PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Disember 18

1431H : Hijrah Wawasan Terpimpin



Manusia diciptakan mengikut fitrah insani, cenderung membuat akan sesuatu berdasarkan fitrah ini. Boleh jadi fitrah itu baik baginya kerana asal fitrah itu adalah baik, boleh jadi juga fitrah itu mendatangkan keburukan kerana padah yang dicari, bukannya hikmah digali.

Makan adalah sumber kekuatan, terlebih makan membawa padah.

Tidur itu sumber kekuatan, terlebih tidur membawa bahana.

Cinta itu sumber kekuatan, cinta ‘buta’ menempa kecelakaan.

Tabiat manusia memang tidak suka berada dalam gaya hidup yang sama, sudah tentu dilanda rasa bosan. Oleh kerana itu, Allah Taala menyediakan pelbagai suasana untuk diambil pengajaran, menciptakan pelbagai makhluk, beraneka makanan. Ada malam dan siang, ada langit dan bumi, ada putih dan hitam, ada panas dan dingin.

Hikmahnya ialah agar kita mampu menjadi lebih dari satu, mungkin dua dan lebih lagi. Ingin meningkatkan produktiviti, maka hendaklah mempelbagaikan carakerja, membaca buku pelbagai jenis, dan menjalani kehidupan dalam pelbagai kegiatan.

Dengannya jiwa akan terasa segar, dan tenang.

Ingatlah, rehat bagi orang mukmin suatu musibah, masa terluang adalah pembunuh, dan pengganguran adalah batil. Tiada manfaat dikecapi, kalau adapun hanya sekadar khabar angin, dan banyak angan-angan tiada guna. Antara ruang-ruang tersebut ada kegelisahan, kesedihan, kedukaan yang mudah menyelinap masuk.

Ada beberapa perkara kalian perlu renungkan, jangan habiskan masa kalian tanpa pengisian berguna, jangan lalai dengan ‘pedang’ yang sentiasa menghunus itu. Ia lebih tajam dari pedang memenggal kepala manusia di abad ke-15. Mencapai kesenangan mudah, namun memperolehi ‘kebodohan’ juga lagi senang, maka berawaslah selalu.

Mulia manusia kerana iman.

ARMADA HIJRAH

Hijrah sinonim dengan istilah paradigma di abad ke-20 ini.

Istilah ini cukup popular suatu ketika dahulu, anjakan paradigma. Ungkapan ini, dakwaan ini berasaskan kepada tindakan, stail berfikir dan perancangan kita yang masih dan sentiasa streotype dari dahulu lagi, iaitu tiada anjakan.

Teori paradigma mula dikemukakan oleh Thomas Khun, profesor fizik di Institut Teknologi Massachussuttes, 1962.Perkataan-perkataan yang membawa maksud paradigma ialah teori, model, kaedah, prinsip, standard, protokol, kebiasaan, andaian, lembaga, pola, habit, nilai, adat, kepercayaan, aliran, prejudis, tradisi, budaya, akal biasa, petua dan ideologi.

Paradigma penting, kerana dengannya manusia dapat mengenali dan menghadapi dunia realiti. Kita dapat mengenal kerbau sebagai kerbau bukannya sebagai kambing kerana pola yang telah wujud dalam pemikiran kita yang terhasil melalui pengalaman.

Paradigma ini tidak perlukan anjakan. Namun dalam merancang gerak kerja, melahirkan idea baru paradigma perlu berubah. Paradigma lama perlu diketepikan sama sekali untuk menghasilkan paradigma baru. Keterikatan dengan teori lama akan menyebabkan minda kita tertutup dan daya usaha kita lumpuh.

Paradigma lama dilihat sebagi dogma yang tidak boleh tidak perlu dipatuhi. Ramai akan mempertahankannya kerana berdasarkan hujah pengalaman keberkesanannya satu ketika dahulu. Inilah yang perlu dihadapi dalam penghasilan dan penerokaan paradigma baru.

Kritikan, cemuhan, idea gila, tak praktikal dan realistik merupakan cemuhan biasa yang perlu dipekak-tulikan telinga.Sebarang usaha tidak akan terhasil kecuali dengan idea. Sudah tentunya paradigma baru yang teranjakan akan menghasilkan sesuatu yang baru.

Bagaimana mungkin tentera Islam dapat menawan Konstantinopel sekiranya Sultan Muhammad al-Fatih tidak terfikir paradigma baru, iaitu menggerakkan kapal di atas darat menggunakan kayu dan minyak. Seterusnya ditarik dengan tenaga manusia. Taktik ini belum pernah digunakan dan tidak terlintas pada fikiran musuh bahawa benteng mereka akan bocor dengan cara ini.

Pepatah Jepun ada berkata:

Janganlah kita hanya mengikut denai yang sedia ada,sebaliknya pergilah ke tempat yang belum ada denai dan tinggalkanlah jejak kita

Paradigma baru hanya akan terhasil bila kita mampu membebaskan diri daripada penjara paradigma lama. Berfikiran secara lebih kreatif, kritis dan lateral amat penting untuk mendapatkan sudut pandangan yang berbeza. Mulakan dengan idea yang gila-gila, kerana idea ini akan 'menyergah otak' kita yang selama ini tidur. Minda perlu diaktifkan. Senaman minda akan membangkitkan otak untuk berfikir. Jangan mandulkan otak kalian untuk berfikir.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

Allah Taala berfirman yang bermakusd: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ar Ra'ad (13:11)

BUKU, HIJRAH, DAN AZAM

Buku adalah sebaik-baik teman saya di kala masa terluang. Berkawan dengan buku membuatkan saya sangat rapat dengan menulis.

Buku atau dalam bahasa arab, Kitab, tidak merbahaya kepada anda bila menggelamkan anda dalam kemurungan, sedih, suka, atau berbentuk fantasi ketika menghayati isi kandungan buku kesukaan anda, bahkan jika bertemankan keburukan, meskipun begitu buku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap anda.

Namun dengannya kalian akan terhindar daripada waktu terbuang, perbuatan sia-sia, seperti kalian suka berada di hadapan cermin sambil bergaya memperagakan pelbagai pakaian.

Dia adalah ‘guru’ di kala memerlukan. Dapat menghindari daripada pandangan yang menyesatkan ketika bergaul bersama manuis di luar sana.

Kebaikan daripadanya, pasti mampu menajamkan pandangan intelektual, melancarkan lisan, dan membaguskan pergerakan idea ketika butuhkan akannya. Ketika ini, saya dapat rasakan berkawan dengan buku, adalah lebih akrab berbanding teman-teman yang sudah bertahun-tahun dikenali.

Teringat saya ketika pertama kali bertamu di hadapan para hadirin yang ramai, betapa saya merasakan saat itu memerlukan sokongan idea yang mencurah-curah. Saya tahu saat itu jua, tiada siapa bisa memberi ruang masa untuk saya mencari idea, menyusun baris-baris karangan, tinggal hanya ‘kudrat’ kecil untuk memberi. Kesedaran daripada itu, membuat saya akur pada ketentuan semasa, mula berkawan secara berkala dengan buku di library, setiap masa dan ketika teman rapat saya adalah kitab.

Hasilnya cukup memberangsangkan.

Al-Jahizh menasihati saya dalam bukunya, al-Bayan wa at-Tibyan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengisi antara terlopong masa terluang.

Buku adalah teman sejati yang tidak akan memuji kamu secara berlebihan, kawan yang tidak pernah menipu dirimu, apatah lagi membuat kamu berasa bosan

Inilah hijrah saya, berhasil melahirkan ‘mampu’ dan ‘ilmu’ untuk memberi.

Kalian bagaimana?


2 komentar:

Tanpa Nama berkata...

Salam.. setuju dengan penulis. membaca buku membuatkan hati yg resah dan gelisah menjadi tenang.. membaca mengajak kita berfikir, yg mana hak dan yg mana batil.

Dr. Yani on 19 Disember 2009 pada 1:10 PTG berkata...

nice article. ;D

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal