PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, September 14

Usah Mandulkan Dakwah Dan Pelajaran




Realitinya, untuk berjaya di medan dakwah kedua-duanya diperlukan sama ada daripada segi kecemerlangan akademik mahupun sakhsiah. Mereka yang berada di jalan dakwah seharusnya mempunyai minda kritikal dan ini yang dilatih melalui assignment dan tutorial yang diberikan di universiti.

Malah, andai kita mampu cemerlang dalam akademik ianya sebagai nilai tambah kepada kita selaku da’ie. Tapi persoalannya yang menjadi masalahnya, interprestasi kecemerlangan pada seseorang itu adalah berbeza antara individu. Ada yang berpendapat, cukuplah hanya grade dan dapat posting sahaja, kita sudah dikira berjaya. Ini yang menyebabkan mereka sambil lewa dalam pelajaran.

Kita tidak mahu melihat pendakwah itu begitu semangat berdakwah, mengajak kepada kebaikan namun terabai pelajaran dan lesu di kuliah. Kita juga tidak gemar melihat seseorang yang begitu rajin menelaah, namun menghabiskan masa hanya di meja tulis tanpa memikirkan masalah ummat yang begitu dahagakan ilmu dan tarbiah pada hari ini, mandul dalam berdakwah.

Jika golongan sambil lewa ni perempuan, beritahu mereka yang nanti bakal suami mereka lebih berminat dengan ayam masak merah bibik berbanding ayam masak merah mereka.

Jika golongan sambil lewa ni lelaki, beritahu mereka yang nanti bakal isteri mereka lebih banyak memuji-muji penceramah di masjid yang kemas dan beriya-iya, berbanding suami yang selebet dan menyemakkan mata.

Pembentukan keperibadian Islam adalah merupakan pembentukan barisan pemimpin, barisan pekerja-pekerja Islam yang mampu menghadapi jahiliah, barisan kepimpinan yang tidak mudah diperdaya atau ditipu oleh jahiliah yang menyamar diri dalam berbagai rupa dan gaya hingga sukar dikenali.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu Muhammad (:7)

Seorang da’ie sepatutnya mengenalpasti kepentingan antara kedua-dua aspek, iaitu dakwah dan pengajian. Adakah bila berdakwah, automatik pengajian akan terencat? Atau bila belajar, tidak mampu berdakwah?

Dakwah itu seni, dakwah itu natural. Sesiapa yang menjadi Islam, maka seruan berdakwah itu sudah kena ke atasnya. Bukan hanya terpikul atas bahu para alim ulama’.

Persoalannya, bagaimana cara berdakwah itu? Tentunya dalam skop sebagai seorang pelajar, berdakwah tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada seseorang untuk bergelar pelajar.

Da’ie yang bagus, akan memecut dakwahnya tetapi dalam masa yang sama tidak kehilangan identitinya, iaitu siapa dia. Sama ada seorang pelajar, seorang doktor, hatta pemilik kedai runcit atau petani, masing-masing mampu dan ada keupayaan untuk berdakwah. Cuma bezanya, pada skala mana magnitud dakwah itu dapat digerakkan.

Mungkin seorang student yang sibuk, hanya dapat berdakwah di malam hari melalui laman blognya. Mungkin seorang doktor berdakwah secara tidak langsung semasa sesi rawatan.



SYARI-‘AT DAN SUNNAH PERLU SEIRINGAN

Andai kita betul-betul faham konsep beribadah kepada Allah Taala, sudah pasti tidak timbul kelesuan semasa menjalankan sesuatu kerja berbanding kerja yang lain. Keseluruhan hasil dakwah di masa lepas terletak kepada kejayaan yang dicapai ummah sekarang ini.

Syari-‘atullah dan Sunnatullah perlulah berseiringan, barulah boleh laksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah, di samping beribadat kepadanya.

Ibaratnya dalam satu telur, ada kuning dan putih. Kuning adalah matlamat serta tujuan, dan putih sebagai alat. Memanglah kuning telur yang utama, namun putih diperlukan untuk perkembangan. Begitulah kolaborasi ilmu yang Allah Taala suruh kita capai, Syari-‘atullah (sains tulen) dan Sunnatullah (sains sosial).

Ummah masih terlalu lemah di dalam segala bidang, ditambah lagi dengan penekanan yang masih tidak mengutamakan yang perlu didahulukan walaupun hasilnya mengatakan tidak memberangsangkan.

Pemikiran syari-‘atik yang saintifik memastikan fatwa tidak tertinggal fakta. Sebaliknya syari-‘atik yang tidak saintifik melibatkan fatwa yang penuh dengan petua. Fakta bermula dari petua, kerana petua datangnya dari pengalaman perjalanan kehidupan. Petua yang tidak menjalani proses saintifik akan kekal sebagai petua dan sekiranya dipetik menjadi asas kepada fatwa, menghasilkan fatwa yang tidak mengandungi fakta. Sebeb itu sangat penting petua itu menjalani proses pembuktian menjadi fakta sebelum dipetik menjadi fatwa, bagi melahirkan ummah yang beribadah selaras dengan tututan Rukun Ihsan.

MUHASABAH DIRI

Banggakah kita menjadi muslim?

Persoalan yang perlu disampaikan kepada Muslim sekarang bukan sahaja perlu berkisar kepada kebanggaan menjadi muslim atau mengambil kalangan ahli masyarakat yang hidup di zaman Salafi sebagai idola, tetapi perlu menjangkau lebih sedikit kepada isu-isu semasa zaman Salafi dan zaman ini.

Kalau Salafi zaman Nabi boleh menyediakan tapak penaklukan dunia ketika itu, dengan senjata tercanggihnya ialah pedang dan kuda, kita jangan terbawa semangat berpedang dan berkuda, mengikut apa yang dikatakan sebagai Sunnah Nabi s.a.w. Keadaan semasa itu adalah pedang dan kuda.

Menjadikan Salafi idola sebagai contoh perlu kepada melihat yang tersirat bukan yang tersurat. Yang tersurat ialah pedang dan kuda, yang tersirat ialah kemenangan muslim mengatasi kekuatan kafir. Sekarang ini kalau muslim mahu mengidolakan Salafi, jangan di atas dasar mengenepikan ilmu sains dan teknologi.

Penulis sebut ini kerana memang itu yang berlaku. Apabila membaca al Quran, muslim hanya membaca yang tersurat dan meninggalkan yang tersirat, maka di dalam kehidupan seharian pun terbawa-bawa sikap tersebut. Sentiasa tidak mahu memahamai apa yang tersirat di dalam surat. Sentiasa mahu mengambil Salafi sebagai idola tetapi kurang memikirkan apa yang tersirat di sebalik kemajuan golongan Salafi terdahulu.

Dakwah bukan segalanya, tetapi segala-galanyanya sia-sia tanpa dakwah.




1 komentar:

Muffakiratul Mukminah on 15 September 2009 pada 10:46 PG berkata...

salam alaik..
benar, isu ini memang tidak lari dari berlaku di kampus..Kadang-kadang ada ahli jemaah yang aktif sehingga keputusan 'exam' tidak memberansangkan. Walhal, kedua-dua sangat penting untuk menggambarkan islam tidak hanya mementingkan dakwah sahaja, sebaliknya kedua-duanya perlu diseimbangkan supaya ia tidak menjadi fitnah pada agama ataupun jemaah..
Apatah lagi kedua-duanya wajib bagi setiap individu... sehingga ada ahli jemaah yang menganggap, ia adalah tarbiah..memang benar, tapi jika kita 'manage' masa dengan baik, InshaAllah ia tidak akan menjadi masalah...
Wallahu'alam...
- JEMAAH @ DAKWAH NOMBOR SATU, PELAJARAN BUKAN NOMBOR DUA..-

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal