PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, November 5

Muhasabah : Sejarah Ini Yang Ditinggalkan



Perkara saya paling suka buat ialah belajar mengenai sejarah, memikirkan peristiwa lampau dalam konteks mengfungsikan minda secerah pawana kehidupan. Hal ini dikesan ketika saya berada di bangku sekolah rendah lagi.

Kelas-kelas sejarah yang diadakan secara formal atau tidak saya cuba menghadirkan diri. Kerana ada pada sebuah minat.

Belajar sejarah tidak memerlukan anda meredah laut yang luas, tidak perlu mendaki lurah bukit yang curam semata-mata ingin mendapatkan kepuasan mengkaji selidik. Anda tidak perlu membuang masa, duit dan tenaga membuat semua ini. Cukuplah pada sebuah pemerhatian khusus pada lakaran hidup sendiri.

Peristiwa telah pun tercatat. Perhatikan.

Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh, anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku, di mana berlaku dan sebagainya bagi melengkapkan rukun sejarah tersebut.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si fulan dan si fulan sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya, perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya, memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimainkan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.

Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah, tetapi ianya hanya sebahagian dari lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.

Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai, sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan Republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus di jajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta juta orang China.

Tetapi harus disedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifesti dari babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas dari peranan sejarah susuk-susuk ini.

Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu dari kebenaran. Tidak ada yang lebih kompak dari yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan, boleh dipesong alih, tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan. Ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial.

Pada pandangan ahli ibadah, sebagai seorang muslim, sejarah itu tiada yang lebih bernilai melainkan untuk mengenang kembali perjuangan pahlawan-pahlawan Islam terdahulu dari sisi ibrah untuk di bawa semula dalam kehidupan kini.

Sejarah para rasul dan anbia’.

Sejarah para sahabat selepas era an-Nubuwwah.

Sejarah para da’ie Islam dan sebagainya.

Inilah panduan kita dalam menongkah arus hidup agar tidak tersesat dan terlebih malang menyesatkan. Tersurat mahupun tersirat telah pun dinukilkan di dalam al-Quran dan Hadith baginda s.a.w melalui sirah-sirah an-Nabawiyyah.

Bayangkan, kalau jalan di dunia boleh tersesat walaupun jalannya masih boleh dilihat dengan mata malah sudah disuratkan dengan peta. Bagaimana pula dengan jalan hidup? Justeru, mencari jalan hidup memerlukan lebih daripada itu. Bukan sekadar peta atau panduan, tetapi juga petunjuk dan suri tauladan.

Setiap orang yang hendak mencapai tujuan hidupnya yang betul, perlu melalui jalan yang betul. Sebaliknya jika jalannya tidak betul maka kita tidak akan sampai kepada tujuan tersebut. Katalah kita hendak ke utara, tetapi jalan yang kita pilih ke selatan, pasti kita tidak akan sampai di utara walau besar mana sekalipun keinginan kita untuk menuju ke situ.

Justeru, dalam Islam tujuan dan jalan hidup yang tepat sama pentingnya untuk membawa kita ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan.

Cubalah bermuhasabah sejujur-jujurnya, berapa banyak kisah para anbia’, para sahabat yang diketahui oleh anak-anak kita berbanding kisah artis? Berapa banyak lembar al-Quran yang mereka baca berbanding majalah-majalah hiburan dalam sehari?

Siapa ikon dalam hidup mereka sekarang?

Ahli sukan.

Ahli pelakon.

Ahli pelawak.

Umat Islam hakikatnya masih belum merdeka sepenuhnya daripada penjajahan pemikiran dan jiwa oleh golongan Yahudi hingga dengan itu cara (jalan) hidup kita masih berada di jalan yang dimurkai. Ironinya, inilah impak cara hidup Yahudi yang telah berakar umbi dalam diri umat yang memohon jalan yang lurus sebanyak tidak kurang 17 kali sehari semalam.

Kita minta yang benar, tetapi kita dengar yang salah. Apakah kita dengar jawapan yang telah diberikan oleh Allah Taala atau sebaliknya kita dengar jawapan yang diberikan oleh musuh-Nya?

Sejarah tidak pernah menipu kita. Hanya sahaja kita mencari murka, melatih diri mencari sesat di kala petunjuk cerah di hadapan tiada sahaja pandangan daripada-Nya.

Ambillah ibrah di sebalik manuskrip di dalam al-Quran.

وَمَن يَعۡتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدۡ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan agama Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus ali-‘Imran (3:101)

Kita mampu mencipta sejarah.


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal