PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Isnin, Ogos 24

Ramadhan : Aduhai ! Juadah Sahur

Penulis terus bergegas pulang selepas usai menunaikan solat Isya’ dan solat sunat Terawih di Masjid Al Hakim Bi-amrillah bersama teman-teman dari Indonesia. Namun penulis terlebih dahulu mengundur diri, sedangkan teman yang lain meneruskan perancangan awal tadi, membeli beberapa baki kitab di belakang Masjid Al Azhar.

Warga tempatan tampak begitu meriah menyambut kedatangan bulan Ramadhan, boleh dikatakan lebih meriah dari sambutan hari raya. Mereka berpusu-pusu mencari setiap kubah yang berdekatan dan terpilih untuk menunaikan solat.

Penulis mahu berbelanja untuk juadah sahur nanti, bimbang tidak sempat. Kebanyakkan kedai yang menjual lauk basah sudah ditutup, masih lagi yang berbaki kedai-kedai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan.

Penulis bernasib baik, pasar raya mini di hadapan jalan utama masih beroperasi sampai jam 0200am. Walaupun harga barangnya agak mahal berbanding gerai-gerai yang terdapat di setiap jalanan, namun penulis tiada pilihan lain. Mereka begitu menjaga masa di bulan puasa, kedai-kedai ditutup awal tidak seperti waktu kerja biasa.

Alhamdulillah, bahan-bahan yang diperlukan masih ada dan segar. Cuma ayam segar dan campuran sayuran yang diletakkan di dalam satu plastikPenulis menghela nafas perlahan-lahan, tanda rasa lega.

Harga seekor ayam dengan anggaran berat 1.3 kilogram ialah cuma LE23.75 dan campuran sayuran hanya LE1.50, jumlah keseluruhan LE25.25. Insha-Allah sudah cukup untuk penulis ciptakan resepi campak mencampak, Ayam Berkuah Masak Basma (nama campuran sayur tadi).

DOKUMENTASI MASAKAN

Bahan-bahan:

Seekor ayam segar (telah dipotong kecil di setiap bahagian)

1kg susu asli segar.

1 plastik Basam (campuran sayuran-seperti kacang hijau, lobak merah yang dipotong dadu, tomato dipotong dadu, dan cili dipotong kecil-kecil)

4 biji tomato (tambahan, tapi dipotong besar-besar)

2 batang serai (diketuk sedikit hujungnya)

Garam dan gula (sesedap rasa)

Serbuk ketumbar (kalau tiada pun tidak mengapa)

3 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih (dikisar halus bersama 2 biji tomato)

Minyak masak (paling penting)

Cara memasak:

Panaskan minyak di dalam kuali (kalau boleh sepadan dengan kilogram ayam), kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama tadi (iaitu 3 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, dan 2 biji tomato), tumiskan sampai naik bau. Campakkan pula serbuk ketumbar secukupnya.

Ayam pula terserah kepada selera masing-masing, sama ada mahu digoreng separa masak terlebih dahulu atau sebaliknya. Namun penulis lebih suka ayam tadi digoreng separa masak agar proses memasak bersama bahan utama (ditumis) tadi lebih cepat.

Apabila sudah terasa bau aroma bahan yang ditumis tadi, terus masukkan campuran sayuran tadi, dan digaul hingga sebati, agak-agak dalam 10 minit. Kemudian tuangkan susu asli segar (anggaran juga mengikut kapasiti ayam), kalau mahukan kuah yang banyak, masukkan semua, dan sebaliknya terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila semua campuran tadi nampak sedikit mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng separa masak tadi, dan dikacau setiap 2 minit sekali. Kemudian biarkan menu kita tadi di dalam kuali yang ditutup bersama serai yang telah diketuk hujungnya, api hendaklah diperlahankan.

Akhir sekali, masukkan cili dan tomato tambahan tadi. Kemudian, garam dan gula sesedap rasa, serta cili merah yang potong cantik sebagai hiasan. Dah pun siap resepi campak mencampak kita kali ini.


Ayam Berkuah Masak Basma



Selamat mencuba…!




2 komentar:

Nur on 25 Ogos 2009 5:26 PTG berkata...

Alhamdulillah..Ahlan Ya Ramadhan Ya Kareem..Ya Mubarak..
Indah nya dapat bersahur mengikuti sunnah Junjungan besar Rasulullah s.a.w...
Nampak enak resepi Ayam Masak Basam..
InsyaAllah, shbt2 boleh cuba utk juadah sahur...
Jazakallah perkongsian resepi..

amY on 26 Ogos 2009 5:09 PG berkata...

hmm..selamat bersahur...rajin masak

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal