PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, Oktober 24

Karya: Antara Minat Dan Bakat



Penulis banyak menghabiskan masa terluang menggarap karya-karya buat tatapan diri dan perkongsian bersama para pembaca, baik ketika di tanah air dahulu mahupun di bumi penuh barakah ini. Kalau tiada kelas pengajian dan undangan program-program tertentu, laptop akan menjadi teman setia.

Minat ini mula dikesan semasa berada di bangku sekolah rendah. Menulis adalah salah satu cara kita cuba berkomunikasi dengan perasaan. Setiap apa yang berlaku penulis akan nukilkan di atas kertas.

Potensi ini penulis gilap dari semasa ke semasa.

Menulis bukan bermula pada suatu bakat, tapi bertatih pada suatu minat. Minat akan menjadi momentum bergeraknya pena pada helaian kertas. Bakat boleh diketengah menjadi jagoan bila disusuli sebuah berkat, sebab itu kita disarankan supaya tidak berputus asa kerana kelak akan membuahkan berkat pada sebuah minat, dan bakat.

Saya lihat ustaz suka menulis, setiap hari ada sahaja artikel terbaru dimuatkan

Bagaimana ustaz mengekalkan rasa minat pada menulis? Kadang-kadang kita berperang dengan pelbagai emosi, itu salah satu sebab kenapa kita gagal konsisten menulis

Penulis percaya bahawa kita semua pernah menulis. Hanya disebabkan tanggapan yang salah pada potensi diri tentang menulis dan penulisan, kita merasakan diri bukan seorang penulis, ini adalah penyebab kita menjadi segan untuk menulis.

Sampai pada satu tahap tertentu, menulis itu bukanlah bakat. Menulis itu adalah sebuah kemampuan, yang sayugianya dimiliki oleh semua orang yang sudah tahu pada 'tulis' dan 'baca', kerana kita sering terdedah pada suatu tugasan yang memerlukan kita menulis. Kita menulis surat, kita menulis proposal, kita menulis laporan, kerja kursus dan sebagainya.

Tapi kemampuan itu kita tidak pelihara dan kembangkan. Bila tidak ada kebutuhan untuk berkomunikasi dengan sebuah kehidupan yang nyata, kita cenderung untuk tidak menulis.

Sampai pada level yang tertentu juga menulis itu memiliki fungsi yang sama dengan berbicara. Kita menulis untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tapi menulis memiliki keunggulan lain.

Melalui tulisan juga memungkinkan kita berkomunikasi dengan sesuatu yang tidak hidup atau dapat dirasakan.

Kalau kita sedang merasa gembira atau merasa memiliki sebuah idea, kita boleh jelaskan dalam bentuk tulisan, dicoretkan di dalam buku harian (diari), blog dan kerananya kita berasa lega.

Berbeza dengan berbicara, maka dalam menulis kita tidak perlu mencari seseorang untuk membaca tulisan kita. Kalau kita sedang merasa gembira atau memiliki sesuatu idea, kita langsung menulis apa yang sedang kita rasakan atau fikirkan itu dalam bentuk tulisan tanpa mempedulikan orang lain.

Sementara itu dalam hal membaca, kalau kita sedang merasa gembira atau memiliki sesuatu idea, kita tidak boleh meluahkan dan berkongsi apa yang dirasakan ketika itu tanpa orang lain di sisi.Jika diteruskan juga, maka orang lain akan menganggap kita ketika itu sedang menderita sakit jiwa kerana bercakap sendirian.

Setiap orang yang tahu 'baca' dan 'tulis' kena sedar, kerana moralnya kita telah berjaya mengembangkan kemampuan dan kebiasaan dalam menulis. Menulis itu adalah proses pembebasan, sebab itu menulis haruslah menjadi suatu kebiasaan.

Mungkin, pada tahap awal, kebiasaan itu tidak serta-merta akan membuat kita terkenal dan memperolehi ganjaran. Tapi paling tidak, kebiasaan menulis itu akan membuat perasaan dan fikiran kita waras.

DUNIA PENULISAN DAN CEBISAN

Bagi memotivasi dan menanamkan kebiasaan menulis, penulis sering menganjurkan diri dan teman-teman agar menulis apa yang diminati, ekspresi perasaan, fikiran, serta apa yang dikuasainya, terjemahkan semua ini dalam bentuk karya. Bermula dengan idea yang biasa-biasa seperti kisah hidup hinggalah sesuatu yang berbentuk ilmiah.

Kalau kita memiliki kepekaan perasaan dan idea lestari, menangkap sesuatu yang menarik dengan kepekaan itu, lantas mencapai signifikasi menulis dengan jujur maka orang akan tertarik membacanya.

Banyak karya-karya besar di dunia ini yang ditulis oleh pengarangn kerana mereka bijak menangkap dan bermain dengan perasaan.

Kita tentu pernah mendengar buku yang berjudul ‘The Diary of Anne Frank’, buku ini bermula dari sebuah catatan peribadi seorang gadis Yahudi ketika Belanda dijajah Jerman.

Anne Frank bersama seorang saudara perempuannya serta ayah dan ibunya selama lebih dari dua tahun bersembunyi dari dikesan tentara Nazi Jerman di sebuah sudut kecil bangunan di kota Amsterdam bersama dengan keluarga Yahudi lainnya yang memiliki seorang putera sebaya Anne Frank.

Di dalam buku catatan hariannya Anne Frank menuliskan kejadian-kejadian ringkas yang dialaminya di sudut bangunan yang sempit itu. Namun demikian beliau Berjaya menaikkan semangat seseorang untuk membaca, turut sama merasai rasa takut, gembira, ngeri dan cemas seperti yang berlaku kepada dirinya.

Buku catatan harian tersebut terputus dengan tiba-tiba kerana pada akhirnya keluarga itu tertangkap oleh tentara Nazi Jerman dan dibawa ke suatu tempat yang begitu aneh. Tapi seusai Perang Dunia II ada orang yang menemukan buku catatan harian gadis malang itu, menerbitkan dalam bentuk buku, dan menjadi best seller di Eropah. Buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa dunia, termasuk ke dalam bahasa Melayu.

Kebiasaan menulis seperti yang telah dijelaskan sebelum ini juga yang menyebabkan rakyat di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah menjadi begitu produktif.

Orang selalu beranggapan bahawa produktivi penerbitan buku di Amerika Syarikat dan Eropah sedemikian tingginya disebabkan kerana imbalan royalti yang diterima oleh penulis. Padahal yang terjadi tidaklah demikian.

Di negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penulis yang menerima imbalan di atas penerbitan buku karyanya hanyalah segelintir sahaja. Sebagian besar para pengiat seni tulis ini adalah orang seperti kita, yang membezakan hanyalah minat dan usaha untuk mencetus kemampuan untuk menulis. Mereka menulis buku hanya kerana ingin mengekpresikan dan membahagiakan sebuah idea dan perasaan mereka, dan jauh sekali memikirkan kelak akan menerima ganjaran setimpal dengan idea yang dicurahkan. Ikhlas…

Ayuh, jadikanlah penulisan kita sesuatu yang boleh disumbangkan kepada lahirnya minat orang Islam untuk beramal dengan agamanya, dan menarik minat bukan Islam mendekati agama suci ini.

Usaha bukan pada memberi tahu tetapi mencetus rasa mahu.

Jom menulis…!

ameen


2 komentar:

Illyani Ismail on 24 Oktober 2009 10:02 PTG berkata...

salam ustad,
minat dan bakat..
saya menulis diari (asalnyer dari keinginan saya untuk bercakap orang tak nak dengar..)
selepas tu ia jadi tabiat.. saya akan menulis... bila didedahkan dengan blog ni saya rasa susah nak tulis.. munkin sebab diari tu hanya kita dan ALLAH S.W.T saja yang tahu.. tapi blog ramai yang baca.. blog saya bukan ilmiah tapi saya cube membentuk blog itu sebagai ilmiah.. insyallah..
ustad,
so skang saya teringin nak menulis dan nak ia dipublish tak kira dalam paper or what.. keinginan itu ada tapi kekuatan itu tidak ada mungkin tidak kuat langsung..

mungkin ustad ada idea atau nasihat??

Tanpa Nama berkata...

seandainya al-quran tidak dikumpulkan dan ditulis semula pasti kita dizaman ini takkan dapat mengetahui tentang indahnya setiap ayat quran itu..begitulah dengan dunia penulisan sekarang..keinginan untuk memberitahu, berkongsi, meluah dan bercerita membuatkan kita lebih suka menulis..kerana apa?kerana dengan menulis kita akan dapat menghimpunkan jutaan perasaan, rasa dan keinginan yang kita boleh kongsikan dengan orang lain

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal