PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Khamis, Oktober 8

Mencari Yang Maha Satu



Minda umat Islam semakin terjajah dengan hedonisme. Dakyah Yahudi dan Kristian makin menampakkan kesannya.

Bahangnya kian terasa, mehnahnya pula berleluasa.

Perlahan-lahan umat manusia di tanah air tercinta sedang menuju ke arah kehancuran moral yang parah, sama ada di peringkat rakyat awam mahupun peringkat atasan pemerintah, yang sepatutnya bertanggungjawab memastikan kelangsungan hidup rakyat dalam naungan Islam. Tapi kenyataan yang dibuktikan media adalah sebaliknya.

Ghazwul fikr (perang saraf) yang dicanangkan oleh musuh-musuh Islam sangat seni, Salah satu agendanya adalah menyibukkan kita dengan hiburan berlebihan (hedonisme) sehingga tidak sempat memerhatikan ajaran al-Quran, apatah lagi mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.

Menimbulkan pencarian jalan damai adalah satu kemestian kerana kehidupan di dalam dunia yang mengelirukan dan penuh keraguan ini. Agama yang mendominasi kehidupan masa ini, sungguh bertentangan dengan naluri kemanusiaan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan orang-orang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar dengan (sungguh-sungguh) akan al-Quran ini, dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan mereka fusshilat (41:26)

Salah satu bentuk hiruk-pikuk itu adalah hiburan yang memalingkan perhatian umat Islam dari ajaran Islam, sehingga kesannya kita terlalu mengagungkan artis yang sebenarnya merupakan golongan yang menyumbang kepada kebejatan moral masyarakat

Walaupun negara sudah mengecapi kemerdekaan dari penjajahan secara fizikal, mentaliti tetap terjajah dengan budaya hidup dan cara pemikiran barat.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan sekali-kali tidak akan redha Yahudi dan Nasrani terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut millah (agama/cara hidup) mereka al-Baqarah; 2:120)

Kurangkan jurang ketidaksamaan kita dalam mengamalkan ajaran agama suci ini, yang kelak hanya memudahkan pihak musuh menusukkan jarum halus untuk meruntuhkan tembok orang Islam sendiri.

Kefahaman telah terletak dalam diri, sebab itu penting konsep berlapang dada.

Penulis pernah mengamati as-Sheikh Abdullah Sahhatah seorang ulama’ tafsir Mesir mengungkap kata-kata yang di antara berbunyi:

Kalau syi-‘ah itu digelar syi-‘ah semata-mata kerana cintanya kepada Nabi s.a.w dan ahlul bait, kitalah syi-‘ah.

Kalau salafi itu digelar salafi semata-mata kerana mereka ingin berpegang teguh dengan al-Quran dan Hadith soheh semata-mata, kitalah salafi.

Kalau sufi itu digelar sufi semata-mata kerana mereka berusaha mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan proses penyucian jiwa, kitalah Sufi.

Kalau mu’-tazilah itu digelar mu’-tazilah semata-mata kerana menggunakan peranan akal semaksimanya, kitalah Mu’-tazilah.

BELAJAR BETULKAN PERSEPSI

Pengalaman mengajar diri kita untuk bertatih melangkah. Ilmu membuka kefahaman, wahyu mendatangkan hidayah. Ketajaman akal beserta wahyu membezakan kita dengan manhaj orang barat.

Pandangan, kritikan membina atau menekan adalah perlu untuk kekuatan diri lebih-lebih lagi datang daripada orang yang terdekat, saudara-mara atau kenalan. Tetapi perlu melalui aliran yang sesuai, jangan bermaksud untuk mengaibkan, dan bersesuaian penyampaian yang membolehkan orang yang dikritik berpeluang dan berupaya muhasabah diri atau merujuk kembali.

Dalam dunia ini perlunya pihak yang berlawanan (bukan satu aliran) untuk mengimbangi keduniaan tapi bukannya disama-ertikan dengan keperluan pahala dan dosa kerana pasti dua agenda ini diambil berat. Begitu juga pemerintah memerlukan pembangkang sebagai cermin diri.

Seruan kita kepada masyarakat agar mereka mencari sandaran hujah kepada setiap urusan agama, tidak pernah dinafikan keperluan dan kebaikannya. Tetapi ia haruslah bersesuaian dengan keupayaan masyarakat untuk mengatasi keraguan itu. Jika kita hanya rancak menggalakkan keraguan, ia akan mengundang keresahan (anxiety) masyarakat dalam kehidupan beragama.

MASALAH TIKA BERJEMAAH

Keterbukaan pemikir barat memang tidak dapat dipertikai lagi. Bermacam-macam idea yang telah mereka keluarkan dan menjadi ikutan pengguna-pengguna tamadun sehingga sekarang, secara sedar atau tidak. Ramai yang menggunakan idea-idea tersebut, tetapi tidak mahu mengakuinya.

Seorang pemuda…

Dari kecil dia minat beragama (mencari Tuhan), dia sering diwarnai dengan pelbagai firkah yang ada di negara. Dia bermula dengan Tabligh, JIM, ABIM, ISMA dan pelbagai lagi harakah yang ada kerana ingin mencari kedamaian beragama yang bersesuaian baginya untuk sampai kepada Allah Taala.

Apabila merantau, maka bertambah lagi firkah yang diceburi. Semuanya di atas mencari mana satu yang paling hampir kepada kebenaran, mencari yang Maha Satu.

Terdapat satu trend di dalam sesetengah firkah iaitu menghalang ahlinya dari menyertai firkah yang lain. Sekiranya pemikiran mereka tidak disempitkan kepada sesuatu pekara sahaja tidak mengapa, tetapi apabila penyempitan itu menutup minda untuk berfikir, penulis secara peribadi merasa sungguh kurang senang berada di situ, walaupun janji mengikut pendapat mereka adalah Syurga.

Di sana sini firkah berpegang kepada al-Quran dan as-Sunah, tetapi pada masa yang sama, kedua-dua itu menjadi senjata untuk mengkafirkan firkah yang belawanan.

Penulis sebenarnya kurang senang dengan keadaan itu, sehinggalah apabila penulis menggunakan keupayaan akal, pada tahap yang lebih tinggi, melalui pemahaman pemikiran falsafah, terasa perbezaannaya dan merasa lega, setelah letih melayan firkah yang tidak berfikir.

Maka bertemulah dengan sains, bukan sebagai silibus sekolah tetapi sebagai silibus mencari Tuhan. Semakin didalami sains (sunnahtullah), semakin yakin penulis bahawa sains itu adalah sebahagian dari agama yang melengkapkan kekurangan yang ada dalam mencari Tuhan selama ini,

Pendakwah-pendakwah yang menutup pemikiran mereka kepada sains penulis kira kerana tidak faham petunjuk dari al-Quran. Sains ialah ayat-ayat Allah Taala yang berhubung kait dengan al-Quran.

Kadang-kadang kalau kita terus jumud dalam berfikir, tidak mustahil ahli sains terlebih dahulu menerajui kefahaman tentang Islam sebenar berbanding status yang ada pada pemegang ijazah sarjana Islam.

Moralnya, kita perlu meraikan kepelbagain aliran dan fikrah yang ada, di samping mempertingkat kualiti diri untuk terus memartabatkan Islam di hati setiap orang muslim di luar sana untuk terus:

Mencari Yang Maha Satu

ameen


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal