PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Oktober 17

Terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet


Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu? Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.

Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.

Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?

Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?

Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.

Allahu Rabbi…!

Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.

Inilah yang penulis persoalkan.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya al-Israa’ (17:72)

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.

Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.

Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.

Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.

Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.

TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.

Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat

Biasa dengarkan ayat di atas?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.

Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali:

Ala itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu” Penulis terkedu mendengar ayat berapi ini.

SAY : “NO COUPLE”

Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa al-Furqan (25:74)

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.

Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.

Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu. Duhai Allah”

ameen


21 komentar:

rezza khanafiah on 17 Oktober 2009 pada 12:03 PTG berkata...

kredit semestinya perlu diberikan kepada dr muhaimin di atas idea asal artikel di atas.

inilah kebimbangan penulis maksudkan, agar ianya dapat menjawab beberapa persoalan para sahabat yang bertanya semalam.

ameen.

Muffakiratul Mukminah on 17 Oktober 2009 pada 12:13 PTG berkata...

salam alaik...
sangat bermanfaat...
InshaAllah, moga Allah SWT menunjukkan kami jalan yang diredhaiNya. Ameen....

Sedikit perkongsian dan renungan...

' Ramai orang yang beranggapan, kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang, tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan, mereka sebenarnya terlepas pandang, dalam islam ta'aruf dalam tempoh merisik dan bertunang, yang melibatkan mahram dan bukan berdua-duaan, ta'aruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif ta'aruf dan serasi dalam fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia yang ta'aruf yang adaa sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan ta'aruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan, cinta Ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.'
- Monolog Asiah Yusra -
(Tautan Hati )

rezza khanafiah on 17 Oktober 2009 pada 12:44 PTG berkata...

http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/terlanjur-padah-melayan-cinta-monyet.html -latest posting- (Terlanjur : Padah Melayan Cinta Monyet)

maaf para teman sekalian, minta disebarkan url artikel terbaru saya ini dalam list ym kalian bagi menjawab beberapa pertanyaan para sahabat berkenaan perkataan 'terlanjur semalam, inilah persoalan yang bermain di benak fikiran saya, kalau diboleh diletakkan di dalam blog kalian silakan, mudah-mudahan dapat menyelamatkan akidah umat islam khususnya muda-mudi di tanah air kita cintai.

just copy paste, thanks

husna berkata...

apabila pasangan anta anti ini tidak dapat mengawal nafsu masing2 itulah yang menyebabkan mereka terlanjur..sudah 2 sahabat saya yang terjebak dengan masalah ini dan seorang daripadanya sudah melahirkan anak dan sudah pun bercerai dengan suaminya itu kerana emak mertuanya tidak dapat menerima apa yang telah berlaku antara kedua mereka..sangat menyedihkan kerana di kolej mereka memang terkenal kononnya pandai menjaga batas hubungan tetapi sungguh syaitan itu berjaya menggoda anak adam hingga mereka tidak nampak lagi mana halal mana haram..apabila agama disalahgunakan maka itulah hasilnya..

mujahidah mardhatillah berkata...

alhamdulillah Ya Rabbul Izzati,hanya padaMu kami ingin dambakan cinta yang hakiki,moga kau anugerahkan kami hambamu yang juga mendambakan cinta hakiki dariMu dan dapat sama2 meningkatkan kecintaan kami padaMu Ya Allah...jatuh bangunnya kami moga kau istiqomahkan di jalanMu yang lurus amen Ya Rabbal alamin

drfaqih on 17 Oktober 2009 pada 1:58 PTG berkata...

Subhanallah, itu lah hakikat akhir zaman... yg baik nampak pelik..yg maksiat nk ok!!! Moga Allah tabahkan hati anta dlm meneruskan misi2 dakwah Rasulullah..Moga roh Ashabul Khahfi tersemat dalam stp hati para daei Allah..Amin

f_24434 on 17 Oktober 2009 pada 3:48 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
f_24434 on 17 Oktober 2009 pada 3:51 PTG berkata...

Terlanjur, sprti ayat yg sudah tiada mkna bg remaja zaman skrg.. banyak majalah yg sy ikuti di bhgian ruang bual bicara hal peribadi.. ada yg mncerita sudah bnyak kali trlanjur.. penulis di dlm majalah pula bkn mghalang malah ada yg mengatakan itu hanya :hampir dgn zina: sedangkan mereka itu sedang berzina. Astaghfirullah.. remaja sudah banyak terpengaruh dgn negara barat.. bg mereka semua itu perkara biasa.. penah mereka bilang " ibu bapa dia pun x penah tegur,, tp kte pulak sibuk2 hal die knape?" smpi tahap tu sekali.. wallahu'alam.

smoga dgn post kali ini.. dpt menyedarkan mereka2 diluar sana.. insyaALLAH... mohon copy..

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah..

menangis baca entry ini..

Tanpa Nama berkata...

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku!(Rasulullah s.a.w), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu,dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!.
(SURAH ALI'IMRAAN:31)

'UBAIDUN FAQEER ILALLAH....

Amoi Ida on 17 Oktober 2009 pada 10:31 PTG berkata...

salam..

antara entri yg sangat bermanfaat buat semua especially mereka yang bergelar remaja..

zaman remaja sinonim dgn zaman ingin mencuba..semua hendak dicubanya..ada yang menyahut cabaran dari teman2..kononnya ketinggalan zaman kalau takde couple..malah pelik kalau seseorang siswa itu tidak ada couple..

begitulah dunia akhir zaman..

ana juga tertarik dengan kisah cinta anta anti ini...mereka seolah2 jahil tentang ikhtilat, sedangkan ia adalah sebahagian dari menghampiri kpd zina juga..

sebenarnya penyakit hati ini boleh dibendung jika remaja memahami erti sebenar cinta..bukan kita mahu mencintai manusia itu semata2 tetapi fitrah bercinta adalah atas sandaran cintakan Allah..pasangan adalah asbab saja untuk kita menyempurnakan naluri manusiawi...

sama2lah gencarkan slogan "Inni akhafullah" (Sesungguhnya aku takutkan Allah)...

teringat cerita seorang lelaki yg takut berzina sehingga dibakar tangannya sendiri disaat godaan datang ...masih adakah tahap iman sepertinya dizaman ini? tepuk dada tanya iman kita masing-masing..


wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Salam..(",)

melihat cetusan-cetusan rasa di sini, ingin ana katakan, jgn hanya mulakan dengan kata-kata cemuhan tetapi berusahalah utk memperbaiki. Sebenarnye di Malaysia sudah banyak diusahakan. Ana nak ucapkan mabruk kepada satu badan NGO yg ingin menyelamatkan anak2 muda mudi di utara yang melihat ketidak berjayaan PLKN. Usaha ini utk menambah apa yg kurang di dalam PLKN iaitu dengan menerap fahaman mengenai agama pula..Nah, ayuhlah sahabat2..peranan kita di mana?

Perkara ini sudah lama menjadi masalah, tetapi hanya segelintir sahaja yg memnadang berat..Suka utk ana kongsikan pengalaman adek2 yg pernah menjemput ana sebagai penceramah, menjadi fasi dan juga AJK di dalam sebuah sekolah.Ana ucapkan Mabruk kerana usaha bersama kami nak mengajak adek-adek di situ agar menyusun awliyat mereka supaya mereka tidak terkapai2, dan alhamdulillah, ada juga beberapa adek2 yg ana pegang supaya mereka tidak jauh tersimpang...mendengar kisah mereka menjadikan ana akan mula memperbaiki setiap langkah pembaikan..

Kalau yg di sini tidak mampu untuk melakukan di atas, nah, ikut pesan Rasulullah, jaga tepi kain jiran..Nah, jgn tersilap sangka, tapi...Jagalah sama-sama akhlak anak-anak jiran, kalau ada yang tak sesuai, tegur2kan..dan kalau jiran2 di sebelah sibuk dengan kerja, kita tolong sekali jaga anak2 mereka, atau, jadilah guru mengaji ke sebab islam ni bukan terletak pada satu2 keluarga...igt sahabat2..kalau Allah nak turunkan bala, bukan Allah turunkan bala hanya pada org jahat sahaja tetapi sekitarnya kerana peranan kita tak nak tegur2kan..

sedikit perkongsian pengalaman dan agar menjadi perkongsian yg penuh bermakna...

wassalam..

ummiziy on 19 Oktober 2009 pada 8:53 PG berkata...

salam ziarah.
Saya ada seorg kwn yg anaknya terlanjur dgn seorg pemuda.Dan anaknya itu telah hamil dan disahkan HIV+.Berpunca dr pemuda tersebut.Sekrg anaknya itu telah dibuang kolej.Tapi yg menyedihkan bukan siibu nak mengambil iktibar dr apa yang terjadi.Siibu pula yg membawa suami org blik ke rumah.Puas saya dan kwan2 lain menasihatinya.Namun dihadapan kami dia berpura2 berubah.dibelakang masih lagi melakukan kerja terkutuk itu.Ustaz,tolong bagaimana nak menasihati kwn saya itu.

'ain on 20 Oktober 2009 pada 3:55 PTG berkata...

sukar untuk membendung gejala sebegini....ia bagaikan budaya sebelum berkahwin. Semoga na x tergolong dalam golongan tersebut..amenn

Tanpa Nama berkata...

jgn jadi macam saiful islam.....

Aphique Lacrymosa on 30 Oktober 2009 pada 6:14 PTG berkata...

ustaz,salah ke miscall qiamullail, sms tazkirah?hanya bertanya.ingin tahu.

Tanpa Nama berkata...

"ustaz,salah ke miscall qiamullail, sms tazkirah?hanya bertanya.ingin tahu."

tak salah.. tp tak molek pada keikhlasan kita yakni hubungan kita dengan Allah lebih2 lagi apabila tercemar dek budaya couple ni.. nak miscall kekasih pun check dulu kita pernah ke 'miscall' adik2 kat rumah? nak bg tazkirah pun check dulu ilmu di dada.. bergelar suami pun belum ada hati nak membimbing. hatta yang bergelar ustaz sekalipun. bimbinglah diri sendiri dahulu.. cukuplah sekadar nasihat dan teguran kasih sbg saudara seagama.. rujukkan kepada artikel sebegini seumpamanya..

banyak perkara2 yang walaupun baik dan indah pada kita, tapi tak semestinya baik kpd ummah. lebih molek jika kita dpt hindari perkara2 yg tidak menjadi kewajiban sbl diijabkabulkan bersesuaian dengan adab dan akhlak kita sesama manusia dan bukan mahram, demi menjaga maruah diri, keluarga dan agama kita secara keseluruhannya.. kita sendiri menyumbang dalam tak kita sedari. bertudung shj sudah kira berdakwah umpamanya.. nak menegur pun perlu berhikmah, walaupun menegur dan berpesan2 itu baik..

jgn khuatir, jgn lemas, Islam itu bersesuaian dengan fitrah kejadian kita.. yg dipinta hanyalah keyakinan dan keimanan yg teguh terhadap ketetapan dan peraturanNya, cara hidup yg disisiNya.. di situlah kita beroleh keredhaanNya insyaAllah..

jgn kerana cinta dunia kita cemari amal ibadah kita pula dengan mengingati manusia, amal ibadah sepatutnya mengingatkan diri kita sendiri kpdNya.

Tanpa Nama berkata...

mm.. aku nak tambah skit, slain ustaz - ustazah, doktor n doktorah ni, para2 exco tak kira PMRAM, atau BAKAN tak lupa juga DPM kena jaga skit. sebab dah banyak maklumat yang ana dapati ada dikalangan exco2 ni yang duk bersms dan chatting konon nak mudahkan urusan persatuan, sampai ada yang online 24jam semata2 kerana si exco ni chatting ngan exci kat syaah atas..
so, kepada unit hisbah, selain korang duk cari mereka2 yg goilongan awam buat maksiat, korang pon kenalah amanah jenguk2 jugak kat org atasan ni.. sampai ada dikalangan exco dan exci buat phone sex!
perkara ini aku hebahkan sebab nampak geng2 AJKT ni cam maksum dari dosa, manakala ahli pula ada saja salahnya... agar kita tidak bnerat sebelah.

Penang berkata...

Syukran jazakillah khairan kathira...
amat bermanfaat.. Syukur hanya padaMu Allah..

Mengharap RedhaMu on 20 April 2010 pada 4:36 PTG berkata...

mata melihat....turun ke hati.....hati memilih.....yang kanan atau kiri....akal berfungsi untuk bertindak.....maka kemanakah pergi??

Iman diletak tidak bersama jalan yang lurus.....nafsu bergelojak dek kerna hasutan syaitan....maka terjadi segala yang dilarang akibat mencari "Cinta Terlarang"....disebabkan melihat dunia....terlebih dari melihat perkuburan....rumah dunia dikata indah....perkuburan yang dimiliki tidak terlihat.....memang itu yang sedap dipandang....manis diambil...pahit dibuang....sedang penjara dunia bagi yang memandang....agar kebebasan diakhirat sana.....maka manusia terjadi lupa.....maka peringatkan selalu dimata....agar tidak terkecewa....menjadi hamba yang hina-dina diakhirat nanti termasuk golongan yang rugi......Moga Allah Ta'ala merahmati hambaNya....aminn...

Muhammad Syahir Al-'Assya on 22 April 2010 pada 10:36 PTG berkata...

benar....

Salam... Benar Ustaz... Terima kasih ustaz... Pena Ustaz banyak menyedarkan ana.... Syukran Ya Allah... Syukran Jazilan

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal