PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Selasa, September 8

Merintis Jalan Kejayaan Hakiki



Mahu belajar tinggi-tinggi, pelajaran agama jangan dipisahkanPesan si ibu kepada anak sulungnya.

Bila besar angah kena jadi doktor, baru hidup senang, boleh bawa ibu dan ayah buat umrah Ibu membebani harapan di bahu si anak.

Sedap mata memandang bila ramai mereka yang bukan orang agama namun hidup beragama. Kesal bila ada pula orang agama yang amalannya seperti orang tidak beragamaRintih ibu bapa yang mahukan anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

Tanyalah ibu bapa, apa yang mereka inginkan kepada anak-anak mereka? Tiada khilaf antara mereka yang mengindamkan anak-anak soleh dan solehah. Kalau anak mereka nakal sekalipun, jika diberi peluang beranak semula anaknya itu, pasti mereka mahu.

Jawapan mudah berubah dari bawah.

Perubahan kepada manusia bukanlah semudah yang diceritakan oleh lecturer dalam kuliah, atau seperti diajarkan oleh alim ulama’ di surau.

Kita boleh bawa lembu yang tidak boleh bercakap ke kolam, tetapi kita tidak boleh paksa ia minum, inikan pula manusia yang penuh dengan seribu alasan. Penulis percaya perubahan boleh dibuat kepada sistem, yang mana manusia yang Allah Taala berikan akal lebih senang dibentuk mengikut sistem yang dicipta, ada sistem yang formal dan ada yang telah menjadi adat dan tradisi, paling mendukacitakan sistem yang ada telahpun dijajah.

Quran diturunkan sebagai perlembagaan tertinggi. Allah Taala menurunkan satu sistem hidup yang sempurna kepada makhluk yang diciptakan-Nya. Manusia yang berkuasa perlu, dan hanya mampu menguatkuasakannya sahaja.

PERANAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK

Arah masa depan anak-anak tidak seharusnya ditentukan oleh keluarga. Peranan keluarga hanya menunjukkan jalan-jalan yang seharusnya dilalui oleh anak-anak. Melalui kaedah ini mungkin anak-anak mempunyai gambaran tentang minat dirinya. Menentukan karier anak akan menjadikan mereka pada suatu hari nanti buntu bila menghadapi kemelut dalam karier mereka.

Tidak dapat meneruskan hala tuju dengan jitu dalam kariernya kerana jiwanya tidak penuh dengan apa yang dilakukan.

Maka jika dia seorang ahli ekonomi, ilmunya tidak dimanfaatkan dalam bidang ekonomi kerana jiwanya bukan jiwa ekonomi. Kalau dia seorang doktor, rawatannya hanya sekadar memberi rawatan, memberi ubat, dan dapat gaji besar. Jika dia Imam masjid, maka dia hanya menjadi Imam di kala solat sahaja, tidak lebih daripada itu, mereka akan jadi jumud ketika berhadapan sistem nilai kehidupan.

Jika mereka mempunyai panduan dan bimbingan, mereka akan menjadikan minat dalam diri mereka sebagai option. Kalau mereka seorang pelajar perubatan, tanam sikap supaya benar-benar menjadi seorang doktor, berjiwa dan bernaluri doktor yang merawat bukan sekadar memberi deskripsi ubat. Mereka akan menjadikan minat mereka sebagai aktiviti kedua mereka.

Banyak sudah terlihat sekarang ini, banyak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal, tindakan mereka tidak hidup dan jiwa mereka terbelenggu.

Parahnya masyarakat akan turut sama terpalit kerana umatnya yang terbelenggu. Mana mungkin umat Islam akan terus berjuang untuk mampir ke hadapan bersaing jaya dengan umat dunia yang lain, andai penyakit yang dikesan tidak diberi rawatan susulan yang sempurna. Apakah ingin melihat parah dulu baru ingin bertindak?



MANUSIA PERLU BERANJAKAN

Manusia itu sendiri perlu berubah sebelum dapat merubah seseorang atau sesuatu agenda. Rasulullah s.a.w tidak mengisytiharkan penubuhan sebuah negara Islam di Madinah, apa yang dipentingkan oleh Rasulullah s.a.w adalah merubah manusia setempat peringkat demi peringkat. Selepas semuanya berjaya diubah, secara tidak langsung wujudnya sebuah negara Islam pertama di dunia pada masa itu.

Dalam merubah cara kerja manusia, pendekatan yang terbaik adalah dari segi pendidikan yang terancang sebelum tercanangnya identiti yang ditaja oleh Islam. Jika pendidikan masih lagi sekular, bagaimana hendak mewujudkan akhlak baik? Perbetulkan dari akar umbi sebelum pucuknya menjulang tinggi.

Pendidikan ialah penawar yang terbaik. Namun persoalannya pendidikan kita masih sekular? Penulis merasakan pendidikan itu perlu bermula dari rumah, bukan bermula dari sekolah, membentuk peribadi anak-anak ialah ibu bapa di rumah. Maka akar umbinya dalam isu ini ialah membentuk peribadi ibu bapa sebagai guru yang pertama yang menjadi Qudwah Hasanah pada anak-anak.

Tidak lupa juga pada guru-guru, mereka perlu sedar tugas mereka tidak sekadar menjadi pengajar (mu’allim), bahkan murabbi (pendidik) dan muaddib. Maka makin berkuranglah murid yang miskin ilmu.

Petua ulung untuk berjaya telah terungkap di dalam Al Quran dan As Sunnah sejak sekian lama dan menjadi tunjang kuat kepada lahirnya insan bertakwa. Takwa adalah asas segala-galanya, dan menbedakan darjat manusia di sisi pencipta-Nya.

Ilmu adalah cahaya, mengangkat martabat hamba di sisi Tuhan-Nya. Penghayatan padanya mencipta kesedaran, dan meningkatkan takwa, lantas membimbing akal agar mendominasi nafsu agar tidak menceroboh sempadan.

Akhirnya, hati menjadi lebih suci untuk bersedia berubah kepada keadaan yang lebih baik daripada semalam. Bunyinya teoritikal, tapi boleh menjadi praktikal andai kita yang berusaha demi-Nya.

Segalanya berpusat pada pola pemikiran, cara berfikir dan kesedaran untuk berfikir. Kalau sentiasa positif, malah jika dalam keadaan yang sangat berkecamuk sekalipun golongan ini mampu berada dalam keadaan baik.

Di Palestin, memang secara zahir kita tengok mereka menderita seksa tetapi mereka dikurniakan oleh Allah Taala nikmat yang jauh sekali berbanding kita di Malaysia, mereka ada nikmat jihad. Nikmat kewajipan mempertahankan agama, diri, tanah air dan keluarga. Maut mereka adalah jemputan ke syurga Allah Taala tanpa hisab, tetapi persoalannya kalau kita yang mati sekarang, di mana agak-agaknya?

Membentuk fikrah yang sentiasa positif perlu dari hati yang baik. Hati yang baik hanya dapat diketuk bentuk dengan ketaatan kepada Allah Taala dengan membuat apa yang disuruh meninggalkan apa yang dilarang.

Ibadah-ibadah wajib dan sunat yang dilakukan dengan ikhlas juga akan membentuk jiwa dan hati budi yang baik dan ikhlas sentiasa.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik ia maka baiklah keseluruhannya, kalau buruk ia maka buruklah segalanya, dan ia adalah hati(Hadith Riwayat Muslim)

Ibu bapa ini telah dilahirkan dalam dunia yang baru lepas era penjajahan. Ilmu agama yang ada tidak tersebar dengan menyeluruh untuk dikongsi dengan seluruh masyarakat. Apatah lagi ilmu sekular diterapkan dengan mendalam di setiap sekolah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka mengalami nasib yang sama dengan mereka atau orang yang satu zaman dengan mereka, tidak berpeluang mengenali agama dengan bebas dan mudah. Tetapi mereka sebenarnya tidak dapat membuang terapan sekular dalam fikiran mereka. Mereka mungkin menganggap orang sains itu bukan orang beragama.

Oleh itu, ada juga kewajaran kebimbangan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak belajar sains dan melepaskan pelajaran agama daripada anak-anak mereka walaupun sudah di peringkat pengajian tinggi.


0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal