PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Sabtu, September 12

Gelombang Cinta Anta Anti


Rupa-rupa ramai yang menyimpan hasrat untuk mendirikan rumahtangga, selepas tidak sampai satu hari artikel penulis di bawah tajuk:

Romeo And Juliet Tinggal Sejarah

berjaya diterbitkan.

Mencurah-curah e-mail dan pertanyaan yang diajukan kepada penulis, tidak ketinggalan juga yang bertanya secara langsung pada sesi soal jawab agama dan perkongsian yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Penulis tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali soalan yang ditanya ketika menyiapkan artikel ini.

Ustaz, saya pernah bercinta ketika di alam kampus dulu. Dia sering menabur janji-janji manis hinggakan saya hampir terhumban ke lembah maksiat. Alhamdulillah, kakak senior satu usrah sering menasihati saya. Sekarang bila dah berkahwin terasa diri ini kerdil untuk bercinta sebelum meraih cinta-Nya terlebih dahuluBerkongsi seorang kakak.

Saya sedang bercinta sekarang. Saya tahu tindakan kami ini salah, dan saya sering ingin mengelak, namun saya juga sering gagal. Apakah nasihat ustaz kepada saya yang sedang kebinggunganKeluh seorang mahasiswi.

Persoalan yang berkaitan dengan hubungan palsu ini memang komplektif untuk dibincangkan, banyak menimbulkan tanda tanya, di manakah garis pemisah yang sebenarnya, dan persoalan-persoalan mengenai kaedah betul untuk meleraikan ikatan hubungan haram yang telah terbina.

SERING TEWAS PADA KATA NAFSU

Memang penat bila berada dalam keadaan yang tidak pasti. Perempuan akan terasa teramat perit bila janji yang ditabur semasa melayan cinta buta, tiba-tiba terputus dipertengahan jalan.

Tidak rugi sandarkan harapan kepada Allah Taala, kerana masa depan, jodoh dan pertemuan dengan pasangan adalah di Tangan Allah Taala bukan di tangan si dia, walaupun si dia memberikan kepastian yang kalian berdua akan bersama nanti. Kita kena ingat Allah Taala penentu segalanya, andai diizinkan-Nya, maka bersatulah kalian.

Kalau hubungan yang meragukan ini masih kurang pasti masa depannya, kenapa perlu habiskan masa untukk fikirkannya? Kejarlah sesuatu yang pasti akan menjadi milik anda, iaitu kejayaan dalam pelajaran, dan membantu keluarga bila sudah berkerjaya kelak.

Dalam bercinta, sekuat manapun kita berusaha untuk mempertahankan dan membina impian indah, ia belum mampu menjanjikan sebuah episod kesudahan yang manis. Tapi dalam pelajaran, semakin kita berusaha, makin kita pasti kejayaan itu akan jadi milik kita, kerana Allah Taala tidak akan sia-siakan usaha hamba-Nya yang berusaha ke arah kebaikan. Pertanyaan ikhlas penulis:

Adakah yang kalian lakukan semasa melayan cinta palsu ini dikira sebagai usaha ke arah kebaikan?

KASIH ABADI HANYA PADA HAK

Kita sedia maklum cinta adalah fitrah bagi setiap insan, setiap makhluk hatta haiwan sendiri mempunyai keinginn untuk berpasang-pasangan, jadi bercintalah tetapi mesti pada tempat yang betul iaitu yang telah disyari-‘atkan.

Jika bercinta hanya sekadar suka-suka, cubalah untuk hindari rasa cinta itu kerana ianya hanyalah mainan syaitan. Tetapi jika cinta yang menjurus ke arah perkahwinan, jagalah cinta itu baik-baik kerana cinta kita kepada Sang Pencipta Cinta.

Ramai di kalangan para sahabat yang merupakan mahasiswa, masih menuntut berhasrat untuk menghabiskan pelajaran dan kemudian baru memikirkan soal kahwin, penulis amat menyokong niat suci itu. Namun jika kemampuan untuk berbuat demikian (berumahtangga) sebagai menyahut seruan yang telah sampai, lakukanlah dengan jujur dan ikhlas sebagai suami dan isteri.

Ingat ! Jodoh pertemuan ditentukan Allah Taala. Bercinta sahaja bukan jalan untuk kita memiliki orang yang kita cintai. Apa yang kita mahukan adalah redha Allah Taala semata-mata kerana kepada-Nya jua kita dikembalikan.

Andai ada di kalangan sahabat kalian yang mencintai seseorang, tetapi ingin menghindari dari berlaku perkara yang boleh melanggar batas-batas syara’, janganlah rasa bimbang jika tidak bercinta. Berdoalah kepada Allah Taala. Hubungan yang diredhai Allah Taala itu adalah terbaik.

Maka amat celakalah jika agama diadatkan. Ingatlah wahai sahabat bahawa cinta tanpa hala tuju hanya mengundang musibah yang cukup besar dalam hidup anda. Penawarnya belum tentu terjumpa, kalau ada sekalipun belum tentu mujarab sepenuhnya, kesan parutnya tetap ada.

Definasi cinta itu buta pada penulis adalah bila seseorang bercinta, mereka menjadi buta terhadap sekeliling, terhadap hukum, dan syari-‘at dengan merasakan segala perbuatan mereka benar walau mereka sedang melakukan maksiat.

Wahai sahabatku, janganlah bermimpi untuk ber-couple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala, Nabi dan keluarga. Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan, mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain. Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim.




MELURUSKAN JALAN MENUJU ALLAH

Setiap pekerjaan perlu dimulakan dengan niat. Setiap apa yang kita laksanakan untuk kehidupan perlu ada tujuan. Mungkin kita perlu bahagikan kepada beberapa tahap, mengikut tahap kehidupan kita di dunia ini. Paling kurang tiga tahap, jangka pendek, sederhana dan panjang.

Keutamaan berilmu menjadi tujuan paling penting dalam hidup kita. Jangka pendek, menimba ilmu yang selalunya bermula di sekolah rendah adalah untuk berjaya dalam ujian, kerana ujian itu adalah untuk menguji kefahaman kita pada apa yang telah dipelajari. Jangan belajar untuk ujian tetapi belajarlah untuk kefahaman.

Jangka sederhana, menimba ilmu untuk mendapatkan pekerjaan. Jangan sempitkan minda tentang pekerjaan pula, tertumpu hanya untuk makan gaji sahaja. Islam menggalakkan perniagaan, oleh itu perkerjaan di minda adalah untuk berniaga. Maka sekiranya tujuan jangka sederhananya untuk menjadikan berniaga sebagai kerjaya, silibus sekolah perlu diperluas sendiri. Kalau ambil silibus sekolah sahaja, yang belajar sains dan agama tiada pengetahuan tentang perniagaan.

Bila sudah melatih diri dengan tujuan jangka pendek dan sederhana, jangka panjangnya datang lebih mudah, iaitu untuk mencari dan mengenal Tuhan. Hidup di dunia yang merupakan salah satu dari tujuh alam yang bakal dilalui, jika difahami, akan membuatkan kita mengenal siapa kita sebenarnya dan bagimana perlu diperhalusi semua tujuan-tujuan di atas.

Berniaga itu luas ruang lingkupnya, kerana Allah sendiri menggalakan kita berniaga dengan-Nya. Segala modal telah Dia berikan, terpulang pada kita membuat perancangan rapi, agar rate of return dapat dimaksimakan. Tidak lain yang perlu untuk menjayakan perniagaan adalah laporan kewangan, bermula dengan penulisan rapi buku simpan kira-kira. Ramai yang tersalah ambil konsep simpan kira-kira ini, disamakan dengan berkira. Buka minda jangan berkira tetapi simpanlah kira-kira.

PESANAN BUAT SUAMI ISTERI

Kadang-kadang penulis nampak mereka yang telah berlayar bersama bahtera kasih yang sah terasa kekok untuk mengendalikan rumahtangga, walhal mereka telah pun disumbat dengan pelbagai teori semasa kursus perkahwinan, paling kurang pun mereka sedar tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.

Terutama dalam hal menguruskan rumahtangga.

Bab yang berkaitan dengan house skill seperti memasak, mengemas, menjaga anak dan sebagainya akan nampak kepentingan selepas berkahwin. Hubungang suami isteri bukan terhenti sekadar menikmati tuntutan batin dan mencari nafkah zahir bahkan lebih dari itu. Kalau dah kedua-duanya bekerja, maka perlu ada toleransi antara suami dan isteri, sebab kedua-duanya sama-sama penat.

Para suami tidak kekok untuk menguruskan rumahtangga, disebabkan lelaki lebih banyak physical strength berbanding dengan perempuan, maka hulurkanlah tangan untuk ringankan beban. Wanita bukanlah superwoman, tapi ramai yang terpaksa. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tiada sebab kaum adam, apatah lagi kaum hawa tidak tahu tentang house chores.

Moga terpelihara niat untuk melihat siapakah insan yang dijanjikan oleh Allah Taala untuk menemani diri ini. Tiada cinta paling selamat melainkan selepas Ijab dan Qabul, dan tiada cinta paling abadi melainkan Cinta Agung-Nya.

ameen

9 komentar:

MaTSuMoTo on 12 September 2009 pada 1:33 PTG berkata...

dats y i afraid 2 fall in luv...
i afraid to frust n afraid if i luv someone more than he should deserve~~~

seboleh2nya nak jauhkan diri dari maksiat..insyaAllah...

hAmBa LeMaH on 13 September 2009 pada 3:09 PTG berkata...

salam ziarah..
banyak pengajarannya..=)

Muffakiratul Mukminah on 14 September 2009 pada 11:46 PG berkata...

Sangat bermanfaat..
Sekadar perkongsian...
Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman,
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita mencari keredhaan,
Jika mereka menangis kerana kecewa
bercinta,
Biarlah kita menangis mengenang-
kan dosa-dosa semalam,
Jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biarlah kita cintakan TUHAN,
Jika mereka dambakan kehidupan
duniawi,
Biarlah kita dambakan ukhrawi...
Maka cintailah DIA...Yang kekal
abadi...

xprlthu on 19 September 2009 pada 8:17 PG berkata...

Salam Ramadhan ^^

alhamdulillah..
bnyk pengajaran yg ana dapat dri post kali ini..

Semoga Allah sentiasa melindungi kita drpda terjebak ke dlm lembah hina..
semoga kita sentiasa ditunjuki ke jalan makrifatNya..
agar hati kita sentiasa terpaut padaNya, insyaAllah.
amin.

LeEn~KB on 24 September 2009 pada 3:10 PG berkata...

macam mn ye kalo ada org couple tp coz dia xth couple 2 haram...
so....
kpd smua tlg jgn anti kpd org couple....cuba sdarkan dia bagaimana couple 2 haram...

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji on 13 Oktober 2009 pada 5:13 PTG berkata...

salam. saya smmgnya tertrik dgn artkl ini khususny tntg alam smsa brumh tgga.moga ade mnfaatnya brsama.

GreenMan on 14 Oktober 2009 pada 12:37 PTG berkata...

bertahan itu jihad... bertahan mengawal nafsu..

skyjamil on 16 Oktober 2009 pada 2:34 PTG berkata...

bla baca posting teringat pesanan ustazah..lebih kurang macam ni maksudnya, sekiranya dia adalah jodohmu ia pasti akan datang biarpun engkau menjauhi dan menolaknya..dan lagi satu ana amik dari another blog..kita inginkan bunga yang indah tapi kaktus yang diberi, dan kita ingin binatg peliharaan yang kecil dan comel tapi ulat bulu kecil hijau yang diberi...agak2x faham tak?

Aphique Lacrymosa on 17 Oktober 2009 pada 7:14 PG berkata...

"macam mn ye kalo ada org couple tp coz dia xth couple 2 haram...
so....
kpd smua tlg jgn anti kpd org couple....cuba sdarkan dia bagaimana couple 2 haram..."
nk tnya saudara leen~kb,apa yg anda tau psl couple?mksd sy,mcm mana kamu mendefinisikan couple?

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal