
Buat teman-teman yang berada di tanah air, jaminan dalam minggu (walaupun sesetengah sudah terima) ini juga buku BDKC pasti berada di dakapan dada kalian. Tunggulah dengan penuh sabar.. bila sudah, pastikan isinya dihadam satu-persatu kerana ia adalah makanan rohani kalian bagi mengisi kantung ‘perut’ cinta agar tidak kebulur dari ruh cinta Ilahi nan abadi.. berseminya cinta kita adalah kerana tautan cinta kita terlebih dahulu bertamu cinta-Nya, melalui cinta-Nya.


Izinkan saya untuk berterima kasih bagi pihak diri dan Ustaz Zulkifli Abdul Ghani, sebagai pengurus pemasaran kepada Ustaz Ahmad Taufiq Mohd Dahlan, dan ahli BPP PMRAM lain di atas kerjasama diberikan bagi menjayakan misi dan visi yang tiada had waktu ini. Tidak lupa juga kepada Ustaz Sufian Abdul Qader, Ustaz Muaz, Ustaz Hafizd yang sudi meringankan bebenan saya yang kurang rehat sejak bulan lepas.
HARI INI, dimulakan proses edaran ke seluruh Kaherah, maaf di atas keterlewatan ini, kerana ianya berlaku di luar jangkaan kami. Dapatkan maklumat semasa dari laman puteraazhari... demi Islam kita cintai, sama-sama kita jayakan proses menyaring ilmu bermanfaat, berpengetahuan dan sebarkan kepada manusia di sekeliling.
Jazakumullahu khairan al-jaza’
0 komentar:
Catat Ulasan