PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, April 4

Kahwin Pun Susah?

SAYA akan bersikap jujur setiap kali disapa, diusik oleh teman-teman bila ditanya tentang membina bayt-muslim. Sudah tentu saya seperti kalian, punya hati dan perasaan, normal sifat dan anggota, berkeinginan sempurna ibadat selepas ijab dan qabul. Kehidupan sebenar saya pada setiap langkah kaki menuju, berhentinya langkah saya bererti saya sedang menyusun langkah baru agar tidak terus mati hingga bertamu destinasi berikutnya.

Bila orang bujang berkumpul pasti tidak lepas daripada 'ngomol-ngomol' pasal bayt-muslim, ada mengusik teman-teman yang belum berumahtangga. Tapi disempitkan tujuan kahwin hanya untuk kekang nafsu, elak zina akan jadi lain pula. Perkahwinan bukan penyelesaian pada sesuatu perkara, tapi mungkin permulaan kepada satu masalah kalau tak kena gaya.

Masalah sama saya sering hadapi ialah kesukaran berbincang dengan anak muda yang sempurna BALIGH, namun malangnya kurang AQIL, masih terdodoi dalam buaian. Bermodalkan alasan cliche yang amat mudah:

"Biasa la ustaz... mahu enjoy puas-puas, hidup remaja cuma sekali"

maka tiada alasan kalau mahu berkeras untuk kahwin muda kerana kekang nafsu, bimbang hilang rasa tanggungjawab.

Sedaya mungkin, saya masih tidak begitu bertegas dengan ibu bapa tentang isu ini, masih mengharapkan pada terzahirnya hikmah yang membantu saya membuat keputusan tepat. Cuma kadang-kadang bermonolog sendiri:

“Kebahagiaan itu sebenarnya di mana?”

Bayt-Muslim bukan sekadar suatu kenyataan bila terzahir maksud melalui rundingan ahli lalu membentuk kelompok komunikasi mencari satu keputusan bersama, namun ianya lahir daripada segenap perancangan benar akan setiap ketentuan itu adalah hadir daripada susun atur taqdir Tuhan. Bila tiba masa kita mengharapkan Dia pada satu rasa, Dia juga akan menilai keikhlasan kita sebelum membenarkan rasa itu tercipta sebagai satu natijah akhir.

Berkahwin tidak semudah tutur kata, tanpa berfikir masak-masak banyak akan mengundang masalah. Tapi tidak selayaknya kita berputus asa sebelum berjuang, berpecak dahulu di luar gelanggang selepas dihadapkan dengan pelbagai mehnah orang yang sudah berpecak di dalam gelanggang. Kesabaran perlu tinggi dalam menempuh cabaran-cabaran selepas berumahtangga yang tergesa-gesa. Kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi keluarga pasangan.

Berkahwin ketika masih di alam kuliah, kalian bukan sahaja diajak menghadam silibus-silibus, kitab-kitab pengajian bahkan ilmu-ilmu rumahtangga selepas terpatri ikatan. Kita pasti tidak mahu, kahwin adalah jalan terakhir untuk melunaskan nafsu serakah, isteri bagai pakaian, digunakan bila perlu, dibuang bila puas.

Saya agak tidak bersetuju dengan dengan sesetengah remaja yang kepingin untuk kahwin awal, tetapi hanya beralasankan idea yang sangat rapuh. Kalau hanya memandang kahwin dengan sebelah mata, kebarangkalian penceraian untuk berlaku selepas perkahwinan adalah besar. Oleh itu, sediakan diri secukup-cukupnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan, jika benar redha Allah Taala yang kita cari.

Kelebihan kita kerana akal... melalui pemerhatian dan pengalaman boleh dijadikan modul lengkap untuk mereka yang tercari-cari jawapannya... kecuali mereka yang terlalu robotik dan tidak boleh berfikir sendiri dengan baik.

Perempuan solehah tidak pernah sunyi dari kebimbangan, mengenang diri dengan siapa bakal disatukan. Betapa sedihnya ulu hati kerana saat diri sudah sampai jodoh, tiada pula wali yang mengijabkan lantaran ajal bapanya sudah sampai terlebih dahulu sebelum jodohnya. MUjahadahnya adalah cekal, doa dan berserah pada Qadha' dan Qadar agar perjalanan bahtera dibina cekal hingga ke Syurga.

Wahai insan bernama lelaki, suami hargailah pengorbanan si isteri. Taatnya tidak pernah berbelah bahagi, kerana risiko tetap sahaja di pihak lelaki yang terselindung di sebalik ‘kuasa’ talaq dan poligami.

8 komentar:

Barakah Travel on 4 April 2010 pada 9:13 PTG berkata...

salam dari syrkt turath islami,menjual hardisk kitab, promosi selama 3 bulan, dengan harga istimewa le 950,anda jimat le 550,mklumat lnjut 011 6391176

ramlan ramli on 5 April 2010 pada 2:08 PG berkata...

salam ustaz

perkahwinan adalah tanggungjawab. bukan sekadar urusan melunaskan hawa nafsu. itu memang benar. kerana itulah orang dewasa zaman ini tidak mementingkan anak kahwin awal.

tapi ustaz, bagi saya yang berkerja di kebajikan masyarakat dan berdepan dengan segala macam gejala sosial, adalah lebih baik remaja kahwin dalam usia yang muda.

lebih baik kahwin muda, dapat anak kemudian bercerai daripada senario yang terjadi sekarang buang anak merata-rata.

lecehnya bagi remaja bangka yang ingin menamatkan zaman bujang terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi.

saya teringat masa saya mahu kahwin dulu. pejabat agama mahu saya mendapatkan pengesahan penghulu bagi mengiktiraf saya sebagai pemastautin di mukimnya. saya spontan memprotes kenapa ianya perlu sedangkan saya ada kad pengenalan. jawapannya mudah : "prosedur encik..."

kesimpulannya lagi mudah buat projek berbanding kahwin.

ramlanramli

Rezza Khanafiah on 5 April 2010 pada 5:23 PG berkata...

salam ramlan ramli..

saya tidak menentang sesiapa yang ingin kahwin muda, tapi saya persoalkan kahwin dalam keadaan tergesa-gesa kerana dia lihat kepuasan nafsu seks semata-mata.. saya bimbang nikah secuma itu, tidak hairan akan berlaku perceraian.. agaknya semudah 'touch and go', agama lain akan pandang serong pada Islam.. kalian akan jadi fitnah terbesar kepada agama, bayt-muslim.

Jazakallahu khairan al-jaza'...

LaraDyana on 5 April 2010 pada 8:30 PG berkata...

salam....saya amat tertarik dgn penulisan saudara...btl apa yg saudara cuba sampaikan...
PERKAHWINAN tidak kira pada usia muda @ tua semuanya ade risiko...
tp pada sy nikah pada usia muda ade baik dan buruknya....buruknya adalah apa yg saudara cuba smpaikan dan baiknya adalah bg mngelak berlakunya zina berlakunya kes2 pembuangan bayi....
sama2la kita berdoa smg yg da bina MASJID tu kekal utk slmanya...Jgn sesekali lupakan ALLAH YANG ESA, nescaya ALLAH YANG ESA jg xkn sesekali melupakan kita.

salam.

Sumaiyah on 5 April 2010 pada 9:24 PTG berkata...

suka post ini.
terima kasih

Nur Nisa' berkata...

salam ustaz,

setelah baca post ni...laju pula tangan ini menaip...memberi ulasan.
Ustaz...isu 'kahwin' semakin menghimpit diri saya. keluarga semakin kerap bertanye... Undangan drpd rakan yg bakal berumahtangga...mencurah2 tiba.
kadangkala...timbul persoalan...kenapa jodohku masih belum muncul??
Sering perasaan ingin disayangi...terbit di hati..dan setiap kali itu juga..ade perasaan sayu terbit bersama. Tertanya2...kenapa diri ini tidak diberi peluang menyayangi dan disayangi??
Susahnye nk membina bayt-muslim...

Rezza Khanafiah on 6 April 2010 pada 2:24 PG berkata...

Berkahwin itu ibadah, berusaha untuk berkahwin juga ibadah, yang muktamad di akhir kesimpulan hidup bukanlah kahwin atau membujang, tetapi hidup dalam ibadah. Kerana itu tujuan Dia mencipta kita. Berkahwin adalah satu peringkat hidup untuk menambah fungsi dalam kehidupan. Tanpa berkahwin, kehidupan masih sebuah kehidupan dan tanggungjawab kita adalah untuk berterusan mentaati-Nya sama ada di dalam perkahwinan atau di luar perkahwinan.

Lawan merompak bukanlah menganggur. Lawan pergaulan bebas bukanlah duduk semata menanti jodoh datang menjelma. Jika masyarakat di luar dapat memahaminya alangkah indahnya dan tidaklah kita lihat couple-couple berkepit-kepit di taman,yang menjaga adab dan pergaulan juga tidak pula menjadi andartu atau bujang tua dan dituduh kolot.

Cubalah cari jalan penyelesaian.. ikhtiar sendiri atau melalui teman-teman lain.. Usahlah takut pada Peribahasa; "Perigi mencari timbal" kerana tiada syari-'at mengatakan salah.

Cik Siti berkata...

Good article and i love it. Seperti mana pendapat ramlan ramli tadi, perkahwinan di Malaysia memang pada pendapat saya juga agak leceh dan banyak prosidurnya.

Tapi pada pendapat saya, jika kita benar-benar hendak berkahwin dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam perkahwinan itu, semua itu saya rasa tak menjadi satu masalah. Kerana bila dah berkahwin nanti, macam-macam lagi yang perlu kita buat, seperti daftarkan anak-anak bersekolah, tution, kelas agama dan macam-macam lagilah.

Jadi dengan adanya prosidur yang remeh-temeh itu, dapat membuktikan yang pasangan tu benar-benar komited nak berkahwin dan ada ikatan yang sah disisi agama. Buat apa susah payah nak buat semua itu kalau tak betul-betul mahu.

Ni cuma pendapat dan pandangan saya sebagai seorang pemikir.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal