PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Mei 1

Buat Kalian Bakal Doktor

SEJAK keci lagi saya tidak suka pergi ke klinik, apatah lagi ke hospital walaupun ibu selalu menjadi orang pertama pujuk dengan pelbagai helah. Kalau saya ringan tulang untuk pergi ke sana pun, adalah dengan hati berat atas alasan paksaan atau ugutan daripada ibu... bukan apa tidak mahu derhaka kepada ibu tercinta.

Kenapa.. why?

Alasannya sangat mudah, bila sahaja saya ke klinik, maka saya doktornya. Pelikkan bunyinya. Kenapa tidak, saya sahaja yang panjang bercakap, berderet-deret, tapi doktor atau jururawat yang bertugas hanya catat apa sakit, dan apa ubatnya, selepas tu beredar. Paling susah, apa salahnya senyum. Ini tidak, bukan sahaja ‘bengis’ pada raut wajah, bahkan jauh sekali mahu senyum. Saya tidak menuding jari kepada semua doktor dalam hal ini, mungkin ramai sahaja di kalangan kita (pelajar perubatan) tahu bila berhadapan dengan situasi kritikal ini, tapi ramai lagi yang tidak tahu.

“Saya demam, kalau boleh nak sekali ubat cacing (ubat umum yang selalu diminta orang kampung seperti saya)” ujar saya kepada seorang doktor.

Jarang sekali kita dapati perkhidmatan perubatan, baik di kampung mahupun di pusat bandar memuaskan hati kita. Paling kurang menyatakan penyakit, dan diminta mengambil ubat di kaunter farmasi... saya selalu merunggut; “Kalau macam ni, sudah tahu penyakit yang sama baik terus ke farmasi sahaja”

Rungutan sikap segelintir (bukan semua) pengamal perubatan yang pada saya gagal sama sekali dalam memberi servis atau perkhidmatan kelas pertama, paling kurang kelas pertama dalam berkomunikasi dengan pesakit. Kita kena sedar pesakit yang datang kepada kita, maka sebagai tuan punya rumah layanan baik perlu ditonjolkan.

Ini juga bukan cerita atau perkara baru yang berlaku, rungutan demi rungutan, sehinggakan ada yang sanggup melalui perjalanan yang jauh walaupun ada klinik berdekatan dengan rumah, semata-mata ingin mendapat perkhidmatan terbaik. Kita juga perlu sedar kemungkinan 20% dari layanan anda (para doktor) memberi kesan pada cepat atau lambat pulihnya penyakit mereka kerana peranan dalam memainkan emosi pesakit adalah tidak kurang pentingnya.

Teknik komunikasi baik ini bukan sahaja penting semasa di medan kerjaya, bahkan aplikasinya secara menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan seharian manusia. Antara punca utama kerengganan hubungan antara senior dan junior di tempat saya belajar, peratusan besarnya ialah kerana kurangnya penguasaan dalam berkomunikasi, bukan tidak boleh bercakap, tapi kaedah percakapan yang betul lagi tepat bilamana berhadapan mereka yang lebih tua atau muda. Cara memulakan perbualan, penggunaan kata ganti nama yang sesuai. Berat mulut atau cakap-cakap merapu tidak tentu hala, antara masalah kecil, tetapi kesannya cukup besar yang perlu diambil berat di dalam kehidupan bermasyarakat kita.

Saya merasakan potensi bercakap melalui pencerahan commen sense dalam public speaking yang tersedia ada dalam diri kita, perlu diasah sedari rebungnya lagi, bukan menunggu sehingga kucing tumbuh tanduk. Sedar atau tidak setiap daripada kita khususnya golongan terpelajar mempunyai bakat yang sudah ditanam secara tidak sengaja dalam diri.

Masih tidak nampak?

Kalian perasan kita boleh sahaja bersembang, berborak kosong bersama teman-teman di dalam kelas, di kedai-kedai makan, di perhentian bas dan sebagainya tanpa kita sedari isu yang dibincangkan atau disembangkan itu menjangkau sub-topik mula-mula kita bercakap. Bahkan mungkin kita tidak perasan sudah mengambil masa yang terlalu panjang kerana asyik sahaja bercakap.

“Ustaz cakap mudah, berceramah di hadapan orang ramai dan cakap kosong bersama teman-teman bukannya sama”

Ana dah cuba, bukan senang menuntun kata-kata bila dah berada di atas mimbar”

Buang jauh-jauh prasangka dangkal anda itu, kata-kata sia-sia itu bukan sahaja meruntuhkan semangat anda bahkan memberi impak pada potensi dalam diri anda, cuba dahulu baru tahu di mana kedudukan bakat anda sebenarnya. Orang yang bijak bukan sahaja petah pada percakapannya tapi susunan kata-kata yang sarat dan digarap bersama ilmu untuk menarik minat para pendengar untuk mendengar ceramah atau kata cakap anda.

Kemungkinan anda boleh berbangga walaupun tidak sehebat dan sepetah Dato’ Dr Fadzilah Khamsah dalam bercakap, namun anda masih punyai cakap-cakap ilmu yang boleh diambil pengajaran.

Ramai individu yang educated tapi gagal cemerlang dalam medan kerjaya, kerana kemahiran komunikasi yang teruk. Bukan sahaja dalam sektor perubatan, bahkan dalam semua lapangan pekerjaan yang memerlukan potensi bercakap. Mungkin isu ini perkara kecil, tapi kalian harus memandang dalam skop lebih luas, sudah pasti mempunyai kepentingan yang agak besar. Terletak pada akal dan kemampuan kita memilih jalan, bukan kaku pada kata-kata walaupun tingkah-laku kalian mengatakan mampu.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal