PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Oktober 23

Panas: AirAsia Eksploitasi Tubuh Wanita?



Sebuah iklan komersil boleh dianggap sebagai iklan yang berjaya, jika produk yang diiklankan berjaya terjual dengan baik. Namun, sebuah iklan tetap merupakan iklan yang gagal, jika persembahannya hanya mempopularkan pelakon iklan, tetapi produk yang diiklankan tidak terjual.

Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir.

Kehidupan masyarakat kita sudah ‘entertainment centered’. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.

Apakah mereka mesti terus disogok dengan hiburan melampau hingga hilang imej Islam pada nota kaki pengenalan diri?

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ...‌ۛ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Janganlah kamu mencampakkan tangan kamu ke arah kebinasaanal-Baqarah (2:195)


Gambar sekadar hiasan



Isu iklan panas AirAsia sampai juga ke telinga penulis.

Iklan menyeksakan Iman oleh syarikat tambang murah AirAsia lebih membunuh daripada iklan rokok yang diharamkan sebelum ini. Membunuh minda anak-anak kecil.

Bila duit dan populariti singkat menjadi kejaran, moral tidak dipandang lagi.

Iklan AirAsia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah ‘Hot’, seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Iklan ini amatlah tidak sesuai ditayangkan apatah lagi para pelakon utamanya juga adalah kanak-kanak. Sedangkan yang menonton iklan ini juga, boleh dikatakan di kalangan dewasa dan kanak-kanak adalah sama banyak.

Kadang-kala penulis tertanya-tanya, apakah selama ini tiada panel penilai yang menilai dan meluluskan iklan seumpama ini? Sedang filem berbayar dikawal ketat mutu dan kualitinya dari ditonjolkan aksi ghairah, inikan pula yang boleh ditonton percuma.

Di mana silapnya?

Tahukah kita kesannya cukup merbahaya?

Iklan ini juga menunjukkan, pengarahnya (Allahyarhamah Yasmin Hamid) rendah moral dan mentaliti cara kerjanya.

Bermula dengan pengabaian penutupan aurat sehinggalah kini eksploitasi wanita, dan remaja-remaja lelaki terganggu fikirannya dengan naluri seks. Bukan kata remaja, bapa remaja pun boleh terangkat.

Mungkin penulis boleh agak, kerana mereka teramat menghargai para penumpang dengan menyediakan tambang murah ini, hingga mereka sanggup berkorban untuk mengurangkan penggunaan kain yang lebih untuk pakaian para pramugari.

Jangan kerana hendak mengejar status iklan antarabangsa hingga maruah pun menjadi murah sebegitu rupa. Memberi mesej kepada penonton, hanya terbang bersama AirAsia sahaja dapat rasa pengalaman tengok ‘pemandangan’ sebegitu.

Wanita dijadikan alat tarikan. Mereka dieksploitasikan oleh golongan yang menjaga kepentingan peribadi, unsur moral diketepikan.

Contohilah negara Brunei, di mana setiap pramugarinya yang cantik bertudung dan berpakaian ala ketimuran. Tiada apa yang perlu dibanggakan.

Kita sebagai individu Muslim kena bangkit dan suarakan kepada orang awam tentang ketidakselesaan kita terhadap budaya barat yang sudah menyelinap dalam jiwa umat Islam di Malaysia. Biar ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati supaya dapat tunjukkan yang kita benar-benar mahu jaga agama Islam.

Kita harus sedar bahawa syaitan mempunyai bermacam cara untuk menipu manusia. Jika kita tidak merasa berdosa bila melakukan dosa, kita dihasut untuk tidak rasa berdosa dan sempurna diri hingga memuji mulia diri sendiri dan akhirnya tertipu dengan syaitan yang menjadikan kita berbangga diri dan memandang rendah Iman orang lain.

Kita rasa kita hidup dalam penuh kebaikan, tetapi hakikatnya kita dalam kesesatan dalam keadaan kita menyangka kita dalam petunjuk-Nya. Inilah yang banyak terjadi di kalangan umat Islam, baik ulama’, umara’ mahupun ahli ibadat. Jika mereka sendiri pun mudah terpedaya, apatah lagi yang bodoh, tetapi sombong pula dengan kebodohannya.

Cukup licik hasil tangan Iblis.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan melihat dengan pandangan Allah Taala.

Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah Taala, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Moga terpelihara semuanya.

ameen

8 komentar:

Tanpa Nama berkata...

huhu..panas ja tajuknya..perempuan memang selalo dijadikan brg tayangan tapi perempuan tu plak sesuai dgn kesukaan dye pada title sbg brg yg murah...diorg pun bgga agaknya jdi cmtu sdgkan klu rasa maruah terclar leh ja saman di bawah hak asasi

Muffakiratul Mukminah on 23 Oktober 2009 pada 10:47 PTG berkata...

Memang iklan tu amat memalukan dan menjelekkan. Ingat kan iklan apa masa tengok. Allah swt sahaja yang lebih mengetahui. Memang patut kena saman. Kenapa wanita selalu menjadi mangsa keadaan? Mereka bukan tak ada maruah, tapi sering ditindas dan di'buli' kerana keistimewaan yang dimiliki. Kepada kaum hawa, jangan biarkan dirimu dipergunakan untuk kepentingan yang memerlukan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat islam. Wanita ada hak asasi juga. Berani kerana benar. Jangan ikut sahaja walaupun diberi habuan yang tinggi. Maruah seorang wanita tidak boleh dijual beli.Tindakan perlu dilakukan agar iklan seperti ni tak akan pernah wujud lagi.

izzati.abdullah on 23 Oktober 2009 pada 11:24 PTG berkata...

salam..akhi..

sekadar bertnya..yasmin ahmad kan?ke ade yasmin hamid..jasmin hamid ade la..

keep a good work!:)

Hacked by w3d0z on 23 Oktober 2009 pada 11:24 PTG berkata...

sedih dan terkejut sebab iklan air asia ni muncul kat tv di malaysia.orang sekarang bagaikan tak sensitif dengan isu2 ini. bukan kata iklan kdg2 drama pun dah makin kurang sensitif.
tapi tadi baru perasan, iklan air asia ni dah di edit..makin cepat dan part yang tak best tu dah dipotong...

kirenye mereka sensitif jugaks dengan respon penonton..

p/s: tadi dalam berita harian pun dah ada surat dari pembaca mengenai iklan ini...

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Saya 'pengomen' wanita yang meletakkan maruah di tempat yang tinggi..

1st time tengok iklan tu, sudah rasa jelek, menyampahkan..

mungkin pendekatan 'kanak2' sbg watak utama dirasakan mampu menarik perhatian umum..

kanak2 mmg ikhlas & xpandai menipu, ttapi komen yg mengatakan pramugari2 itu 'hot' menjelaskan bagaimana kanak2 sekecil itu mampu 'berfikir di luar kotak' dalam konteks yang tidak sewajarnya pun! Mengecewakan..

Dan kami sebagai wanita, tak pernah berbangga dengan hasil iklan MURAH sebegitu

rezza khanafiah on 24 Oktober 2009 pada 12:46 PG berkata...

to > Izzati.abdullah

mungkin juga, lagipun saya baru dengar dari kawan, macam yakin je tulis tadi.

to > all

wah nampaknya, panas juga srikandi kita ni. bersemangat. kita kena lihat kesan jangka panjang, jangan fikir cari untung aje.

lightarrow berkata...

teruskan usaha dakwah;)lightarrow

Tanpa Nama berkata...

Excuse me i would just like to leave my comments.. ur not even getting the point of the ad?!

Its talking about families while adding a bit of light-hearted moments..why r u saying that they degrading women!

http://www.flightglobal.com/blogs/asian-skies/2009/10/airasia-tvc-gives-the-airline.html

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal