PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Februari 21

Resepi Pekedel Kentang





DI MESIR sudah masuk musim semi. Panas tidak keterlaluan, dingin pun sama. Bagi pedatang dari belah Asia Tenggara kedatangan musim panas dialu-alukan, kini musim sejuk mula merebahkan tirai, musim panas pula berganti.

Semester baru sudah pun bermula, semester lebih mencabar bagi sesiapa berada di bidang Syari-‘ah Wal-Qanun. Jadual kuliah bagi semua tahun pengajian ditampal, ada yang sibuk membeli kitab, kalau pelajar lebih prihatin, akan diadakan jadual khusus di luar waktu kuliah untuk lebih efisyen proses belajar, mengulang-kaji, dan menghafal.

Saya juga antara insan tidak terlepas daripada situasi ini, jadual dirangka lebih awal agar tiada pertembungan antara hal peribadi dan hal luaran seperti undangan, jaulah, dan usrah. Perlu bijak mengurus masa, kalau tidak pasti kita di’pancung’ oleh masa.

Kesibukan saya nampak dah kembali, jadual pada diari catatan saya bulan ini dah terisi semula selepas sebulan istirehat, sepanjang musim peperiksaan. Rutin harian, kalau tidak ada apa-apa urusan, undangan mahupun usrah, saya akan habiskan masa dengan menulis artikel, memang sudah sebati. Semalam sahaja, saya telah spent lima jam untuk menghasilkan satu artikel yang bakal dimuatkan dalam buku terbaru saya. Alhamdulillah, saya berterima kasih pada Ilahi, waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Pasti kalian juga, sudah pun merancang jadual, gerak kerja, pasang cita-cita sepanjang bulan ini, mungkin juga sepanjang tahun ini. Semua ini tampak mudah dicoret, dilakar di atas kertas, tapi ianya sia-sia andai tiada tindakan susulan selepasnya. Kita bukan sahaja musim jadual, perancangan tapi juga tindakan harus ditampilkan. Berkesan atau tidak pula bergantung pada kesungguhan kita, sudah pasti hasil maksima bila usaha juga di maksimakan.

Baiklah... posting kali ini saya cuba untuk berkongsi resepi baru, memandangkan ‘dapur’ kita jarang berasap. Seperti resepi-resepi kita sebelum ini, saya cuba kongsikan resepi ringkas, simple tapi boleh tahan, kalau tak sedap sekalipun. Kali ini, resepi ingin kita sama-sama ulikan, adunkan ialah Pekedel Kentang, berasal dari Surabaya, sempat saya belajar dari seorang ahli-bait semalam.

Hari ini, giliran saya memasak, baru pagi tadi saya hasilkan Pekedil Kentang. Rasa tidak rugi kalau dikongsi bersama para pembaca laman ini. Jom, kita mulakan...





Bahan-bahan;

½ kilo ubi kentang segar (dikupas kulit, dan dipotong dadu)

1 biji telur (dipisahkan putih telur dan kuning telur)

2 ulas bawang merah (ditumbuk sampai lumat)

2 ulas bawang putih (ditumbuk sampai lumat bersama bawang merah)

1 sudu teh serbuk lada hitam.

½ sudu teh garam (ikut keseimbangan kapasiti bahan utama, kentang,dan ditumbuk bersama bawang merah dan putih di atas)

Daun salad, dan tomato sebagai hiasan.

Cara membuat;

Panaskan minyak terlebih dahulu. Masukkan ½ kilo ubi kentang yang telah dipotong dadu, digoreng hingga matang, jangan sampai hangit, api jangan terlalu besar, sedang-sedang sahaja. Pastikan sekali sekala dikacau agar sebati masak antara dalam dan luar ubi kentang.

Selepas matang, diangkat, disejat. Kemudian ubi kentang matang digoreng tadi ditumbuk (jangan dikisar) halus. Bila sudah dihaluskan, masukkan ubi kentang dihaluskan tadi ke dalam pinggang bersama dengan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk diawal-awal tadi, kemudian digaul (tangan atau sudu) sampai sebati bersama-sama juga kuning telur yang telah dipisahkan dari putih telur. Ingat, diadunkan dalam satu bekas, pinggang.

Kemudian, bentukkan adunan tadi bulat, biar agak pipih, seimbangkan saiz. Pastikan tiada satupun tertinggal bagi mengelak pembaziran. Kemudian gulingkan bentuk adunan tadi ke dalam putih telur yang masih tersisa.

Selepas itu, masukkan bentuk adunan ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan.

Siap untuk dihidangkan di atas daun salad dan tomato.

Selamat mencuba!

Pekedel Kentang sedap di makan bersama sos, untuk hidangan panas dan santai. Sesuai juga dikenakan bersama sambal belacan, dicicah, dimakan bersama nasi putih.

Baiklah sementara kalian mencuba resepi ini, saya kena sambung semula menyiapkan nota pengajian ahwalul sahksiyah sebelum kelas hari esok. Aduh, banyak lagi...


3 komentar:

Tanpa Nama berkata...

pekedel kentang..seolah olah macam bergedil kentang yang kadang kala dimakan dengan soto...cuma ditambah dgn daging cincang goreng

Tanpa Nama berkata...

menarik! izinkan saya menyalin resepi ini ya. syukran =)
*ctLaila

Tanpa Nama berkata...

wau swdapnyanya rasa tak sabar nak buatnya

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal