PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, November 7

Nurani : Wahai Teman...



Wahai Teman…

Aku tidak pernah meninggalkan dirimu di saat teman-temanmu jauh bermalakut senda. Aku sering mendengar rintihan keluhanmu mengenai tanggungjawab yang dipikul amat membosankan. Mengenai majikanmu yang tiada hati perut. Mengenai pasanganmu yang curang. Mengenai anakmu yang degil. Mengenai ibu bapamu yang butuhkan wang. Mengenai politik yang dahagakan kuasa. Mengenai itu dan ini yang menekan pundak kesetianmu kepada setiap janji-Nya.

Wahai Teman…

Aku teramat mengerti keadaan yang mencengkam hatimu itu. Perasaanmu itu teruk sekali. Seolah-olah masalahmu itu paling sial di dunia. Kata-katamu berbaur penuh emosi. Tindak tanduk pula sentiasa meleset. Tetapi teman, kenapa? Kenapa kau harus mengadaikan Iman dan maruahmu dimamah rakus oleh perasaan cerca sendu itu. Engkau harus tabah, harus bangkit, harus melangkah kehadapan semula.

Wahai Teman…

Aku ada sedikit bingkisan buatmu. Moga menjadi madu dalam racun hatimu. Moga membantu kamu menyuluh jalan mencari denai yang diimpikan. Minggu lepas aku ke Al Azhar atas urusan pengajian, aku bertemu seorang teman (arab) baru. Beliau baru sahaja kehilangan seorang anak sulung lelaki kesayangannya yang berusia 8 tahun kerana komplikasi penyakit rapuh tulang.

Beliau tidak pernah merungut, dan jauh sekali menyalahkan takdir. Beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagaimana harus aku katakan Ya. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang tenang tanpa perlu beliau mengukap kata-kata.

Wahai Teman…

Aku merasai kesedihan mendalam yang harus ditelan. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Keredhaan di atas apa yang ditakdirkan. Apa yang dialami oleh teman baruku itu jauh berbeza dengan apa yang dialami olehmu wahai teman. Kau merungut dan mendengus tetapi kau masih mempunyai hari esok bersama isterimu, anak-anakmu, dan ibu bapamu. Masih ada peluang untuk meluruskan yang tersasar. Masih ada peluang untuk mengambil keputusan dan bertindak wajar.

Wahai Teman…

Namun beliau sudah tidak mempunyai itu lagi. Mengecapi nikmat kasih sayang bersama anaknya itu. Seharusnya dia begitu marah di atas apa yang terjadi, namun tidak sekali-kali. Kerana beliau sedar, masih waras kerana Tuhan sudah mentakdirkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Wahai Teman…

Kehilangan seseorang yang dikasihi teramat sukar untuk dibayangkan walaupun mulut betah bisa menyatakan:

Sudah takdir Ilahi

Namun hakikatnya tidak mungkin kau fahami dan mengerti sebenar-benarnya. Manusia itu tiada yang sama.

Wahai Teman…

Arwah Mustafa bertuah mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi dan memberi sepenuh sokongan untuk apa sahaja yang terbaik baginya. Walaupun sudah tersurat dari sudut fizikal tumbesarannya terhalang, namun tiada siapa dapat menghalang jiwanya dari terus membesar dan menyinar dengan penuh harapan kudus.

Wahai Teman…

Aku sedar, aku tidak berkesempatan bertemu dan berbicara dengan anak pintar dan ceria ini. Cahaya dari semangatnya tentu sekali dapat menyuluh kegelapan hidupmu wahai teman. Aku mengenali arwah Mustafa selepas dia meninggalkan kami. Tetapi auranya kuat, seolah-olah anak pintar ini berada di sisi bersama semangat kental.

Wahai Teman…

Aku mempunyai jalan ceritaku sendiri. Luahan aku telah ditolak untuk mengecapi nikmat kasih dan sayang seperti pasangan suami isteri. Aku tidak pernah menyisihkan takdir, kerana si dia sudah ditakdirkan. Aku telah menghabiskan masa hampir setengah tahun untuk menilai, dan mengadu di perdu hamparan sejadah memohon petunjuk-Nya. Di saat aku merasakan si dia adalah takdirku, cepat-cepat Tuhan menarik bala itu di sisiku. Aku bersyukur kepada-Nya...

Mampukah kita wahai teman, apabila sudah kembali kepada Dzat Maha Esa pada suratan Ilahi, diingati mereka yang hidupnya telah kita tersentuh dengan perasaan seperti ini?

Katakanlah kepada hati nurani murnimu:

Masih ada takdir itu…


2 komentar:

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH on 7 November 2009 pada 9:21 PG berkata...

assalamualaikum...
laluan dari tetamu baru yang bertandang.. tika diri sibuk dengan lambakan assignment... seorang ukhti yang sangat sayangkan temannya dalam erti persahabatan sengaja memaparkan url blog ini pada status ym nya..

mohon ana kongsikan coretan ini untuk teman-teman lain...

jazakalllah

NuRmyLiFe on 7 November 2009 pada 2:00 PTG berkata...

Subhanallah, tulisan yang memberi bekas pada hati ana. Cabaran, masalah dan musibah yang silih berganti dalam hidup ini perlu juga hadapi dan bukannya lari daripada semuanya. Ramai yang berkata sesungguhnya ketenangan adalah kejayaan yang pertama.Namun, bagaimana iman, hati dan akal kita mengawal diri untuk meletakkan redha Allah itu yang utama dan akhirnya mewajahkan butir ketenangan dalam hati dan tindakan kita, agar kelak tindakan kita itu adalah berdasarkan kewarasan akal, yang dipandu iman tanpa tekanan emosi.

~Keyakinan pada Allah ialah yakin bahawa Allah akan memberikan kepada kita apa yang terbaik dan perlu untuk kita, bukan yakin Allah akan mengabulkan permintaan kita. Kerana Dia Maha mengetahui segenap sesuatu mengenai kehidupan kita. Allahu rabbi...~

barakallahu fik, wassalam

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal