PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, April 5

Perginya Seorang Sahabat

“ZA... tolong betulkan timming download ni, macam tak jalan aje” Ustaz Sufian bersuara ketika saya sedang teliti Kitab Fiqh Muqarin untuk dibawa bersama ke Hayyus Sabe’.

Semalam saya perlu habiskan separuh hari di sana bagi menyiapkan proses terakhir prosedur penerbitan buku BDKC.. Ustaz Sufian pula sedang sibuk mencari bahan ilmiah untuk dijadikan makalah mingguan persatuan, dan simpanan peribadi. Beliau telah sehari berada di rumah saya kerana komitmen dengan pengajian di Masjid Saidina Hussain pada sebelah pagi, selepas subuh. Memandangkan jarak rumah saya dan Masjid Saidina Hussain dekat, beliau biasanya akan bermalam di rumah saya... lagipun inilah pertemuan kami dalam seminggu disebabkan tanggungjawab masing-masing yang harus digalas.

Pagi ini sahaja Ustaz Sufian telah menerima lima panggilan..

“Za.. Ustaz Hafizul Husna dah meninggal. Baru sahaja tengah hari tadi” terkedu saya menangkap kata-kata beliau.

KENANGAN RINGKAS

Jujurnya, saya tidak mengenali arwah sebagai seorang sahabat karib, berkepit bila ke pusat pengajian, makan satu meja, berusrah satu kumpulan. Jujurnya, saya ada pengalaman indah bersama beliau di satu program anjuran PMRAM kepada para pelajar yang baru tiba, selama tiga hari. Kami satu batch di Mesir. Di situlah buat julung-julung kami berhalaqah, berusrah, makan satu talam, berbincang satu kumpulan. Inilah kenangan indah kami. Tidak sangka pertemuan tersebut ialah pertemuan dan perpisahan saya dengan arwah, kerana sejak daripada itu, arwah terlalu komited menggalas amanah sebagai salah seorang exco pelajar-pelajar Perak.

Menyoroti peribadi beliau... sudah tentu satu kehilangan besar bagi pihak Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di atas pemergian arwah ke alam abadi. Perginya bukan bererti beliau tiada selama-lamanya, kerana ruh arwah sekarang dijemput secara baik oleh Allah Taala untuk menjadi tetamu istimewa-Nya. Arwah seorang yang banyak pengetahuan, gaya dan cakap beliau bagaikan seorang ahli politik, petah. Seorang lemah lembut tapi tegas bila berhujah sesuatu pendirian yang dianggap benar, tidak pernah meleset dari kesilapan fakta, dan dalil-dalil yang menyokong. Beliau telah dipilih untuk menjadi juru-cakap bagi kumpulan kami selepas saya menolak atas faktor kesihatan pada hari terakhir program tersebut.

Sungguh hebat percaturan Ilahi..

KRONOLOGI RINGKAS

Berikut ialah kronologi sepanjang proses pengurusan jenazah Almarhum Hafizul Husna Bin Salehuddin (gambar):

( 8.30 am ) Tiba di Hospital Zahra bersama ahli keluarga jenazah ( 8.42 ) Semua dibenarkan masuk setelah berurusan dengan pihak polis ( 8.55 ) Semua dibenarkan melihat jenazah di bilik mayat yang disimpan di dalam peti mayat ( 9.24 ) Semua selesai melihat mayat dan menunggu di luar ( 9.45 ) Ketibaan pegawai JPMK dan meminta 2 orang wakil KPIPM untuk ke balai polis membuat laporan ( 9.54 ) Beberapa orang ahli KPIPM yang lain tiba ( 9.56 ) Ketibaan Presiden dan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM ( 10.10 ) Ketibaan pegawai hospital dan seorang ahli KPIPM yang membuat laporan tadi ( 10.14 ) Semua ahli dan keluarga jenazah dibenarkan melihat untuk kali kedua sebelum dimandikan ( 10.22 ) Proses mandi dimulakan sehingga catatan ini ditulis.

( 10.52 ) Jenazah telah selesai dimandikan. Antara yang terlibat ialah Us Abdul Muizz, Us Shahrizan Hazime, Us Amin Abd Rahman, Us Azizuddin Aznan dan Us Azuan Kamaruddin. Tetapi jenazah tidak dapat dikeluarkan lagi kerana tasrih daripada pihak polis untuk kebenaran mengeluarkan jenazah belum diperolehi. Doakan supaya ia dimudahkan. Di Dataran Hayyu Asyir, beberapa orang sudah menunggu jenazah tiba.

( 11.12 ) Beberapa orang ahli dan Badan Pengurus PMRAM sudah mula meninggalkan Hospital Zahra, dan bergerak ke Hayyu Asyir untuk membuat persiapan untuk Solat Jenazah. Beberapa orang termasuk saya, YDP, us Zulfadli dan ahli keluarga masih menanti di hospital bagi mengiringi jenazah. ( 11.22 ) Pegawai safarah tiba bersama us Ridwan Kadri dari Balai Polis untuk mendapatkan tasrih. Alhamdulillah, tasrih berjaya dikeluarkan ( 11.28 ) Jenazah sedang diusung ke dalam van mayat.

( 11.48 ) Tiba di Dataran Hayyu Asyir dengan 4 kenderaan yang mengiringi. ( 12.01 pm) Azan zohor berkumandang dan jemaah mendirikan Solat Fardhu Zohor ( 12.12 ) Jemaah mendirikan solat jenazah ( 12.22 ) Jenazah diusung ke dalam van mayat dan kenderaan mula bergerak ke tempat pengebumian jenazah. Sekarang ini masih dalam perjalanan ke sana.

( 12.31 ) Tiba di tanah perkuburan dan jenazah dibawa keluar dari van lalu diusung ke tanah perkuburan ( 12.35 ) Liang lahad dibuka dan jenazah diangkat dari keranda ( 12.37 ) Jenazah dibawa masuk ke dalam liang lahad. Sehingga kini, masih lagi dalam proses menempatkan jenazah di dalam liang.

( 12.57 ) Lahad sedang disimen setelah selesai menempatkan jenazah. Di dalam ruang bawah tanah tersebut mempunyai dua bilik, untuk lelaki dan perempuan. Us Muizz antara yang masuk ke ruang lahad di bawah tanah. Sehingga kini simen untuk menutup pintu lahad masih lagi dalam proses.

( 1.03 ) Diadakan tahlil yang dikendalikan oleh Ustaz Shahrizan dan disusuli dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Azrul Ismail. ( 1.06 ) Selesai bacaan Yasin dan doa ( 1.09 ) Semua hadirin bergerak meninggalkan tanah perkuburan ( 1.14 ) Tanah perkuburan ditinggalkan, termasuk ahli keluarga jenazah.

Sumber: Ustaz Mujahid Mohammad Fadzil

MENANTI TIBA...

Betapa beliau telah bersedia buat sekian lama untuk menemui Allah Rabul Jalil. Buat beliau yang tenang bersemadi di alam sana, moga pahala terus dikirim berterusan daripada sumbangan arwah kepada umat sepanjang hayatnya. Satu peringatan yang terkesan buat kita semua.

Kematian bukanlah pengakhiran... tapi merupakan permulaan bagi suatu kehidupan yang tiada penghujungnya.

Kini kita pula menanti penuh harap agar husnul khatimah jua akhir pengabdian. Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan kalian?

al-Fatihah buat arwah...

5 komentar:

شاح اندرني on 5 April 2010 pada 11:59 PTG berkata...

Salam.. Takziah buat arwah.. Al-Fatihah

Syihabudin Ahmad on 6 April 2010 pada 3:56 PG berkata...

sejak akhir2 ni,,, banyak sungguh berita kematian.... sedar tak sedar, secara spontan Allah mengingatkan kita untuk bersegera dalam bertaubat... Astaghfirullah...

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Us. Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin. Saudara admin yang dikasihi Allah SWT. Terima kasih diucapkan kepada saudara admin kerana berjaya menghasilkan artikel yang cukup bermanfaat untuk dikongsi bersama. Pertamanya saya memohon jutaan kemaafan di atas apa yang ingin saya sampaikan selepas ini. Merujuk kepada sepotong ayat dalam artikel saudara di bawah tajuk "Perginya Seorang Sahabat" pada perenggan ke-6 "Menyoroti peribadi beliau... sudah tentu satu kehilangan besar bagi pihak Persatuan Badan Kebajikan Anak Negeri Perak (BKANP).." berdasarkan potongan ayat tersebut, suka untuk saya mengutarakan sedikit pembetulan pada sedikit ralat dalam artikel tersebut. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bagi Negeri Perak telah ditetapkan dan diberi nama Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) bukan sepertimana yang tercatat di atas iaitu(BKANP). Saudara admin boleh rujuk pada laman web rasmi KPIPM : http://kpipm64.blogspot.com . Sebagai muhasabah buat saya dan saudara admin, walaupun kesiapan ini adalah nampak secara teknikal, namun diharapkan saudara lebih berhati-hati dalam mengambil sumber maklumat dengan memastikan dengan tepat fakta, nama persatuan dan lain-lain perkara yang berkaitan, lebih-lebih lagi jika agenda tersebut bersangkut paut dengan khabar sesuatu kejadian atau berita. Akhirnya dengan rendah hati sekali lagi saya memohon jutaan kemaafan di atas sedikit teguran ini yang mana ianya tidak lebih adalah hanya untuk manfaat kita bersama. Wallahu A'lam. salamullah alaik WBT..Al-Fatihah ila ruuhil marhum - Us. Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin (1987-2010)- ahli KPIPM

Tanpa Nama berkata...

*pembetulan pada komen di atas "walaupun kesiapan ini.." dibetulkan kepada "kesilapan". Harap maklum - ahli KPIPM

Rezza Khanafiah on 8 April 2010 pada 12:06 PTG berkata...

Alhamdulillah telah dibaiki. Terima kasih di atas perhatian ini. Mudah-mudahan terus membumi di setiap sanubari orang muslim.

Jazakumullahu khairan al-jaza'

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal