PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, November 20

Pencerahan : Ketika Cinta Bertasbih



Khairul Azam seorang mahasiswa Indonesia yang datang jauh dari pelosok desa di Pulau Jawa untuk melanjutkan pengajiannya di Mesir. Tanpa henti berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada keluarganya, menjadi contoh kepada adik-adik perempuannya, dan berusaha menyekolahkan mereka.

Setiap kerja keras akan memberikan hasil dengan keikhlasan hati.

Beliau harus berkorban selepas kematian bapanya, demi menyara kehidupannya dan keluarganya di tanah air. Dengan hanya menjadi penjual bakso dan pembuat tempe, beliau redha dengan ketentuan-Nya. Ternyata bakso pun menjadi sebutan mata-mata hati, bakso yang membekaskan cinta, dibentuk oleh hati suci murni.

Penat melalui mehnah dunia dan fitnah manusia…

Terbukti Khairul Azam, akhirnya berhasil menikahi wanita yang didambakannya selama ini, Anna Athafun-nisa’, selepas diperkenalkan oleh Pak Ali. Wanita yang meniti di fikirannya, butuh hatinya tiada kepalang. Ianya berlaku setelah melalui detik dipinang sahabatnya sendiri, namun pernikahannya terkandas dipertengahan jalan sebelum merasai nikmat ‘malam pertama’, bercantung antara dua insan yang halal, antara pria dan permaisurinya.

Bahkan begitu banyak calon yang hadir di hadapan Kahirul Azam.

Begitulah Allah Taala menetapkan jika sudah menjadi ketetapan dan milik kita, akan tetap menjadi kita. Andai bukan takdirnya, walaupun sekuat mana tenaga sekalipun mempertahankannya, juga tidak akan termiliki.

Indah mawar berduri, suci dari sentuhan tangan-tangan kotor.


… Anna Athafun-nisa’ …

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang menjadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan menjadi nabi, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah bakhil menjadi dermawan, mengubah kandang menjadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah… ITULAH CINTA”

“Meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta”

“Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur, cinta sendirilah yang mengerah CINTA dan TERCIPTA…”






… Khairul Azam …

Kalau kamu berani menentang badai. Badai dunia dan akhirat. Ikuti sahaja ajakan Tiara”

Dengar baik-baik Dil. Jika engkau ikuti ajakan Tiara, bukanlah kau laki-laki sejati, tapi seorang pecundang, pengkhianat yang tegar menikam saudaranya sendiri. Sekarang bayangkan, berapa banyak orang sakit hati jika ini telah engkau lakukan”

Cinta sejati menyembuhkan Dil, bukan menyakitkan. Kamu fikir Tiara bias mengubati sakit hati seseorang?”

Ngap Fadhil”

Kamu jangan mengalah dengan perasaanmu, sebab iblis selalu menunggani manusia menuju dosa. Ingatlah sabda Rasul:

Ikuti ajaran nabi. Haram bagi seorang muslim melamar di atas lamaran saudaranya sendiri”

Apatah lagi sampai menikahinya


Sekilas beberapa sedutan dialog dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Ianya melanda bak thunami membawa arus perubahan dalam masyarakat, supaya kenal erti pengorbanan. Penangannya turut dirasai di bumi anbia’ ini. Tidak cukup sekali tengok, diputarkannya berkali-kali. Ianya berjaya diadaptasi dari sebuah novel yang terlaris di Asia Tenggara.

Di mana kekuatan filem ini?

Bagi saya pujian, harus diberikan kepada penulis asal jalan cerita tersebut, Ustazd Habibur-Rahman El Shirazy. Beliau berhasil menarik minat golongan remaja, dan dewasa dalam mengenali cinta yang ditanam oleh Islam

Cinta itu fitrah. Tempatnya, pada sebuah sumur hati yang suci dan bersih.

INTIPATI SIARAN DAN DAKWAH

Apa yang ada di segenap ruang dan lubang, maka di ruang dan lubang itulah hembusan Islam akan memenuhi. Kita perlu pandang setiap sesuatu dengan pandangan dakwah.

Tidak salah menghukum, namun tindakan tidak cermat ini merugikan Islam untuk jangka masa panjang.

Karya-karya bercorak nilai-nilai murni Islam banyak ditonjolkan dalam drama di tanah air kita, dan mendapat tempat di kalangan penonton yang dahagakan kesedaran melalui touch dan teach. Bagaikan satu nafas baru bagi industri ini mencari potensi baru dari sudut jalan cerita yang agak sama kebanyakan yang dilakonkan di kaca televisyen.

Kita membayar dengan harga yang tinggi untuk menikmati hidangan rohani yang berkualiti. Kegagalan mendapatkan keselasaan dari sudut santapan tadi hanya mengundang kegelisahan pada sekeping hati. Jangankan anak-anak, bahkan ibu dan bapa juga akan terpalit sama.

Tangan manusia sangat berkuasa merubah, tunggu sahaja baik atau buruk.

Cuba berpatah kembali pada era kewujudan penyiaran televisyen yang bermula di Barat, hanya berfungsi sebagai media penerangan, mengalihkan satu berita, satu perkembangan, satu maklumat terus sampai ke pengetahuan umum. Ahli politik giat menguasai bidang penyiaran ini. Tiada unsur-unsur dakwah, kekeluargaan, hiburan dan sebagainya seperti keterlambakan hari ini.

Oleh itu, salah satu teori yang tersedia ada dalam bidang penyiaran ini, bahawa manusia lebih cepat menerima dan tersebar luas daripada jaringan lain ketika itu. Dan mudah meraih tempat di hati masyarakat, kerana mudah, cepat, dan tepat.

Itu soal faedah dan manfaat.

Pengaruhnya cukup kuat dan lebih dominan, tidak salah saya katakan lebih bersepadu, menyeluruh dan sempurna.

Pada pengamatan saya, dalam karya seni mesti ada tiga elemen yang saling berkait rapat iaitu logik atau logos, etika dan estetika. Apabila nilai Islam mahu diserapkan dalam sebuah karya ia akan menjadi empat iaitu ilmu secara tersirat.

Saya lihat banyak filem mahupun drama di kaca televisyen yang dihasilkan sering kali logiknya sangat lemah. Kadang-kadang ada plot cerita yang mempunyai sebab yang kecil boleh menyebabkan akibat yang besar.

Jika ceritanya tidak logik bermakna penguasaan pada jalan ceritanya sangat lemah. Penguasaan ilmu dalam karya oleh penonton juga lemah sebab ia jauh dari situasi kehidupan sebenar yang boleh diambil pengajaran. Tidak masuk akal.

Berkait rapat juga tentang stereotaip karya yang kadang-kadang melemahkan plot cerita. Contohnya; orang kaya mesti jahat, orang kaya berpangkat dato’ mesti ada perempuan simpanan, bila tidak cukup kasih sayang mesti hisap dadah, balik oversea mesti ikut budaya barat, anak orang miskin mesti jadi baik dan banyak lagi. Tapi saya tidak katakan semua karya ada unsur stereotaip yang begitu tetapi kebanyakan begitu.

Unsur streotaip yang melemahkan karya.

ADAPTASI DARI NOVEL

Kebelakangan ini, banyak filem dan drama tanah air yang seakan-akan kering serba-serbi dari sudut idea, moral, dan jalan cerita. Saya amat menunggu produk sebegini. saya amat menggalakkan penerbitan filem berasaskan pada karya-karya penulisan yang mendapat tempat di pasaran. Kalau barat boleh berbangga dapat menghasilkan filem Harry Potter yang diadaptasi daripada novel kegilaan remaja itu. Pulangannya cukup lumayan.

Perlu kita sedari bahawa produk-produk drama yang dihasilkan oleh pembikin drama tempatan sejak akhir-akhir ini menuju ke arah itu walaupun masih belum cukup ‘islami’. Tetapi percayalah, gelombang ini akan berterusan, cuma masa sahaja yang akan menentukan.

Karya penulisan acapkali dikaitkan dengan nilai pemikiran, estetik yang tinggi. Asas kepada karya ilmiah pastinya pada kualiti yang bercarak islamik, iaitu ilmu, ada unsur dakwah, moral, dan nilai-nilai murni.

saya amat menganjurkan agar penggiat filem khususnya di Malaysia mendasarkan industri perfileman kepada penulisan intelektual, supaya penghayatan filem itu dirasai dan mampu diteladani. Gelombang fenomena sebegini menjadi seakan-akan trend baru dalam industri perfileman barat yang berlumba-lumba menerbitkan filem yang didasari karya penulisan bestseller.

Tidak salahnya kita mendasari pekerjaan bersandarkan nilai keilmuan tinggi, yang sering kali boleh didapati dalam penulisan ilmiah.

Dalam dunia hiburan, sama ada nyanyian atau lakonan, tidak akan terlepas daripada dua keadaan membimbangkan; pergaulan bebas dan pendedahan aurat.

Imam Hasan al-Banna berdakwah, beliau menarik para pemuda yang berada di pub-pub dan kelab-kelab malam untuk kembali kepada Islam. Dengan kebijaksanaan dan kesabaran, akhirnya ramai pemuda yang insaf dan berjuang bersama beliau dalam Ikhwanul Muslimin.

Karya seumpama ini adalah salah satu usaha dakwah dalam dunia lakonan. Dekati golongan tersebut umpama usaha dakwah Rasulullah s.a.w terhadap golongan jahiliah dahulu. Demensinya tetap sama, cuma jalurnya berbeda.

Namun, saya harap alternatif ini dapat mengimbangi budaya hedonisme di kalangan muda-mudi di tanah air. Berkarya tanpa batasan dalam industri seni ini, agar setiap inci ruang dimanfaatkan sepenuhnya.

Tonjolkan sikap, bukan hanya pandai cakap.

Pandanglah dari sudut dimensi dakwah, menegakkan amal ma'-ruf dan mencegah perkara mun-kar.

Pandanglah akan setiap sesuatu dengan pandangan dakwah. Moga Islam terus menyinari alam semesta.

ameen


p/s: pandangan anda bagaimana?

4 komentar:

Hacked by w3d0z on 21 November 2009 pada 8:09 PG berkata...

betul memang kadang-kadang apa yang ingin disampaikan oleh penulis buku tidak sama dengan pengarah filem tersebut, tapi niatmurni penulis buku itu patut diketengahkan dek sekarang yang semakin ramai ke arah islam..Alhamdulillah syukur!

Ini ulasan saya mengenai cerita ini..
http://piring85terbang.blogspot.com/2009/11/ketika-cinta-bertasbih.html

Moga mendapat manfaat!

izzati.abdullah on 22 November 2009 pada 1:51 PG berkata...

ulasan yang mantap dan bernas!setuju dengan apa yang disampaikan..kalau barat bole mengeluarkan cerita melalui karya bestseller yang mampu memberi billion pulangan mengapa tidak di sini..

banyak sahaja buku2 yang mempunyai nilai islami yang perlu diketengahkan dalam masyarakat.sekurangnya kalau yang jarang membaca bole mendapat pengajaran dari situ..

wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang menjadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan menjadi nabi, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah bakhil menjadi dermawan, mengubah kandang menjadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah… ITULAH CINTA”

Salaam ustaz..

ini rasanya kata2 husna, adik kang azzam.. yang bawah, barulah kata2 anna..

Sekadar membetulkan..

Cinta yang di landasan yang betul, itulah cinta yang membahagiakan..

Wallahua'lam

Nurilfateh on 10 Disember 2009 pada 12:23 PG berkata...

mohon copy artikel.. =)

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal