PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, November 4

Asri : Dilema Orang Berjuang



Termenung jauh selepas menatapi beberapa sisipan akhbar tempatan dan tabloid dalam negara. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) ditangkap ketika menyampaikan kuliah bulanan di rumah seorang ahli perniagaan.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira empat puluh orang yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Saya juga tidak terlepas daripada muntahan e-mail dan khidmat pesanan ringkas (sms) daripada teman-teman yang berada di Malaysia, meminta supaya memberi sedikit ulasan mengenainya.

Sejujurnya dalam isu ini, saya tidak suka untuk menilai peribadi yang ada pada beliau, namun lebih bersetuju menpersoalkan sikap yang ada pada manusia dalam mendepani isu ini, dan seumpama dengannya.

Sikap ketika memerhati.

Sikap ketika bertindak.

Sikap professional seorang muslim dalam menilai peribadi dan budi.

Ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ (malah Tuhan) dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Kita mesti melihat sisi positif pada setiap individu, situasi dan kondisi yang kita hadapi, barulah kita akan mendapat sesuatu yang positif juga. Bagaimana kita hendak mendapat yang positif, kalau yang kita lihat negatif? Kalau begitu yang kita praktikan, insha-Allah kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja dan apa sahaja.

Kita boleh melihatnya dengan tiga pandangan. Analogi mudah pada sebentuk roti atau kuih.

Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita akan tahu apa nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa.

Bagaimana pula jika kuih dipandang dengan pandangan akal? Ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih (chef atau pakar masakan). Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian. Dengan itu mereka mampu menganalisis. Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya, ketepatan mengadunnya, kemahiran menguli dan membakarnya?

Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan ketepatan pembuatan kuih tersebut. Inilah kelebihan pandangan akal berbanding pandangan mata biasa.

Berbeda pula keadaannya dengan orang yang memandang kuih dengan pandangan nafsu. Mereka ini tidak ambil pusing langsung apakah bentuk, nama atau cara pembuatan kuih itu, asalkan dapat masuk mulut, selesai…

Membuatkan saya terfikir sejenak, bahawa apakah benar tindakan yang kita buat selama ini dipandang oleh Allah Taala. Apa kita guna ilmu atau nafsu sebagai tunjang tindakan kita?

Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah Taala dengan relanya manusia, nescaya dia diserahkan oleh Allah Taala kepada manusia.

Apa yang saya nampak di sini, sesetengah mereka yang memberi komen tanpa alasan yang kukuh bukanlah sesuatu yang bijaksana. Kunci kata bijaksana adalah keikhlasan.

Biasanya orang yang banyak membaca dan berilmu akan kurang untuk membantah.
Sebaliknya cuba memikirkannya dan mencari jalan penyelesaian pada apa, siapa benar dan di mana salah dengan menghidupkan ketiga-tiga elemen, iaitu pendengaran, pemerhatian, dan penyelidikan (mata hati).

Andai gagal menggunakan ketiga-tiga fungsi elemen di atas, mungkin kita tidak mampu untuk membuat satu keputusan yang tepat tanpa ada ketelitian.

Dahlah jahil, malah gagal pula untuk mencerah dan memikirkan jalan penyudah.

صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡىٌ۬ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)al-Baqarah (2:18)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannyaal-Israa’ (17:36)

Luahkan apa yang kita dapat, baca dan lihat kepada anak-anak, isteri dan sahabat. Belajar setiap masa. Atau jadilah ‘telinga’ (pendengar) yang baik dalam setiap komunikasi dan interaksi. Jangan cepat menyampuk dan bercakap. Diam, adalah satu kaedah belajar yang berkesan juga.

Saya terkejut bila pernah mendengar seorang ulama berkata, belajarlah daripada syaitan! Terkejut. Rupanya belajar daripada syaitan tentang kegigihan, kreatif, inovatif dan ketidak putus asanya untuk menyesatkan manusia. Syaitan musuh yang tidak pernah tidur. Malangnya, musuh syaitan (bani Adam) selalu tidur.

Tindakan untuk jangka masa panjang adalah lebih penting untuk kita membuat pembersihan terhadap Islamphobia di kalangan non-muslim andai percanggahan ini tidak di‘cerdik’ cara meraikan pelbagai aliran.

Raikan yang hak, tolaklah yang batil selagi hujah dibalas dengan hujah.

Banyak lagi maslahat umat yang lebih besar perlu dijernihkan buah fikiran bersama. Bagaimana pula mereka yang tinggal solat, tidak berpuasa? Kalau kita betul-betul perihatin terhadap Islam, maka masalah ini sepatutnya menjadi publisiti, bukannya masalah-masalah cabang (furu’) dalam Islam.

Semut di seberang sungai nampak, tapi gajah di sebelah pula buta.

Bermula dari diri sendiri, renungi dan muhasabah kembali, adakah kita layak digelar duta Islam sedangkan apabila mereka yang tidak faham Islam melihat kita, mereka tidak terasa keindahan Islam.

Kita perlu hentikan Islam yang retorik dan tanggalkan sikap suka berfantasi lagi. Bersama realitikan keindahan Islam melalui diri sebagai seorang muslim.

Jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar.

Moga Dr. Mohd Asri dan mereka yang masih berada di jalan benar, agar Allah Taala mempermudahkan kalian dalam menyampaikan seruan Islam, walaupun jalan tidak akan selamanya lurus dan rata.

Inilah sunnah orang berjuang.

ameen

7 komentar:

skyjamil on 4 November 2009 pada 1:12 PTG berkata...

ana tak paham apa ustaz nak sampaikan..komen pada kes dr.asri kena tangkap atau kritikan masyarakat dalam skop yg luas...
lagi satu..ISLAM RETORIK?
mohon penjelasan..

Tanpa Nama berkata...

Islam RETORIK..
Cakap lebih, laksananya tak..
ala2 mengajak org qiam, tp diri sndiri lena diulit mimpi..

Penangkapan ulama', tapi org berasuah masih merata2? Apakah?

Hm..bagaimana menilai yg sebenar mei?

rezza khanafiah on 4 November 2009 pada 1:53 PTG berkata...

bacalah berhati-hati dengan pandangan mata hati, seperti mana hati-hati saya menulis isu ini.isu ini teramat berat, maka teramat berat untuk saya nukilkan dalam blog ni, namun atas dasar kesedaran, saya terpanggil membuat ulasan secara umum, dan ini melibatkan 'sikap'.carilah persamaan dalam ibadat, berdakwah walaupun terdapat perbezaan pendekatan, namun selagi hujah dibalas hujah, maka kita kena raikan.namun persoalan utama di sana, saya ingin sentuh bab sikap.sikap ketika kejadian yang berlaku ketika itu, dan ianya menjadi keruh apabila dibesarkan.sepatutnya masalah ini, perlu dibincangkan secara face to face, bukan melibatkan media dan mengheret orang ramai, bimbang persepsi manusia lain tentang islam.paling penting 'sikap' ketika mendepani masalah kecil seumpama ini.biiznillah, moga kemenangan islam bersama kita.ameen

iman on 4 November 2009 pada 3:47 PTG berkata...

Assalamualaikum,
pada pndapat sy apa yang lebih baik tidak payahlah kita menilai sesiapa pun kerana diri kita sendiri masih belum kita nilai sepenuhnya dihadapan Allah Taala.
Allah mnjadikan hati yang hny dinilai olehNy tidak ada manusia yang tahu rahsia hati manusia, Allah menjadikan lidah yang setiap patah perkataan diamanahkan oleh malaikat raqib dan atib untk mencatatnya, dan Allah menjadikan anggota tubuh untuk manusia melakukan pergerakkan beribadat kepadaNya.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa ghibah(mengumpat/berckp hal org) itu busuk bauny akan tetapi manusia akhir zaman tidak dapat merasakan betapa busuknya ghibah itu kerana hidung manusia telah lali dengannya..

littleantzz on 4 November 2009 pada 6:11 PTG berkata...

salam...ye,, x dinafikan...zaman sekarang ni Islam Retorik memang berleluasa....lagi teruk yang liberal..

cakap x serupa bikin...berlagak Islam. tapi hakikatnya dialah perosak ummah...

orang buat baik ditangkap, ditahan...yang paling pelik dan jelik,,orang yang terang-terangan melakukan maksiat tidak pula ditahan,,malah disanjung dan dibangga...

sayang sekali kuasa disalah guna...

semakin tinggi kedudukan, semakin jauh pula diri drpd Allah...

na'uzubillah...

Tanpa Nama berkata...

salam, sy melihat(melalui blog pejuang islam) suara2 masyarakat umum y memberi komen y menyokong ust asri ini di tahan..pelik2.

Tanpa Nama berkata...

suatu pandangan yang baik tentang hal ini boleh dibaca disini buat fikiran kita :
http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal