Menekuni kehidupan yang pelbagai meletakkan manusia berada setaraf pencapaian yang ada, yang lain sudah tentu membolehkan manusia itu judge sendiri arah tuju betul ke arah mendekatkan diri kepada Tuhan. Pencapaian ini juga tidak lain dan bukan adalah untuk menuntun sebuah kejayaan di masa hadapan, hidup sebagai hamba dan berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Ibadah itu seni, perlu kepada kefahaman dan usaha gembling bersepadu antara tahu dan mahu. Tahu di mana lubang yang betul untuk mensasarkan, dan kemudian mahu melakukan. Tahu sahaja tidak cukup sedangkan Mahu hanya pada bau. Mahu sahaja pun tidak cukup sedangkan Tahu terlopong kosong.
Penulis kenal bangat dengan Ustaz Wan Roslan Wan Mohammad ketika di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki (L) dulu, seorang mudir yang sangat zuhud tapi latang menyuarakan pendapat, sesekali menjentik hati-hati yang mati.
Penulis perasan setiap kali sampai di sekolah, orang yang pertama penulis nampak terpacak di depan pintu sekolah, adalah beliau. Matanya tidak sirna memandang kereta keluar masuk, yang pastinya para ibu bapa yang bersedia memberi tanggung kepada pihak sekolah dan orang pertama rasa bertanggung ialah beliau.
Ketegasan beliau tidak bererti hilang kasih pada sri wajah, bahkan menambah rencah pada kurangnya kelazatan pada manisnya kasih itu. Kadang-kadang kasih yang digendong adalah sementara, dia mampu merubah menjadi menjadi panjang dengan ketara.
Kelembutan akan terasa selepas para pelajarnya berjaya menelan kepahitan pada tegasnya pendapat, nasihat dan buah kilas, terhantuk bila dah perasan, moralnya kami faham dan terus faham dari terus mengantuk.
Sebenarnya tidak salah menjadi bodoh, cuma yang salah adalah apabila tidak mahu memperbaiki kebodohan itu atau tidak mahu berusaha menambah ilmu untuk merawat kebodohan itu, tidak mahu berusaha ke arah alim, atau dengan kata yang lebih mudah jangan jadi bodoh sombong.
Kita sudah jelas, dah berkali-kali dijelaskan.
Dalam sepanjang perjuangan, ada pelbagai watak yang berbeza yang kesemuanya penting dalam kelangsungan dakwah.
Watak Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar r.a yang lembut amat berbeza dengan watak Saidina Umar r.a dan Ali r.a yang keras dan kasar. Tapi mereka kesemuanya ahli syurga.
Walaupun keras, Saidina Umar itu sangat diperlukan Nabi dan perjuangan untuk melawan musuh yang keras dan ganas. Malah syaitan pun mengosongkan jalan yang dilaluinya.
Bukakan laluan untuk si ‘Keras’ ini, kerana dakwah ini tidak sempurna tanpanya. Sebelum dia keras atas katanya, dia terlebih dulu keras ke atas dirinya, kerana hukuman Allah Taala itu ‘Amat Keras’. Mungkin Allah Taala lebih meredhai dia dari kita yang terlalu lembut hingga terlupa perkara mencegah kemungkaran (nahi mungkar) dalam gerakan dakwah ini.
Keras amat diperlukan untuk melawan cuai, lalai, lupa dan alpa…
Itulah hakikatnya manusia.
pandangan golongan intelektual/terpelajar terhadap gerakan islam.
1 komentar:
Keras amat diperlukan untuk melawan cuai, lalai, lupa dan alpa…
ana setuju...jika tidak ada ketegasan maka mudah pemimpin itu dipermainkan...
Catat Ulasan