PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Jumaat, Oktober 23

al-Quran Mendisiplinkan Akal Tentang Sains



Masalah pelajar yang malas berfikir ada di mana–mana. Nafsu untuk membuat shortcut adalah masalah sejagat, hatta ketika mencari ilmu juga! Tapi sejarah telah membuktikan berkali–kali betapa dalam shortcut itu tiada berkat.

Cari bahan untuk thesis pun hanya copy dan paste dari internet. Tiada hasil kerja sendiri. Masalah ini yang menyebabkan Negara kita kekurang tenaga manusia yang mampu mencapai piawaian peringkat antarabangsa. Tidak mampu berdaya-saing.

Banyak pendaki bukit dan gunung yang tersesat bila mengambil jalan shortcut. Nak mendaki bukit dengan mengambil jalan yang jauh, memanglah payah, tapi dengan cara itulah kita dapat melatih tubuh badan, mengeluarkan peluh dan melihat keindahan alam.

success is a journey, not a destination.

Bukanlah salah untuk bertanya, malah lebih baik bertanya dari sesat jalan. Tapi bukan juga bermakna, kita bertanya untuk meminta idea orang dan dicetak bulat-bulat ke dalam jawapan kita. Tiada bezanya dengan meniru. Sebaliknya, tanyalah benda atau konsep yang kita kurang faham, dan dengan kefahaman itu, dapat kita fikirkan jawapannya sendiri.

Orang yang malas berfikir adalah orang yang paling lemah akalnya.

Stephen Hawking amat lemah fizikalnya, tapi masha-Allah akalnya superb. Mike Tyson amat kuat fizikalnya, tapi akalnya?

Itu yang kita mahukan…

Apabila al-Imam Ghazali mendalami falsafah bagi membendung ketelanjuran penggunaan aqli (akal) ke atas naqli (dalil Quran dan Hadith), beliau tidak mensarankan pembunuhan proses berfikir.

Terlibatnya beliau dengan ilmu mantik, menandakan ilmu itu ada manfaatnya dalam mencari kesimbangan. Keseimbangan antara percaya dan fakir. Antara Agama dan Sains dan sebagainya. Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal.

Salah tafsir kefahaman kepada apa yang dikemukan oleh al-Imam Ghazali telah menyebabkan muslim selepas zamannya mengalami kemerosotan proses berfikir. Memang benar akal mensarankan konsep dengar dan taat, tetapi akal juga berkali-kali mengajak kita menggunakan akal dalam menjalani kehidupan. Maka tidak timbul kesalahan meletakkan di tengah dengar dan taat itu proses fikir dan bukti

وَهُوَ ٱلَّذِى مَدَّ ٱلۡأَرۡضَ وَجَعَلَ فِيہَا رَوَٲسِىَ وَأَنۡہَـٰرً۬ا‌ۖ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ جَعَلَ فِيہَا زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ‌ۖ يُغۡشِى ٱلَّيۡلَ ٱلنَّہَارَ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” ar-Ra’d (13:3)

Penulis lebih suka kaitkan dengan sains dari konteks meningkatkan daya fikir dan seterusnya Iman kita kepada Tuhan Maha Berkuasa.

Kenapa tidak, sebagai muslim kita digalakkan mengenali Tuhan-Nya dengan melihat kebesaran hasil kerja-Nya pada rumpun alam ini.

Penserasian agama ke dalam sains sebetulnya adalah pada aspek memikirkan implikasi. Tapi realiti yang berlaku, muslim suka membuang masa pada sesuatu yang tidak pasti lagi baik atau buruknya.

KALAMULLAH BUKTI SAINS

Tidak perlu lagi Islam disaintifikkan, akan tetapi sains yang patut diIslamisasikan. Pernyataan di atas penulis dasari dengan beberapa premis:

Pertama, Islam adalah di atas sains, bukanlah selari dengan sains. Sains hanyalah subset kepada Islam yang mana segala asas-asas teori, metodologi, interpretasi, etika penggunaannya dsb terpancar daripada pandangan alam (worldview) Islam. Sains juga tidak terpisah terus daripada Islam.

Kedua, sains adalah tidak bebas nilai dan boleh dilentur hala tujunya oleh pandangan alam dan kepercayaan seorang saintis tentang realiti. Satu komuniti saintis berkemungkinan tidak menerima sains versi satu komuniti saintis yang lain.

Ketiga, Islam mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dengan perkara baru (yang bukan secara jelas bid-’ah sesat) seperti sains sambil mengekalkan kedudukannya di atas sains.

Mungkin ada yang akan berkata bahawa premis kedua itu tidak benar, sains adalah neutral dan acapkali penemuan sains mengesahkan kebenaran al-Quran sekalipun para pengkajinya ateis-ateis belaka. Perlu diingat bahawa sains di sini merujuk juga kepada sains kemanusiaan yang sangat dipengaruhi falsafah semasa.

Dalam konteks sains tabii pula, penulis beri hujah yang paling mudah dan praktikal: seringkali kita lihat perkembangan sains diperlahankan oleh ketidaktahuan para saintis tentang hakikat alam. Kita sebagai muslim yang mengimani kebenaran al-Quran dan Sunnah mempunyai keupayaan mempercepat proses tersebut. Cabaran interpretasi dan reinterpretasi ayat-ayat al-Quran adalah kurang berserabut jika dibandingkan dengan cabaran mengkaji persoalan falsafah yang meleret-leret dengan syarat kita berlapang dada dan menghormati golongan berautoriti dalam bidang ilmu tersebut seperti ulama tafsir, kalam, tasawwuf dan sebagainya, dahulu dan sekarang.

Semoga kita dapat memintas saintis-saintis kebaratan berbekalkan al-Quran dan Sunnah dan dapat mengembalikan kuasa dunia kepada umat Islam.




RASIONAL AKAL PADA TEMPAT

Namun ia bukanlah boleh dilakukan dengan scientism. Benar, sains mampu mengembalikan ketakjuban kita terhadap kebenaran al-Quran. Namun secara peribadi, penulis menganggap perkara tersebut boleh diibaratkan seperti penemuan awan berbentuk kalimah Allah atau pokok berbentuk manusia yang sedang ruku’ ke arah kiblat, dan yang terbaru kalamullah di kulit bayi.

Ianya menyegarkan Iman kita namun jika ia tiada pun, kita masih meyakini kebesaran Allah Taala. Penulis menganggapnya sebagai hadiah daripada Allah yang memberi kita ruang dan waktu untuk mengingati dan memuji-Nya buat kesekian kali dengan penuh rasa takjub.

Pada satu tahap mungkin kita mengharap bahawa sains dapat membantu kita mencapai keyakinan terhadap Islam.

Penulis tidak menentang hal ini kerana dalam suasana zaman yang penuh dengan fitnah yang merosakkan Iman, sains dapat membantu kita ke arah keyakinan sebagaimana Nabi Ibrahim as berasa tenang setelah melihat Allah Taala menghidupkan kembali burung-burung yang telah dipotong-potong baginda as.

Namun sains hanyalah alat dan setiap alat mempunyai had.

Jika kita terpesona dan terbawa-bawa sehingga menganggap sains itulah the ultimate proof of Islam, penulis fikir itu sudah lari dari tujuan asal dan agak berbahaya buat jangka masa panjang. Bukan maksud penulis kita tidak boleh mencari bukti tersebut.

Penulis bukanlah orang yang layak menjatuhkan hokum, namun mesejnya ialah jangan sampai terbawa-bawa.

Penulis juga faham bahawa bukti-bukti saintifik ini selalunya dibentangkan kepada orang-orang bukan Islam. Seringkali terjadi perdebatan yang membuat kita tergerak untuk lebih mengkaji dan mencari hujah baru. Penulis fikir ini akhirnya akan membawa juga kepada sikap terbawa-bawa tersebut.

Pandangan penulis yang masih dangkal akal, penciptaan dan fenomena alam ini ialah ayat-ayat Allah yang harus difahami dengan hati, bukannya akal semata-mata. Akal tanpa panduan hati akan terus mencari hujah walaupun apa yang ingin ditegakkan itu salah.

Kemungkinan alam ini fine tuned, menurut Paul Davies, adalah lebih kecil daripada kemungkinan sebatang pen untuk tegak di atas bahagian tajamnya selama 10,000 tahun. Akal boleh bermain hujah bahawa mungkin alam yang fine tuned ini adalah salah satu daripada berbillion alam lain yang kurang fine tuned, yang secara selari telah wujud menurut hukum kebarangkalian. Akan tetapi, akhirnya hatilah yang memahami bahawa alam ini adalah dicipta.

Bila sampai pada suatu tahap, kita tidak perlu tunduk kepada cara permainan golongan yang tidak mahu menerima iaitu dengan berhujah tanpa akhirnya. Kepada mereka agama mereka, dan kepada kita agama kita. Jika kita mahu berdakwah, sasarkan kepada hati mereka, itu lebih efektif.

Setelah sampai kepada keyakinan, seterusnya bolehlah mencari manfaat daripada sains tersebut. Ciptalah teknologi yang dapat membantu umat Islam kembali menguasai dunia dan mengalahkan musuh-musuhnya. Untuk tidak menjadi terlalu utilitarian. Perbincangan intelektual tentang persoalan-persoalan teoretikal dan falsafah bolehlah diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Kesimpulannya, Islam dan sains tidak terpisah. Islamisasikan sains dan tidak perlu mensaintifikkan Islam. Cukuplah selama ini kita membanding dan menyelarikan al-Quran dengan sains. Sekarang kita perlu memulakan sains baru yang terpancar dari mu’-jizat al-Quran.

Kita mampu merubah.

ameen


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal