PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, November 19

Sinergi : Antara Impian Dan Mimpi



Tiap-tiap manusia ada sentuhan masing-masing. Pengusaan bahasa dan ilmu sangat relatif sifatnya. Kita adalah apa yang ada pada kita sekarang. Allah Taala tidak mencipta manusia bodoh, cuma kebijaksanaan sahaja yang berbeza berdasarkan kemampuan kita merebut peluang terhidang di hadapan.

Kemalasan, kejumudan, kedungguan sahaja yang mencampak diri kita ke arah kebodohan, lain pula mereka yang meningkatkan kerajinan, kemajuan, berdaya-saingan yang meletakkan diri kita sebagai kejagoan.

Biarlah kita sentiasa ada impian, jangan pula hanya bermimpi.

Biarlah sentiasa berkorban jiwa dan raga, buah fikiran, harta dan tenaga demi sesuap ilmu yang bermanfaat, jangan pula kita beriya-iya mengorbankan sumur hati dari dikotori.

Dahulu pernah saya bertanya pada diri tentang untungnya mendapat kenikmatan di dunia. Maka kemudiannya saya sendiri berfikir, adakah saya akan bahagia dengan adanya harta yang banyak?

Saya mengatakan sudah tentu, jika hati tetap pada Allah.

Namun realitinya saya belum merasai kekayaan, duit keliling pinggang ataupun merasai financial freedom. Bagaimana mungkin saya expect bahawa saya akan terus melalui jalan yang lurus?

Belum tentu lagi saya akan terus berada dengan kesabaran dan kebaikan. Sebab itulah kita diajar tentang qanaah, berasa cukup dengan apa yang ada.

Mentaliti yang seringkali dibius ke minda anak-anak muda seperti saya ini. Apatah lagi frasa seperti; no money no talk atau the richer the better, seringkali menjadi fahaman pemuda sekarang.

Banyak lagi yang menghantui diri saya, anda sendiri juga pernah alami.

Tadbirlah hidup kita dengan sebaik-baiknya tanpa dibimbangkan oleh apa takdir yang telah ditentukan-Nya untuk kita. Kita hanya buat kerja kita, kemudian berdoa dan bersangka baik kepada Allah Taala.

Kita adalah unik. Tidak ada duanya kita di atas dunia ini. Dunia tidak akan lengkap tanpa kehadiran kita. Carilah mengapa kita dihadirkan? Di sana pasti ada kelebihan kita, yang dengan itu Allah Taala pertanggungjawabkan ke atas kita peranan dan tujuan. Bertandinglah dengan diri sendiri, jangan cepat berputus asa.

Terlalu sedikit kita menghargai diri sendiri dan mensyukuri kurniaan Allah Taala kepada kita. Peliknya, kita sentiasa berusaha dan mencuba untuk menjadi orang lain terlebih dahulu, tidak pernah ambil peduli dan kenal siapa diri kita sebenarnya.

MIMPI DAN IMPIAN

Sukar sekali untuk memperkatakan tentang dosa, kerana ia bukanlah subjek akal yang menuntut kefahaman semata. Ia adalah subjek hati dan jiwa, pada menimbulkan kemahuan dan kemampuan diri untuk menghindarkan diri daripada terjebak dengannya.

Bilamana dosa menjadi subjek hati dan jiwa, maka kekuatannya bukan pada rujukan ilmiah yang dibentangkan, tetapi pada sentuhan emosi yang menggerakkan hati.

Ini berkait rapat dengan perubahan sikap, atau revolusi sikap.

Mungkin juga kita menggantikan istilah revolusi dengan evolusi.

Kesan revolusi sering dilihat adalah segera dan cepat, tapi survivalnya tidak panjang. Berbanding evolusi walaupun mengambil masa yang lama, tapi kesannya boleh dilihat dalam jangka masa yang panjang. Amal sedikit tapi konsisten (istiqamah) lebih baik berbanding amal banyak tapi sekerat-sekerat.

Saya faham perasaan dan hati yang perlu proaktif, walaupun setelah kita melihat dari pelbagai sudut untuk merasionalkan keadaan. Malangnya itulah teka-teki yang susah hendak dijawab;

kenapa aku tidak mereka?

Dugaan akan lagi bertambah, bila hasil sinergi dikreditkan sama-rata di atas modal sinergi yang tidak sama. Kita hanya boleh mengharapkan balasan adil di hari kemudian nanti.

Bersabarlah…

SINERGI DI ATAS KETENTUAN-NYA

Proses sinergi bermaksud meraikan dan memanfaatkan perbezaan. Rasional di sebaliknya adalah kerana di sebalik perbezaan itu.

Pada tahap mahluk tak berakal, sinergi tidak boleh dimanipulasi. Binatang (termasuk manusia) hasilkan karbon dioksida, tumbuhan mengambilnya dan menghasilkan oksigen dan binatang mengambilnya. Tetapi apabila manusia diberikan akal, hasil sinergi yang selalu dimanipulasi oleh mereka yang tidak bermoral, yang tidak percaya kepada pembalasan hari kemudian.

Mereka memaksimakan hasil sinergi makhluk kepada keselesaan hidup mereka di dunia. Mereka kawal segala faktor, yang akan menyebabkan pengaliran hasil kepada mereka, walaupun modal usahanya adalah bukan mereka. Mereka bermodalkan akal semaksimanya, bagi memanipulasi muslim yang bermodalkan percaya semata-mata.

Sinergi bukan keterbukaan yang mutlak tetapi ada prinsip-prinsip dan nilai yang memimpin

Ketentuan Allah Taala itulah yang tersirat di dalam Alam, yang mana kajiannya dilakukan oleh bukan muslim. Ketentuan itu bermakna Allah Taala menjadikan setiap sesuatu dengan Qadar. Kita pilih Qadar tersebut, janji Allah akan menghasilkan yang sama, tidak kira percaya atau tidak akan kewujudan-Nya.

Hanya satu Allah yang layak menjadi Tuhan semua Alam. Tuhan yang telah membentuk segala-galanya, dan memberikan apa yang menjadi Hak milik-Nya, untuk menjadi hak guna kepada mahluk. Dengan hak guna itu mahluk bermodal untuk bersinergi sesama sendiri, tetapi tidak menyama-ratakan pembahagian hasil sinergi tersebut. Inilah yang melahirkan perbezaan antara muslim itu, bukan lagi persamaan.

Kesabaran dapat mendominan diri. Bukan senang nak mengamalkan jika tidak mendarah-daging akan sesuatu kebaikan. Kalau mereka memahami dunia adalah ladang akhirat insh-Allah, mereka akan menghayati hidup ini dengan tenang dan damai.

Indahnya hidup bersama Ilahi.

ameen


2 komentar:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
bagi sesetengah pihak, mereka akan sangat keliru dengan apa yang penulis cuba sampaikan, struktur ayat kadang-kadang mengelirukan lah...manusia memang tak sempurna, sebab tu ada ruangan untuk ulasan , ye tak?? btw, it's fun to read this...but, seriously...some of my friends said that it is difficult to understand the main content...wateva it is, it's interesting....

rezza khanafiah on 25 November 2009 pada 11:40 PG berkata...

alahamdulillah, terima kasih di atas pandangan peribadi saudara/i, saya amat hargai sebagai seorang penulis.

hakikatnya, kadang-kadang jari-jemari saya akan mengungkat bait baris mengikut idea yang bermain di benak fikiran secara kiasan. saya 'senang' keadaan sedemikian bagi memahmudahkan cara saya menulis.

namun untuk artikel ini, jujurnya perlu pada satu kefahaman yang jelas dan tinggi berdasarkan tajuk besar dan unit-unit tajuk kecil, sebab itu ianya diwujudkan kerana saling berhubung-kait antara satu sama lain.

kalau difahami betul-betul, insha-Allah amat bermanfaat di sana.

ameen

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal