Malangnya seorang manusia yang mempunyai ilmu kebal, tetapi sering kalis selepas diasak masalah rumahtangga. Terlebih malang lagi bagi seseorang yang mempunyai ilmu yang menebal di dada, tetapi sukar membuat pertimbangan bilamana berhadapan dengan konflik rumahtangga.
Mana yang lebih anda risaukan?
Antara mempunyai ilmu kebal atau ilmu ‘menebal’, tapi sering tewas, tiada sinergi ketika berhadapan mehnah rumahtangga.
Bila sahaja ada ‘perang dingin’ antara suami isteri, maka stigma minda masyarakat kita terus menuding jari kesalahan ini ke arah pasangan malang ini, suami simpan perempuan, si isteri curang di belakang suami. Kuasa komunikasi mereka terlalu lemah, ini menyebabkan mereka kurang bijak dari sisi mengambil tindakan.
Wujudnya kecelaruan dalam masyarakat kita ini, apabila mereka gagal memainkan ‘watak’ mereka yang sebenarnya, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, namun cuba manfaatkan kelebihan yang ada, dan menutup lubang-lubang kelemahan tadi. Yang ‘kuat’ memimpin, yang ‘lemah’ terpimpin, ada sikap tolenransi. Tiada masalah menjaga ‘tepi’ kain rumahtangga orang, tapi janganlah sampai ke ‘dalam’ kain. Inilah Islam ajar kepada kita.
Kita sering alpa, hikmah Allah jadikan pasangan berlainan jantina supaya mereka saling memahami, melengkapi antara satu sama lain, dan meraikan perbezaan bermula dari asal kejadian, cita rasa, citra rasa, minat, dan sikap itu sendiri.
Apa yang kita mahukan daripada isteri, bagi kamu sebagai seorang suami. Kamu mahukan isteri kamu seperti kamu, atau kamu menghargai dirinya kerana sebab ‘dia’ berbeda daripada diri kamu. Hal yang sama, cuba ajukan soalan simple ini kepada isteri.
Kalau kita sering salahkan antara satu sama lain, sebenarnya kita silap, kita telah menggali kubur sendiri sebelum sempat ‘malaikat’ datang membuang nyawa. Kita telah merutuhkan sebuah institusi terulung bagi melahirkan produk berkualiti dari benih pasaran kita sendiri.
Anda terlupa, bahawa perbezaan antara suami isteri tersebut adalah sebuah rahmat dan nikmat pengkayaan rumahtangga bagi orang yang berakal, ianya bukan satu alamat yang menyematkan tetapi sebuah matlamat yang menyelamatkan. Kerana bahawa suami itu lelaki, dan isteri itu perempuan dan bertemu di dalam satu bekas yang melengkap.
Bukan kerana berbeza jantina, maka kita kalah pada perbezaan sikap.
Inilah sinergi rumahtangga terpimpin.
HARGAI SEBUAH KASIH DAN SAYANG
Buka minda kita, sekufu itu pada status sosial, dan lain-lain perkara yang berfungsi mencegah external interference di dalam rumahtangga. Bergaduh sebab mak mertua dengan mak mertua sakit hati. Bergaduh sebab masyarakat mengata bila guru besar kahwin dengan tukang kebun sekolah dan sebagainya.
Tetapi sejauh mana samanya status sosial, pendidikan dan lain-lain, ia tetap unsur luaran. Manusia tetap manusia.
Keupayaan mengharungi rumahtangga sangat berkait-rapat dengan kualiti suami dan kualiti isteri, bukannya gangguan-gangguan luar yang tidak akan masuk kecuali ada pintu yang membuka jalan. Pintunya ialah lelaki bernama suami, dan perempuan bernama isteri.
Ada pada sebuah ‘bijak’. Pandai dan bijak bermain dengan persekitaran.
Macam mana sekufu sekalipun seorang suami dengan isterinya, mereka tetap lelaki dan perempuan, yang tidak dijadikan oleh Allah Taala sama sifat dan kriterianya. Hargailah dengan kasih sayang, agar dapat menjadi penawar luka, dan peracun pada sifat amarah, dengki, dan cemburu.
Proses sinergi bermaksud meraikan dan memanfaatkan perbezaan. Rasional di sebaliknya adalah kerana di sebalik perbezaan itu, kedua-dua belah pihak sebenarnya mahu mencapai persamaan. Walaupun suami dan isteri berkomunikasi dan berfikir dengan cara yang berlainan, kedua-duanya mahukan apa yang terbaik untuk rumahtangga mereka.
Andai itu yang mereka mahukan, maka perhalusilah perbezaan yang ada , agar dapat diselami dan difahami antara sesama, secara berfikiran positif dan cenderung kepada mencari kebaikan, maka konsep menang dan menang dalam rumahtangga dapat diraih di daerah ‘penghargaan’ tadi.
Perbezaan tidak harus kalah dengan persamaan yang lebih penting, kerana akhirnya, apa yang dimahukan adalah kerukunan rumahtangga dan keredhaan Allah Taala yang utama.
seek first to understand…
begin with the end in mind…
commen sense…
Oleh kerana itu, kedua-dua mereka tidak mampu melakukan hal ini kecuali mereka memulakan perubahan dari diri (be proactive) dan meyakini bahawa perbezaan yang hakikatnya adalah daripada Allah Taala dan pastinya mengandungi hikmah yang perlu digali dan dicari.
Teringat saya pada senikata dan senilagu kumpulan Kopratasa sambil menikmati secawan kopi holib panas di keheningan pagi yang mendinginkan.
Hayatilah…
Permata Buat Isteri: Kopratasa
PERMATA BUAT ISTERI
Telah ku siapkan,
Satu daerah paling sunyi,
Dalam hati ini untuk kau isi,
Sebagai isteri…
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan,
Seorang wanita,
Untuk kau beri erti dengan kelembutan,
Untuk kau hargai dengan kasih sayang…
Ku ingin kau jadi wanita mulia,
Yang tahu harga budi dan hati,
Seorang lelaki bernama suami,
Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti,
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan,
Yang kita janjikan,
Kerana kau isteriku…
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM
Dan dengan harapan itulah kita akan terus berusaha untuk mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain. Kita tidak boleh ‘menjatuhkan hukuman’ selagi hidup ini belum tamat. Yang jahat, diharap menjadi baik. Yang baik, diharap menjadi lebih baik. Berilah harapan kudus, kerana Tuhan pun sentiasa memberi harapan, lalu diancam-Nya siapa yang putus asa pada sebuah sumur yang bernama hati.
Terlalu banyak sebab untuk mengasihi antara pasangan suami isteri, daripada sebab untuk saling membeci. Ianya terletak pada budi yang dihargai.
Carilah Hikmah disebalik Mehnah.
ameen
0 komentar:
Catat Ulasan