Manakah yang lebih penting bagi seorang ibu, perkataan sayang daripada seorang anak atau perbuatan yang menunjukkan sayang daripada seorang anak?
Kadang-kadang tidak semestinya kita menunjukkan ekspresi terutama kepada orang tersayang, tidak pandai pun menyatakan perasaan itu. Terlebih malang, mereka yang hanya pandai berkata-kata di alam maya, tapi di alam realiti senyap seribu bahasa.
That’s kind better to say body language speaks louder, and most people regret it when it is already too late.
Mungkin salah satu sebabnya ialah insan tersayang lebih selalu melukakan hati insan kesayangannya hingga menjadi batu.
“Oh ibu …”
Permulaan lagu untuk ibu yang telah banyak disumbangkan oleh penyanyi dan bukan penyanyi.
Termasuk penulis adalah kumpulan lelaki yang tidak terbiasa mengekspressi dirinya dengan alunan ucapan merdu dan berbunga untuk ibu masing-masing. Ini tidak meletakkan mereka ini tak sayangkan ibu mereka. Ini tidak menjadikan martabat mereka sebagai anak kurang disebabkan tidak bertanggungjawab mengambil tahu hal-hal yang berlaku kepada ibu mereka.
Mereka ini semua patuh, ikut cakap emak, walaupun naluri kebapaan atau kejantananya secara tradisi tidak mengkategorikan mereka sebagai semulajadi suka melakukannya cara lembut dan bermadah. Mereka cenderung kepada mengambil tahu berbanding mengambil hati. Dan mereka ini juga sebenarnya bukan setakad dibebankan dengan menjaga ibu, malah tenaga kelelakian mereka diperlukan untuk berjuang untuk ibu pertiwi.
Penulis berterima kasih banyak kepada ibu, kerana mengevolusikan diri dari setitik air di dalam rahimnya menjadi seorang yang dapat membezakan kelembutan dan kekerasan, kebenaran dan ketenangan, creationist dan evolusionist, kerjasama dan kerja sama-sama dan pelbagai lagi kekeliruan yang berlaku sekarang. Tanpa ibu tercinta, tidaklah diri ini lahir ke dunia. Tidak kerana ibu tersayang, tidak terkumpul gen-gen terdahulu untuk dibekalkan kepada penulis.
Ibu saya tidak layak menjadi ibu mithali, dan jauh sekali penulis seorang anak yang soleh, tetapi saya sangat-sangat bersyukur keadaan itu. Ibu yang saya kasihi tidak mengajar saya dengan menutup emosi atau perasaan yang dijadikan Allah. Semuanya digunakannya. Dia marah, dia senyum, dia suka, dia duka dan bermacam lagi ekspresi perasaan yang ditunjukkan kepada saya. Secara sedar atau tidak. Tetapi saya bersyukur semua itu dapat mengajar saya mengenali kulit dari isinya. Saya terima isi bersama kulitnya dan buang kulitnya sebelum menelan.
Apakah sejambak atau selambak bunga layak untuk seorang ibu? Apakah sebait atau sebaik madah puisi layak untuk seorang ibu? Yang lebih layak hanya apabila seorang anak itu dapat memperjuangkan kebenaran, sebagaimana seorang ibu telah memungkinkan kita belajar memperjuangkan hak persendirian. Tahukan anda dalam setitik air mani itu, berjuta musuh kita yang sama-sama bertarung, bermati-matian untuk kegarisan penamat, sebutir telur, untuk pensenyawaan. Kalau kita sukan kebenaran, ini fakta yang kita perlu pandang. Survival of the fittest.
Ibu mambawa kita sembilan bulan ke sana sini. Kita menendang, melompat, kita minta macam-macam takut kempunan. Apakah setelah sembilan tahun dibelai sehingga baligh, cukup dengan sejambak dan sebait kata-kata apa sahaja?
Cukupkah dengan satu hari mengekspressi diri dari 365 hari yang ada? Ibu sejati hendak melihat boboy-nya tidak menjagi girgirl-nya. Ibu sejati nak melihat peranan yang boleh dipikul oleh kedua-dua jantina yang dilahirkannya.
Marilah kita sama memahami keperluan ibu, atau sekiranya ibu itu tidak memenuhi keperluan yang ada, kita memperjuangkan kebenaran bagi memenuhi apa yang diperlukan. Jangan kita tidak tahu apa keperluan mendesak kita sekarang ini? Jangan sampai kita terbuai lena dengan isu-isu kurang utama, sebagaimana ibu telah membuai semasa kita kecil sehingga kita tidur.
Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. segala kesusahan sewaktu hamil dan penderitaan serta kesakitan yang dialami disaat melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar digambarkan, tetapi dengan tiba-tiba boleh bertukar dengan kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anaknya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.
Maka apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu dihayati dan dikenang tatkala menyambut hari ibu?
Sudah tentu tidak, kerana sikap seumpama ini tidak mengambarkan kasih sayang sepanjang hayat, ia hanya sebagai budaya sekali setahun. Walau bagaimanapun hari ibu yang disambut pada 10hb Mei setiap tahun tidaklah bermakna ia harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna.
Persoalan yang sama penulis ajukan kepada anda:
Manakah yang lebih penting bagi seorang ibu, perkataan sayang daripada seorang anak atau perbuatan yang menunjukkan sayang daripada seorang anak?
p/s: Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-46 buat ibu tercinta pada 04/09 lepas.
3 komentar:
selamat hari lahir buat ibu penulis. smg pertambahan usia seiring dgn pertambahan iman+amal.
Ibu merupakan insan yang amat berjasa dan banyak berkorban untuk keluarga.Hadith Rasulullah s.a.w sendiri telah membuktikan bahawa ibu adalah insan paling tinggi darjatnya sehingga disebut sebanyak 3 kali. Tapi zaman sekarang anak-anak muda tidak tahu menilai erti kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang ibu.
Ibu tidak pernah membenci anaknya walaupun anaknya berperangai buruk sebaliknya ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.
Ibu tidak mengharapkan ucapan atau perbuatan kasih sayang dari seorang anak...
Alangkah indahnya apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya dan berjaya dalam kehidupannya..Itu adalah harapan ibu..
Wallahu'alam...
- SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU-...Hargai dan sayangi lah ibu anda selagi masih ada...
ilmu mengajar ana utk eksperesikan perasaan syg pada mak...klu dlu ana pendamkan tapi tindakan itu penting kerana anak2x la sumber plg gembira kerana ia telah rasa susah utk besarkan anak itu..
Catat Ulasan