PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Rabu, September 9

Memuntahkan Idea Literal Lahir Karya


Penulis hampir ditelan rasa penat yang melarat sepanjang lima hari kebelakangan ini, berkejaran dicelah masa-masa tambahan menyelesaikan beberapa kepentingan yang perlu disegerakan.

Tempoh yang agak lama juga sepanjang menjadi penulis laman ini tiada bekas selama lima hari. Tatkala kepala terpaksa diisi dengan keperluan lain, berbondong-bondong idea yang datang mencurah, tidak dapat penulis bendung lagi. Badan masih terasa penat, berpuasa di dalam fitrah nama Ramadhan, cuacanya agak panas. Berkeringat bukan lagi jadi keluhan.

Maafkan anakmu wahai ibunda, anakda tidak sempat menghubungi di kala usia ibu sudah semakin lanjut pada tanggal 4hb September lepas, walaupun hakikatnya usia ibu sudah makin berkurangan, apakah ada subsidi dari Pencipta, mudah-mudahan kurnian umur yang panjang memungkinkan ibu melangsungkan hubungan bersama Ilahi.

Anakda sayang ibu.


Ruang bilik baru penulis


PENULISAN YANG BERMANFAAT

Ustaz suka menulis? Ustaz sering menerbitkan artikel terbaru

Mana lebih mudah antara menulis dan mengerah otak mencari idea?

Penulisan adalah sesuatu idea di minda dan memang penting, sama ada apa bentuk medianya. Kalau orang purba terpaksa menjadikan dinding gua sebagai media, kita di zaman ini mempunyai pelbagai media yang berkesan. Memang buku, sebagai media cetak masih belum boleh dipinggirkan oleh media elektronik. Sebab itu, di dalam media elektronik pun ada idea yang hendak memiripkan penulisan atau persembahan sebagai sebuah buku, iaitu e-book.

Penulis rasa tidak menjadi satu masalah sekirannya media cetak dan elektronik berjalan seiringan sekali. Ia sepatutnya dilihat sebagai satu sinergi bukan sebaliknya.

Budaya penulisan tidak dapat dinafikan peranan pentingnya. Sepenting peranan budaya menjadi pemikir. Tidak bermakan sesuatu pemikiran atau penemuan baru, sekiranya ia tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Lisan adalah cara asas, dalam memastikan sesuatu karya dapat diteruskan oleh generasi yang berikutnya. Dengan pewarisan yang berkesan, kesinambungan karya dapat dipersembahkan dan kemudian diperbaiki dan ditambah isinya oleh generasi penerus, untuk mengukur di tahap mana takuk kemajuan telah dicapai.

Keseluruhan tamadun dunia bergantung pada pewarisan yang tepat dan berkesan.

Di bidang sains, penulisan teks sains telah membuktikan kepentingan media cetak. Apa yang difikirkan oleh penemu Ilmu Sunah Allah (sains dan teknologi) banyak yang tidak dapat dihadam pada masanya dikeluarkan.

Ingat bell curve, lima peratus (5%) yang berada di hujung positif. Dari bahagian itu, mungkin ada segelintir, yang menghasilkan sesuatu karya penulisa yang lansung tidak memberikan makna kepada masyarakat semasa. Ia mengambil masa dan beberapa pemikir seterusnya untuk menyedari betapa pentingnya nilai karta penulisan yang telah dikeluarkan dahulu.

Eienstein dan Darwin adalah contoh paling nyata.

MEMBUDAYAKAN MEMBACA DI KALANGAN MASYARAKAT

Bagaiman bentuk persembahan isi kandungannya, terpulang kepada kebijaksanaan mengolah semua catatan dari pembaca dan arah tuju kemahuan pembaca. Tidak dinafikan pelbagai ragam pembaca yang perlu diambilkira, yang suka ringan, yang tak suka falsafah, yang mencari yang popular dan sebagainya. Semua ini akan menentukan kos membukukan sesuatu idea yang tersirat.

Bagaimana berlakunya kejutan sewaktu berpindah dari persekitaran Barat kepada persekitaran Melayu, akan menunjukkan akan berlakunya kejutan dalam penghasilan buku dicadangkan. Kita sesalunya mengharapkan kejutan positif, dari usaha yang positif. Tetapi ketidaktentuan selera manusia boleh menghasilkan apa sahaja yang tidak kita jangkakan.

Penulis memang terasa hairan dengan selera pembaca yang sanggup membeli hasil cerekarama seperti Harry Porter, di samping kagum dengan keajaiban percaya di atas kejayaan buku seperti Da Vincci Code.

Best seller di atas adalah di atas pasaran dunia, atau pasaran Bahasa Inggeris, di mana kita sedia maklum kesediaan masyarakatnya membaca. Dengan minat membaca, sebagai penerus kegiatan menjentik minda, masyarakat mereka sanggup mengeluarkan modal dan bermodal untuk melakukannya.

Di dalam masyarakat kita, mencari yang ingin melabur membeli buku berbeza, terutama di dalam masyarakat Melayu. Lebih teruk dari itu, masyarakat kita berkebolehan membiarkan buku tidak terusik, walaupun telah tersedia di depan mata. Minat membaca di kalangan kita, Melayu Islam sangat terhad. Tampak salah, namun di harapkan begitu.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal