Matlamat salah cuba menghalalkan cara.
Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.
Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?
Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.
Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.
Cinta siswa siswi senonimnya cinta anta anti.
Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.
Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?
MATLAMAT HALALKAN CARA
Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.
Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai
Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.
Muhasabahlah.
HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR
Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.
Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.
Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.
Perintah itu wajib.
Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.
Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”
Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.
ameen
26 komentar:
ada gak kawan- kawan ana yang terlibat dalam masalah ni setelah hidup sebagai siswa siswi sehingga perubahan berlaku pada gaya dan penampilan asalnya..sememangnya ana tak setuju dengan penaklukan gaya cinta kampus ni walau pa sekalipun tujuannya..
sejujurnya penulis menerima lebih 10 e-mail dari golongan 'anti' yang bertanya masalah ini.
paling mengejutkan mereka juga pernah terlanjur melakukan perkara terkutuk.
mudah-mudahan artikel menjawab dan meredakan keadaan teman-teman di luar sana yang sudah, atau mahu berjinak-jinak dengan 'Cinta Kampus'.
Carilah yang halal.
*... artikel ini..
satu artikel yang menarik dan mampu mengetuk pintu hati untuk bermuhasabah diri..moga diri ini terpelihara dari terjerumus ke lembah maksiat..
p/s: mohon untuk di 'copy' artikel ini ustaz..jazakallah..
tolong sebarkan artikel ini, masalah umat yang perlu terus dirawat.
salah satu faktor yg biasa dgr, adalah kejutan budaya.tapi, apapon faktornya, penyelesaiannya tetap sama. ~ sentiasa mengingati mati. =)
keep it istiqamah in ur writing.
salam perjuangan.
Assalamualaikum ...Mohon copy artikal saudara untuk hamba sebarkan..
to bujang susah
silakan tuan hamba, moga ada manfaat bersama.
emm saya setuju sangat dengan artikel ni..kawan saya yang boleh dikatakan seorang yang kuat agama juga terjebak dengan masalah cinta anta anti ni..katanya pandai menjaga batasan..tapi dari apa yang saya tau rupanya mereka berpegangan tangan setiap kali berjumpa..dan apa yang saya sangat tak percaya dan saya lihat depan mata sendiri apabila mereka makan bersuap2..menyirap darah saya..sejak dari tu saya sangat membenci mereka..selalu teringat2 perbuatan mereka tu..dan minggu depan mereka akan berkahwin..selamat satu couple dari terus buat dosa..
Assalamu'alaikum,
Ana mohon kebenaran untuk meletak post ini di web ana http://kautharhilmyz.iluvislam.com/
Jazakallah..
erm.. mcm2 racun yg dh meresap ke dlm jiwa remaja skrg.. walaupn ada yg mendakwa menggunakan bayt muslim dlm sesebuah jemaah.. konon2nya ada org tengah.. tp tnpa org lain tahu.. ada jgk gerak laku yg tersasar.. di luar nmpk thiqah.. astaghfirullah.. lg teruk kalau berlaku kt bumi anbiya' sndr.. mesir. jordan, syria.. siapa tahu
salam 'alaik...
perkongsian yg baik...
matlamat menghalalkan cara...
erm...
suatu tagline yg sgt baik...
namun,
ramai gak yg terjebak...
asbab kejayaan manusia hanyalah terletak pada agama...
sekiranya manusia itu keluar pada agama...
sudah pastilh mereka akn gagal...
sbgai cth...
kejayaan ikan hanyalah terletak pada air...
sekiranya ia keluar pada air...
ia akan gagal...
begitu jualah manusia...
kenapa ramai yang berpaling pada agama?
atau, ada jer yg buat x kisah...?
mereka x kenal al-Khaliq...
kalau manusia kenal penciptanya konfirm diorang akan patuh...
sbgai cth...
kalau korang kenal sultan korang...
konfirm korang nak patuh kan?
even larangan dia pun korang tak buat kan??
mcm tu gak dengan pencipta kita...
kalau kita kenal...
konfirm kita taat sepenuhnya...
mugkin ramai yg ckp...
"Ala, aku kenal tuhan aku. Ko nak sibuk pe??"
tp, sejauh mana korang mengenali-NYA???
aku nie pun sama gak...
iman pun senipis bawang...
ilmu pun x ckup mana pun
x mampu nk ubah semua seseorang...
skadar berkongsi....
moga2 diperkuatkan...
mcm mana baru dianggap bercinta?mksd sy,wujudkah satu kayu pengukur utk kita pastikan adakah kita sdg bercinta atau tidak?jika jth cinta pd seseorg trus dianggap bercinta,amatlah kejam penilaian itu.mohon rakan2 beri pandangan.
Salam..
penulisan yang baik dan sangat bagus kepada ana dan teman2..
terima kasih ^^
ana minta izin copy article ini utk diletakkan di blog ana..
Salam ziarah. artikel yg menarik.. mmg betul apa yg dikatakan penulis.. sudah ramai siswa siswi yg terjebak dlm cinta kampus ini. Mmg tidak dinafikan kwn2 sy juga begitu.. Diharap allah jauh2 kan perkara buruk ini. Mohon copy ya tuan penulis..
salam ziarah...penulisan baru,benar apa yang dikata ustaz,umat sekarang perlu dirawat hatinya,insyaallah,penulisan ustaz ini menjadi tazkirah kita bersama...
salam, penulisan yg baik untk kesedaran para remaja yg ingin sedar dr terus terjebak sbb yg halal itu jelas dan haram itu jelas...segala kretiviti iblis dan syaitan (jin@manusia tidak akn dpt memperdaya remaj yg selalu menjadikan al-quarn sebagi pedoman hidup,mengkaji sirah nabawiyyah dan pemikiran islam...namun penyelasaian yg hakiki ialah apbila pemikiran, perasaan dan hati yang membentuk kefahaman serta sikap untuk mengembalikan balik sistem islam sebagai pengurus dan pengatur urusan masyarakat dan negara dng hukum- hukun syariat terlaksana dlm kehidupan realiti...realiti masyrakat dewasa ini yg terpengaruh dengan pemikiran sekular yg diterapkn disekolah2 dari tadika sampai menegah dan dari segi lain sistem pemerintahan (demokrasi) yg bertentangan 180darjah dengan sistem pemerintahan islam(khilafah)sebagai pengatur hidup masyarakat terlaksana dengan kukuh dan diikat pula dengan sistem ekonomi kapitalis merupakan dasar kpd segala bencana kemanusiaan dewasa ini...kesimpulannya dakwah adalh asas kpd perubahan kpd dunia islam kini untuk kembali kepada kehidupan islam dengan mengembalikan daulah khilafah islamiyah ...kata saidina umar "tiada kemuliaan hidup tampa islam tak sempurna islam tanpa syariah ,takkan tegak syriah tampa daulah, khilafah rasyidah atas method kenabian...
Assalammualaikum..
Maaf mengganggu..
Tapi diharapkan awak dapat memberi pendapat dan pandangan dari kisah yang terdapat dalam laman web ini
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=127&thread_id=18708&pid=299234#post_299234. Nasihat dari mereka yang lebih mahir dan berilmu dari saya amat diperlukan. Harap anda dan para pembaca yang lain dapat membantu. Assalammualaikum
assalamualaikum...mohon copy paste artikel ini,atau artikel lain pada msa depan.saya rsa trpanggil utk mnympaikan yg hak wlupun sdkt.cuma xthu bgaimna ingin mympaiknnya wlupun punya laman blog.mgkin kalam yg sdkt mampu memberi maksud pd diri.yang memberi hidayah itu Allah,kita berjalan mengharapkan dariNya...syukran
cinta di kampus..hum mutazawwijuun..nk jugak..
http://www.mascomm.ning.com
Assalamualaikum, apakah pendapat saudara sekiranya couple itu lebih kepada untuk membantu keluarga contohnya jika seseorg itu (wanita) sentiasa meminta bantuan (lelaki) untuk menguruskan urusan keluarga seperti kerja-kerja berat kerana kasihan melihat bapa yang tua membuat urusan tersebut seorg diri dalam masa yang sama lelaki tersebut selalu datang ke rumah dan selalu belajar bersama dikampus..?apakah boleh?
salam w.r.b
memberi pertolongan itu amat digalakan di dalam islam, mestilah ikhlas dalam memberi. Ianya tetap sama sahaja berdosa, seperti juga seseorang mencuri kerana ingin membantu manusia lain, tetap sama berdosa.
Cinta ditandai oleh rasa rindu kepada yang dicintai, takut berpisah, harapan untuk mendapat balasan cinta. Perasaan itu berbeda-beda kerana hasrat sang pencinta. Oleh kerana itu, couple akan meninggalkan bekas ini buat selamanya, ikhlas atau tidak itu hal lain, tapi apakah ianya halal di sisi Pemilik Sekalian Cinta.
wallahu 'alam.
Sy setuju sgt dgn post ini.Remaja yg kuat dan kental dlm melawan gelora nafsu adalah remaja yg benar2 beriman kpd Allah.Ya, cinta adalah fitrah manusia dan kita memang tidak dpt m'halang diri drpd menyukai seseorang.Tp kita boleh m'halang diri kita drpd mesej2 @ perbuatan yg menambahkan lg keasyikan cinta dan nafsu yg ada dlm diri kita..Kita boleh m'biarkan rasa cinta @ suka itu tgl di dlm hati dan meluahkannya pabila tiba masa yg betul2 utk berkahwin, bukannya waktu utk bercouple.Lgpun, cinta yg berbalas antara lelaki dan perempuan hanya halal slps kahwen.Cinta slps kawen matlamatnya hingga ke hujung nyawa dan seterusnya ke syurga Insha Allah.. Tetapi cinta sblm kawen, matlamatnya hanya utk cpt berkahwen. Slps b'kahwen, masing2 rasa matlamat dah tercapai dan kemudiannya semakin berkuranglah cinta yg dulunya telah tersulam..Sy anak yg ke-sepuluh dan abg kakak di atas sy semuanya telah berkahwen tanpa bercouple sbb jodoh dipilih oleh ibu bapa sy..Alhamdulillah setakat ini sy melihat mereka sungguh bahagia dan masih seperti pasangan bercinta..Kalo diorang bergaduh, ada2 je teknik memujuknya yg sy tgk couple2 skang dah pun praktik sblm kawen..So, manisnya pasti dah berubah pabila slps kawen nanti..
Saya ingin bertanya, jika couple yakni lelaki dan perempuan tak boleh bermesej atau berjumpa walaupun berteman, bagaimana pula dgn situasinya di mana seorg presiden persatuan berjumpa dgn penolongnya dlm sebuah halaqah yg hanya ada dlm 4 5 org ahli? Walaupun matlamatnya bukan cinta, tetapi matlamat x m'halalkan cara bukan?Lgpun, siapa boleh menjamin tiadanya nafsu yg teransang dlm perjumpaan drpd halaqah tersebut?Jika iya perempuannya menutup aurat, tetapi wajah masih boleh dilihat dan sperti yg kita maklum, wajahlah nilai sesuatu kecantikan & tarikan wanita.. Mohon pendapat....
sy tertarik nagn artikel ni..ms blaja dulu sy n seorang kwn pernah buat satu kajian ttg cinta kampus..ramai di klangan kwn2 mengatakan bhw ngn bercnta membuatkan mereka lbh bersemangat n bersungguh dlm study. n ada yg membuktikan mereka mendapat 4.0 di setiap sem.. tp ada jg yg teruk. tp bg saya sy, sy akan rs lebih bersemangat bila saya melibatkan diri n aktif dalam jemaah.. n alhamdullillah sy mendapat keputusan yg baik walaupun sy sibuk bersama kawan2 berjuang untuk islam di kampus..( rasanya semua faham).. untuk adik remaja korang leh baca buku "cinta selepas Allah n Rasul: tulisan Fatimah Sharha..sesuai untuk sesiapa yg berada di awan awangan menanti cinta
salam saudara
mohon copy untuk saya sebarkan.
Catat Ulasan