PENGUMUMAN PENTING

JJom tambah saya sebagai rakan anda di akaun pemuka facebook baru saya, Rezza Khanafiah II. Segala pertanyaan masalah agama dan motivasi, perkongsian, rencah kehidupan sebagai pengganti laman blog ini. Banyak perkongsian di sana.

Terima Kasih (^_^)

Para Pengikut

Ahad, Ogos 23

Ahlan Ya Ramadhan Kareem

Allah Taala telah mengurniakan pelbagai bentuk nikmat dan anugerah yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Antara anugerah yang paling berharga ialah bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini.

Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan sempurna selama sebulan mampu mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya. Berdasarkan kelebihan puasa ini, maka Allah Taala turut mewajibkan umat Islam yang terdahulu untuk berpuasa.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwael Baqarah (2:183)

Allah Taala menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertakwa kepada-Nya, iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah Taala serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah Taala dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.

Selain itu, puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan hati juga hendaklah turut berpuasa. Seseorang itu tidak dinilai sempurna ibadah puasa selagi tidak menahan diri daripada melakukan segala tegahan Allah Taala.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya. Maka dia hendaklah mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa! (Hadith Riwayat Muslim)

FADHILAT BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan dikurniakan dengan banyak keistimewaan yang luar biasa. Antaranya ialah pintu Syurga akan dibuka dengan luasnya, manakala pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya dan syaitan-syaitan laknatullah akan diikat dan dirantai.

Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan bahawa punca-punca amal kebaikan di bulan Ramadhan adalah terlalu banyak. Manakala rangsangan maksiat dan kejahatan adalah kurang dan terbatas.

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Apabila datang bulan Ramadan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai (Hadith Riwayat Muslim)

Gambaran ini menunjukkan betapa luasnya ruang yang disediakan oleh Allah Taala melalui bulan Ramadhan untuk mendidik nafsu manusia agar tunduk di bawah pengaruh Iman dan Takwa.

Alangkah bahagianya orang yang mengambil faedah dari kesempatan yang Allah Taala sediakan ini.

MEREBUT PELUANG TERHIDANG

Sempena Ramadhan yang sedang kita lalui ini, marilah kita menghidupkan RamadHan dengan solat Tarawih, bertadarus Quran, memperbanyakan istighfar dan bermunajat kepada Allah Taala di tiap-tiap malam sebelum bersahur. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW mengingatkan kita betapa besarnya fadilat menghidupkan Ramadan sabdanya:

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat di dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu(Hadith Riwayat Bukhari)

AMBIL IBRAH DISEBALIK SYARIAT PUASA

Perlu kita insafi bahawa hikmah daripada kewajipan berpuasa dengan berlapar dan dahaga sebulan Ramadhan adalah untuk mendidik hati dan perasaan kita agar simpati dan perihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya mereka adalah sauara seagama kita yang telah diuji oleh Allah Taala dengan kemiskinan dan kefakiran. Dalam masa yang sama ini juga merupakan ujian Allah Taala kepada golongan yang berada.

Persoalan besar di sini ialah sejauh manakah golongan yang berada dapat melawan runtunan nafsu serta pujukan syaitan yang sentiasa membisikan hati agar kasihkan harta benda, bencikan amalan bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada yang lemah?

Sikap sebegini adalah bertentangan dengan prinsip bahawa harta benda ialah amanah Allah Taala untuk menyelamat dan membela golongan lemah tersebut.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya, kamu akan diuji pada hartamu dan diri kamu. Dan sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang yang telah diberikan kitab dahulu daripadamu dan orang musyrik yang banyak menyakitkan hati. Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil beratali Imran (3:186)

Moga diri penulis dan kita sebagai hamba-Nya kuat menghadapi mehnah dan ujian bulan Ramadhan.

ameen.

0 komentar:

Catat Ulasan

 

LAMAN WACANA MINDA

PENGUNJUNG SEMASA

Egypt Top Blogs
Topblogs @ iLuvislam

BANTUAN DANA SYAQAH

LALU LINTAS SEMASA

BUKU TERBARU

Dapatkan segera di BKAN masing-masing, dan DPM di seluruh Mesir...

Minda Dewasa Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal