PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Disember 6

Blog : Proses 'Memberi' Paling Efektif




Rupa-rupanya sudah genap setahun saya merencahkan dakwah melalui ‘mata pedang’ di laman blog ini. Kekuatan demi kekuatan ditagih ketika mula-mula blog ini beroperasi, mungkin kerana sahaja tidak pandai mengubah-suai pemandangan sisi keindahan mata melihat, tiada kepakaran meluruskan kehendak para pembaca.

Menulis sekadar ingin menyampai dan memberi.

Inilah adalah salah satu cara saya menghilangkan kusut di minda.

Berbeza dengan berbicara, maka dalam menulis kita tidak perlu mencari seseorang untuk membaca tulisan kita. Kalau kita sedang merasa gembira atau memiliki sesuatu idea, kita langsung menulis apa yang sedang kita rasakan atau fikirkan itu dalam bentuk tulisan tanpa mempedulikan orang lain.

Cara ini lebih berkesan untuk melontarkan idea dan pandangan.

Sampai pada level yang tertentu juga menulis itu memiliki fungsi yang sama dengan berbicara. Kita menulis untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tapi menulis memiliki keunggulan lain.

Jujur saya katakan, untuk konsisten menulis merupakan cabaran cukup besar, perlu komitmen dari dasar, apatah lagi cabaran permulaan untuk meraih pembaca dalam jumlah agak ramai ke laman.

Memang ramai yang mempunyai blog, tapi sejauh mana blog itu dapat dimanfaat dan member manfaat kepada orang lain. Kualiti bahasa memainkan peranan, dan cara pengolahan, di samping design dan rekabentuk blog tidak terkecuali.

Point utama di sini ialah menarik minat orang membaca.

Kadang-kadang sungguh sakit mata bila melihat ada sesetengah blog yang mempunyai latarbelakang berkelip-kelip (blinking), walaupun ada mesej baik yang ingin disampaikan, selera untuk membaca terus hilang. Mengurangkan maturity blog berkenaan.

Aspek kualiti bahasa pula diabaikan.

Ringkasan atau singkatan bahasa kadangkala merimaskan dan memalaskan pembaca untuk menatapnya. Ini amat merugikan kerana mungkin terdapat manfaat yang boleh diambil daripada penulisan tersebut.

Manakala blog yang berunsurkan dakwah agak kurang mendapat sambutan.

Setelah diamati walaupun dunia blogging sudah meluas di Malaysia, saya boleh kata lebih banyak menjurus kepada aspek pasaran internet semata-mata. Banyak menyentuh tentang hal kedunian seperti gosip panas para artis dan sebagainya.

Tidak hairanlah sesetengah pengunjung atau pelayar lebih gemar bertandang ke blog sedemikian. Menaikkan trafik blog adalah matlamat utama bagi mereka. Namun usaha dakwah sekadar dipinggiran menanti.

MENGAPA BERBLOG?

Ini persoalan penting bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan sesuatu blog dan seterusnya terjun ke dalam dunia blog, bloggers dan blogging.

Menjurus ke arah politik.

Hiburan, gosip dunia artis.

Mengembleng usaha dakwah.

Berkongsi cerita perjalanan hidup dan sebagainya.

Arena blog ini menyeronokkan meskipun rencah karenahnya pelbagai. Pandangan setiap daripada kita tentang mesej ingin disampaikan adalah pelbagai. Terpulang pada kebijaksanaan seseorang untuk mengendalikan, adapun seni atau bakat akan terselah pada gaya dan cara kita menarik minta orang lain membaca.

Sesungguhnya memblog dan menulis juga satu ibadah andai jalannya betul dan manhajnya lurus. Memblog pastinya mencipta keburukan dan akan membawa kepada kebinasaan andai ia menjadi medan menyebar fitnah, menaja maksiat dan menjaja dosa.

Justeru, perlulah sama-sama kita fahami bahawa memblog juga satu perkara yang pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah Taala di Padang Mahsyar dan Hari Perhitungan kelak. Pendek kata, dengan memblog juga, seseorang bloggers secara sedar atau tidak sedar sedang memilih antara jalan ke Syurga atau menempah lorong ke Neraka.

Maka, berbloglah demi mencari redha Allah.

Persamaan bloggers dan komen pengunjung, adalah ia suatu tulisan dari pendapat yang lahir di fikiran kita. Tulisan ini sifatnya kekal dan dapat dihujjahkan, maka jarang sekali kita menganggap ia sebagai suatu amanah.

نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Nuun, demi pena dan apa yang mereka tulis al-Qalam (68:1)

Apakah sudah cukup membuat kita sedar akan amanah ini?

Tulisan ini suatu dakwah, dan dakwah memerlukan ilmu, dan da’ie tidak terlepas jua dari kesilapan. Belajarlah daripada pengalaman, dan bersedia menerima teguran.

Pernah saya melihat seorang teman yang sering pesimis terhadap kualiti dan potensi orang lain. Sekali orang tu menolak, selamanya dia akan menganggap orang tu menolak. Malah lebih teruk, menganggap orang tu sebagai musuh dakwah, padahal orang tu punya potensi untuk kebaikan perkembangan Islam.

Berhati-hati.

Pendakwah yang baik, bukan egois dengan ilmu yang ada. Bukan semata-mata untuk meraih pujian manusia, kelak diri mudah terlupa hakikat kelemahan yang ada. Akhirnya dia kecewa jika ditegur, luntur bila dibelasah, panas bila dinasihati.



TEKNIK BERKESAN

Idea adalah keutamaan.

Teknik bercerita adalah cara berkesan untuk menarik minat orang membaca blog kita, di samping menggunakan gambar kartonis sebagai latarbelakang artikel yang ingin disampaikan. Kurangkan penggunaan ayat berderet-deret hingga jenuh untuk mencari isi utama.

Menggunakan teknik dialog juga boleh menyegarkan cara pembaca berfikir, dan lebih cepat ditangkap isinya berbanding ayat berbentuk karangan yang lebih naratif dan cepat membosankan.

Bagi mereka yang mula bertatih, adalah lebih baik kalian menulis apa sahaja terlintas di minda, agar proses belajar berterusan. Banyakkan penceritaan, dialog segar, dan sesekali serikan juga dengan bahan ilmiah yang tidak berat.

Idea datang melalui proses ilmunisasi kita. Belajar pula mempunyai banyak cabang dan kaedah memperolehi ilmu tersebut.

Idea akan datang bila otak kita sentiasa berjalan. Kadang-kadang sambil badan saya tersadai di tiang-tiang masjid, di atas bas, mahupun di kedai buku idea akan dating dengan sendiri. Penting untuk kita kaitkan dengan persekitaran.

Penulisan santai, bukan sahaja dapat menarik minat orang lain membaca, malah menarik minat kita untuk terus berkarya dan menulis. Moga pilihan terbaik adalah kembali pada niat murni asal kita, iaitu untuk memberi.

ameen


p/s: Ayuh meriahkan laman ini dengan sama-sama meramaikan ahli pembaca setia, sempena ulangtahun kelahiran pertama ini.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal