibadat kepada-Nya. Tinggal lagi perhitungan yang bakal terjawab kesudahan riwayat kita.
al-Jannah atau al-Jahiim.

0 komentar:
Catat Ulasan