PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, November 18

Keliru : Di Persimpangan Cinta

Persimpangan cinta yang mengelirukan



Di saat saya dilahirkan di dunia, saya sudah tercari-cari di mana harus dikotegorikan diri ini. Kadang-kadang di saat saya bertatih untuk menjadi manusia sempurna dari sudut mencerna ‘buah akal’ itu, saya sering tewas pada perasaan merona. Dikuisnya ke tepi, angin ‘membulu’ pula menolak ke tengah.

Payah berjalan tanpa niat yang terang menyuluh di hadapan.

Payah pula berlari tanpa tujuan yang jelas menguak pantas arus membadai.

Dendam kesumat, hasad dengki, mehnah prajudis sudah menjadi habuan tatkala diri menjadi mangsa serangan balas dunia melalaikan. Pelayan yang setia bersedia mengalpakan manusia dari menemui jalan benar. Kadang-kadang jalan itu juga suka dilalui tanpa berselindung lagi rasa malu.

Musibah tidak lagi dipandang asalkan terasa mahabbah di hati.

Ibu banyak membantu memandu arah jalan. Beliau merelakan diri meng-‘hamba’ pada karenah anak-anaknya. Memanja tidak sama sekali, cuma disuap supaya belajar ‘memandu’ arah sendiri melalui saluran yang betul. Berkawan dengannya lebih akrab dari tebing dan aur, lebih dari kuku dan isi. Di sana telah melahirkan kasih dan sayang kepada sebuah pengorbanan. Pengorbanan daripada seorang ibu dan bapa telah membuatkan diri saya melahirkan perasaan suci ini dengan tidak sengaja.

Bisakah kita mengerti ‘pengorbanan’ Allah Taala untuk merasai cinta-Nya?

Saya mengurut dada perlahan-lahan bilamana terasa jauh dari cinta-Nya, dan mencari di mana silapnya. Ingatlah, kita telah menzalimi nikmat pemberian-Nya andai perilaku tidak seiring dengan hati, kerana mulut sering mengakui keesaan dan kebesaran-Nya tapi lain pula pada kelakuan.

Kalah bila diuji cinta manusia, cinta makhluk.

Masa berlalu tanpa pengisian cinta-Nya kekadang akan membesarkan parut di atas bekas luka. Ini juga kerana telah lahir indikator rasa sombong yang masih tersembunyi di dalam hati, tiada didikan dan tarbiah berpanjangan. Berilah rasa mampu pada hati untuk menteladani secebis dari ‘pengorbanan’-Nya untuk meraih cinta-Nya yang tiada tandingan.

Pengorbanan ini juga akan bercambah cinta kepada Rasul s.a.w dan kedua ibu bapa, agama, bangsa dan tanah air. Hebat sungguh penangan cinta-Nya.

Cinta manusia tanpa panduan hanya menempah persimpangan cinta yang keliru. Di mana harus didahulukan cinta. Kesilapan hanya menempa kesulitan menemui cinta-Nya yang Agung. Berawaslah selalu.

CINTA ILAHI DAN RASUL-NYA

Kecintaan kepada Allah Taala antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta Allah, sedangkan nusrah dan cinta Allah Taala pula menjadi saranan terpenting yang digunakan untuk menjamin ketaatan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh-musuh Allah.

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya. Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah Taala tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya.

Manakala kecintaan pada Rasul s.a.w merupakan tiket untuk meraih cinta-Nya yang hakiki. Perutusan duta besar adalah pemegang mohor yang maha Agung untuk menguruskan dan mengendalikan titah perintah sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah Taala dan pembenterasan segala thoghut durjana.

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ۬ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَـٰلَةُ‌ۚ فَسِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan telah Kami utuskan kepada setiap umat seorang rasul, yang menyeru manusia supaya menyembah Allah dan menjauhi thoghut (segala bentuk kejahatan). Maka mereka (para rasul) yang mana Allah telah member hidayah dan mereka (para rasul) yang mana dilindungi dari segala kesesatan. Maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi, maka lihatlah oleh kamu bagaimana balasan (yang telah dikenakan) ke atas orang-orang yang berdusta an-Nahl (16:36)

Justeru itu, menjadi hak mutlak bagi Baginda Rasul s.a.w bahawa ia semestinya dicintai lantaran baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor diri, sekaligus menyungkurkan puak jahiliah. Menyintai baginda Rasul s.a.w bererti memberi syahadah dan ikatan bai-‘ah demi perlaksanaan syari-‘at Allah Taala. Realiti cinta kepada baginda s.a.w mampu menghadirkan cinta Allah sebagai satu gandingan cinta sejagat.

Cinta inilah yang berkuasa tinggi ke lokasi tenang dan bahagia serta penyelamat dari sentuhan azab seksaan.

Maka ingatlah, cinta mukmin Interaksi cinta sesama mukmin antara pembuluh yang menyalurkan kecintaan kepada-Nya. Keprihatinan Islam mengorientasi umatnya berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program dan latihan berterusan di bawah bumbung ukhuwwah fillah yang bercagarkan percintaan sesama insan.

Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin, menyuburkan semangat pembinaan akidah yang mantap, sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh. Akidah yang mantap, sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga mata yang efektif untuk menggempur elemen jahiliah dan menangani manipulasi cinta moden.

Berlangsungnya pembelengguan dan penjajahan ummah kini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang.cDunia kini merintih kehausan angkara retaknya solidariti ummah. Cinta mukmin antara prioriti pelengkap gerakan Islam yang berwibawa.

PERTEMUAN CINTA HAKIKI

Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari noda dan dosa akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasaan yang hakiki. Cinta sebelum perkahwinaan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura-pura dan keterlaluan.

Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan sering dikuasai oleh helah syaitan. Sungguh pun batas syari-‘at cuba dipelihara namun menjadi suatu hal yang dibimbangi apabila berlangsung hubungan antara dua pasangan yang bukan mahram. Sikap merahsiakan perhubungan antara dua pasangan bukan mahram antara api bernafsu yang bakal menghanguskan benteng syari-‘at antara kalian.

Berumahtangga bagi seorang mukmin ialah untuk melaksanakan perhambaan dirinya kepada Allah Taala, bukan untuk menghalanginya dari tugas utama itu. Bagaimanapun terdapat banyak ujian dan fitnah di dalam rumahtangga yang mesti direntasi dan diharunggi.

Di antara ciri wujudnya identiti rumahtangga muslim ialah kewajipan berdakwah dan melaksanakannya di dalam rumahtangga itu. Ini bermaksud anggota rumahtangga (suami, isteri dan anak-anak) menjalankan usaha dakwah antara sesama dan kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran tetangga.

Isteri yang solehah perlu melalui proses pendidikan dan terus menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada anggota keluarganya dan bersedia membantu suaminya secara sukarela walaupun terpaksa berpaut pada dahan yang rapuh demi melihat kebahagian keluarga diutamakan.

Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya. Anak-anak perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah. Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah yang cukup berat ini.

SEBUAH HARAPAN QUDUS

Jujurnya, kadangkala saya sering monolog dalam diri merenung tentang perit jerih mereka yang terdahulu yang terpaksa berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan kebahagian rumahtangga, sekaligus mereka ini telah dianggap berjaya membawa obor-obor dan panji-panji Islam sebagai suri tauladan untuk generasi yang mendatang.

Cinta sejati ini, adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai. Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok ke arah pencapaiannya. Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing-masing (antara kedua-dua pasangan) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab.

Manusia wajib mencintai Allah, Rasul, dan sesama mukmin sebagai teras pembinaan Daulah Islamiah al-Fadhilah. Tanpa cinta berlandaskan Islam, dunia akan binasa dan musnah disebabkan kemarau nusrah dan hidayah Ilahi, serta permusuhan manusia yang berpanjangan.

ameen


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal