PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, Disember 8

Doa Kasih Buat Kekasih



Kelazatan bercinta tiada kepalang.

Memang begitulah resmi cinta sebagai fitrah. Dengan cinta manusia lebih kuat, tanpa cinta manusia lemah. Cinta juga meransang pertumbuhan jasmani yang sihat dan melahirkan kematangan yang sempurna.Tidak kurang juga, cinta mengundang malapetaka meresahkan.

Tawaran tersedia di hadapan kalian, tinggal lagi ‘bijak’ untuk memilih.

Meluruskan kemahuan nafsu seraya ingin dicintai dan mencintai seakan-akan menempah diri bergelumang dalam lumpur atau selut kemaksiatan. Awas kawan! Bila kaki kalian sudah berendam di dalam selut hingga ke paras peha, teramat susah untuk diangkat.

Mungkin ada di kalangan kalian berhati-hati, cuma bermain-main di dalam selut di paras kaki sahaja. Mula berjinak-jinak dengan hanya berbalas khidmat pesanan ringkasa (SMS), berbalas kata-kata di facebook, dan menghantar e-mail antara pria dan wanita, namun kelamaan menjadi ketagih dan tiada mustahil bibik-bibik cinta ‘dosa’ mencelah antara keghairahan itu.

Alasannya, mencari kedamaian di alam maya.

Kealpaan kalian hanya mengundang musibah ketika bermain selut di paras kaki, kerana lubang-lubang besar mungkin wujud di ditutupi selut tersebut, tiada mustahil kaki kalian akan termendap hingga paras peha.

Bagaimana pula selut pekat, sudah terbiasa lakukan maksiat?

يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡہَٮٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۚ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka al-‘Araf (7:157)

Usah berselindung lagi, saya tahu, perasaan ingin diberi perhatian di sebalik nama cinta sudah lumrah. Harga diri sekuat mana dijaga, pasti akan dilamun ombak cinta membadai, tempiasnya terkena juga.

Cinta diundang itu tidak pernah mendatangkan dosa, sebab ianya salah satu fitrah ciptaan-Nya, maka kita hendaklah meraikan. Namun, cinta yang dipupuk itu sering-kali dilampirkan bersama syahwat hingga terasa ransangan menggila-gila. Melihat perempuan dari jarak jauh, dengan pandangan nafsu pun boleh berdosa, apatah lagi meraikan cinta sejati kononnya, duduk berdua-duaan di bawah suluhan bulan purnama, apakah kalian memberi satu jaminan selamat dari menempa dosa.

Indah pula cinta di kalangan berkopiah dan bertudung litup. Mereka hanya bermodalkan kebaikan pada perbuatan. Bertukar-tukar nota, menjana minda ketika study group, semua ini dilihat tiket awal untuk cuba mengenali antara satu sama lain.

Resah hati dibuatnya andai sehari tidak berhubung.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilunaskan.

Jujurnya saya tiada jawapan jelas kepada persoalan cinta, ianya episod terlalu panjang bila dibahaskan. Ketetapan para cendikiawan Islam telah menjelaskan hal ehwal perjalanan kehidupan manusia, muamalat sesama insan. Oleh kerana cinta adalah sebahagian daripada mehnah kehidupan, maka cermatilah cinta melalui ‘nota kaki’ kehidupan.

Bercinta dan merasai untuk dicintai tiada salah, bahkan cinta dituntut di dalam Islam sebagai pertalian kuat Ukhwatul Islamiah. Kita sahaja yang salah menafsirkan istilah cinta, kerana nafsu dan kehendak syahwat diletakkan di atas.

Tiada siapa boleh menidakkannya.

Bagi para sahabat yang sudah lama bercinta, atau ingin bercinta, cermati kembali kedambaan kalian itu, menjauhinya adalah antara babak-babak kesempurnaan Iman. Ingatlah Iman akan terus diuji sebagai sunnahtullah untuk menguji kualiti Iman yang dibekalkan kepada setiap manusia.

Ingat lagi kata-kata saya:

Setiap ujian yang datang, disambut dengan positif dan kita menjadi lebih baik, maka itu tandanya ujian itu adalah kasih dan sayang Allah Taala kepada kita. Tetapi jika kita didatangi ‘ujian’ yang sama berulang-ulang kali dan tiada peningkatan diri yang berlaku, itu mungkin bukan kasih dan sayang Allah, tetapi kebodohan kita yang ‘disengat’ di tempat yang sama berkali-kali

Hidangkan ‘jasad’ hati kita dengan pemakanan kerohanian secara berkala, ianya juga penting untuk menumbuhkan ‘bijak’ dalam memilih.



BERCINTA KERNA ILAHI

Musim cinta sudah berlaku. Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa perlahan-lahan bertukar menjadi taufan. Jika tidak bijak dan sabar mengawal kemudi hati, pasti tersungkur peribadi dan runtuhlah pertautan dua hati, tiga hati atau banyak hati. Cinta yang didamba hingga ke penghujung, hanya bertahan di pertengahan, terkulai dimamah usia ‘cinta dosa’ yang dibelai itu.

Matlamat halalkan cara.

Kita sering-kali dihujani slogan seperti di atas, bercinta antara dua insan yang halal dikahwini adalah kerana mencari redha Ilahi. Di mana priority dan sukatan yang dikenakan hingga sampai berapi-api mempertahankannya. Dosa semalam akan menjadi igauan selamanya.

Cinta ‘dosa’ adalah ketagihan. Untuk kembali pulih kepada cinta ‘pahala’ memerlukan jihad yang tinggi, ketagihan cinta ‘dosa’ amat kuat. Penangannya tidak ubah seperti seseorang yang ingin meninggalkan alam merokok, pantang menghidu asap rokok, pasti ada keinginan dangkal untuk kembali merasai nikmat rokok.

Carilah cinta ‘pahala’ yang halal bagi menungani bersama insan dikasihi. Usahlah jadikan alam perkahwinan untuk menunjukkan kalian sukar menikmati cinta lebih sempurna, tiada lagi kata-kata yang menggetis hati ketika mula-mula mengenal cinta sebelum melayari bahtera rumahtangga.

Kata-kata hanya kepuraan untuk menjaga hati, tiada lagi keikhlasan memberi. Ianya telah menjadi sukar, kesukaran kekadang menimbulkan kebisuan menjelekan. Itu petanda ketenangan semakin dihakis. Dihakis oleh cabaran kehidupan.

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Hiasinya juga dengan keimanan dan rasa tanggungjawab. Inilah skop proses ‘memberi’ yang luas, bukan menagih. Hidupkan kembali fasa-fasa kata indah, luahkan selalu rasa cinta, kasih, memberi, perihatin dan belaian.

Bila hancur sebuah tanggungjawab yang ditunjangi Iman, maka hancurlah juga sumur cinta suci yang terbina. Tiada lagi kepercayaan, yang tinggal hanya lihat kesalahan, kelemahan diri pasangan.

Buat kalian masih bersendirian tanpa dinodai cinta ‘dosa’, pupuklah cinta kalian kepada al-Haq. Hargailah pemberian nikmat usia untuk mencari kehidupan yang lebih indah daripada cinta, iaitu memberi.

Bukankah insan bernama Muhammad dahulu mengenali rencah kehidupan berdikari dalam proses member hingga bergelar al-Amin, sebelum bertemu cinta pertama kepada insan bernama, Khadijah binti Khuwailid.

ameen


5 komentar:

SitiLaila on 8 Disember 2009 pada 11:41 PG berkata...

Suatu perkongsian yg sangat baek dan bermanfaat.InsyaALLAH sama2 kita pelihara hati&jiwa.Semoga dikurniakan cinta yg hakiki dan diredhaiNya.Tahniah dan jutaan terima kaseh buat penulis. =)

rezza khanafiah on 8 Disember 2009 pada 1:40 PTG berkata...

sumur hati umapama rumah yang dihias (Iman) cantik, sudah tentu segala kebaikan akan tertumpah padanya. Namun kiranya kejahatan memenuhinya, sudah pasti hati kita penuh bersarang semak yang membulu.

Jazakillah siti laila, sama-sama kita manfaatkan ilmu pemberian-Nya untuk hiasi sumur hati masaing-masing.

Muffakiratul Mukminah on 8 Disember 2009 pada 3:06 PTG berkata...

Seseorang mukmin itu baik lelaki atau perempuan hendaklah tujuannya jelas kerana Allah ta'ala, cara befikirnya jelas mengikut lunas islam dan tingkah lakunya mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Abdul Rahman an-Nahlawi ( Usulut Tarbiah al-Islamiah )

Ros Illiyyuun on 10 Disember 2009 pada 10:29 PTG berkata...

Salam...
Perkongsian ilmu yang menarik. Amat bermanfaat untuk dihayati dalam kehidupan yang amat mencabar hari ini. Semoga terus istiqamah dengan ruang lingkup dakwah. Sesunggunya cinta Ilahi cinta hakiki

Izyani Rosley on 11 Disember 2009 pada 4:09 PG berkata...

"Setiap ujian yang datang, disambut dengan positif dan kita menjadi lebih baik, maka itu tandanya ujian itu adalah kasih dan sayang Allah Taala kepada kita. Tetapi jika kita didatangi ‘ujian’ yang sama berulang-ulang kali dan tiada peningkatan diri yang berlaku, itu mungkin bukan kasih dan sayang Allah, tetapi kebodohan kita yang ‘disengat’ di tempat yang sama berkali-kali"...

sama juga dengan :

Mukmin takkan jatuh pada lubang yang sama utk kali yang kedua.

Samada nak atau tak nak utk majukan diri ikut aturan Islam. Tu je.kalau pilih utk terus hanyut, dapatlah 'ujian' sama banyak kali.

syukran utk perkongsian.

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal